Utusan Online - Selatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Selatan |
- Elaun pelajar GiatMara perlu disemak
- USIM berjaya raih Anugerah Industri Buku - Suntingan Terbaik
- JPAM buka Pejabat Daerah Pertahanan Awam di Jempol
Elaun pelajar GiatMara perlu disemak Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST REMBAU 31 Dis. - Kajian mendapati kira-kira 60 peratus pelajar GiatMara datang daripada keluarga berpendapatan rendah tetapi mempunyai semangat tinggi untuk meneruskan pengajian mereka. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meriyam Abd. Majid berkata, berdasarkan kajian berkenaan, GiatMara telah mengemukakan cadangan untuk memohon kepada kerajaan supaya elaun sara diri pelajar itu dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM300 bagi meringankan beban mereka. "Kajian juga menunjukkan kali terakhir kenaikan dibuat adalah pada tahun 2009 iaitu sebanyak RM200 selepas elaun sebelum itu cuma RM100 sahaja," katanya di sini hari ini. Katanya, menjadi satu beban kepada pelajar apabila mereka meneruskan pengajian di kawasan GiatMara dalam bandar kerana kosnya adalah tinggi terutama keperluan untuk membayar tambang bas, makanan dan keperluan lain. "Pada pandangan saya, elaun RM200 itu tidak lagi sesuai dalam keadaan sekarang dan amat wajar dibuat semakan semula," tegasnya. Dalam pada itu, Meriyam berkata, semakan elaun itu diharap meningkatkan minat ibu bapa untuk menghantar anak belajar di GiatMara apatah lagi ketika ini, 87 peratus lepasan GiatMara sudah pun berada dalam alam pekerjaan selain bergelar usahawan. "GiatMara sudah pun berusia 27 tahun dan telah pun melahirkan lebih 300,000 pelajar dengan 231 GiatMara ditubuhkan seluruh negara kecuali dalam Parlimen Kalabakan, Sabah. "Kita telah menawarkan sebanyak 42 jenis kursus termasuk satu kurus baharu dalam bidang hospitaliti pada tahun hadapan," tegasnya. Katanya, bagi pelajar yang berjaya, mereka akan diberi peluang yang lebih baik untuk dibantu menjadi usahawan pada masa hadapan. |
USIM berjaya raih Anugerah Industri Buku - Suntingan Terbaik Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST Mohammad Najib Abdullah (tengah) bersama para penulis Diyat Dalam Perundangan Islam serta kakitangan USIM selepas meraih Anugerah Industri Buku-Suntingan Terbaik sempena Ekspo Buku 1Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur, baru-baru ini. SEREMBAN 31 Dis. - Bagi mengetengahkan karya-karya ilmiah kepada umum, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Ekspo Buku 1Malaysia yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini. Lebih membanggakan, penyertaan USIM dalam ekspo b erkenaan berjaya meraih kemenangan bagi kategori Anugerah Industri Buku-Suntingan Terbaik menerusi buku berjudul Diyat Dalam Perundangan Islam. Buku tersebut adalah hasil daripada penyelidikan di bawah Skim Geran Kajian Dasar (FRGS) yang diperuntukan kepada penyelidik yang diketuai oleh Mohammad Najib Abdullah. Menurut Mohammad Najib, buku berkenaan mengupas bentuk pampasan yang wajib dibayar kepada wali atau waris disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah kepada mangsanya. "Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan anggota badan. "Ini merupakan perkara yang masih lagi ada titik kosong di dalam perundangan sedia ada kerana mangsa jenayah pada masa kini tidak mendapat pampasan yang sewajarnya diterima seperti yang digariskan oleh syariat Islam," katanya di sini baru-baru ini. Turut terlibat dalam pembikinan buku berkenaan Hasnizam Hashim, Nabilah Yusof, Haliza A. Shukor, Norman Zakiyy Chow Jen T' Chiang dan Intan Nadia Ghulam Khan yang merupakan pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM. Menurut Mohammad Najib, kajian itu dibuat bagi mengetahui bagaimana untuk mengaplikasikan atau melaksanakan sistem pampasan Islam dalam rangka perunda ngan Malaysia. "Kita berharap dengan adanya buku ini nanti, diyat dapat dilak sanakan dan seterusnya USIM men jadi sumber rujukan dalam pelak sanaan hukum tersebut," |
JPAM buka Pejabat Daerah Pertahanan Awam di Jempol Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST KUALA PILAH 31 Dis. - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri ini akan membuka sebuah Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Jempol yang baharu pada penghujung Februari depan bagi membantu sebarang kes kecemasan dan menyelamat. Pengarahnya, Mejar Che Adam A. Rahman berkata, sebuah bangunan milik Pejabat Daerah Tanah Jempol di Taman Kwang Hup, Bahau akan diubah suai sebagai pusat operasi PDPA Jempol. "Kita telah melihat kawasan berkenaan yang didapati amat sesuai untuk digunakan sebagai pusat operasi agensi ini bagi membantu kerja menyelamat dan kecemasan di kawasan Bahau dan Jempol khususnya," katanya dalam majlis meraikan pertukaran beliau ke Terengganu di sini hari ini. Che Adam akan bertukar ke JPAM Terengganu pada 5 Januari ini selepas tiga tahun berkhidmat sebagai pengarah di negeri ini. Tambahnya, kerja baik pulih itu dijangka menelan kos RM20,000 dan PDPA itu bakal menempatkan seorang pegawai berjawatan tetap dengan dibantu lima anggota sukarela JPAM. "Kita juga telah mengkaji lojistik dan keperluan untuk membuka pusat operasi berkenaan selepas mengenal pasti kawasan tersebut adalah laluan 'segitiga' yang menghubungkan kawasan Pantai Timur dengan negeri ini, selain peningkatan kadar kemalangan jalan raya terutama dalam musim cuti dan perayaan," katanya. Tambah Che Adam, ini juga adalah sebahagian kerjasama Strategi Lautan Biru Nasional membabitkan kerjasama rondaan bersama pasukan polis, Rela, Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "JPAM negeri berharap dengan adanya pusat itu kelak, pihak kami dapat menambah bilangan anggota sukarela terutamanya belia untuk menyertai pasukan ini," ujarnya. Untuk peringkat awal katanya, pemantauan pusat operasi itu akan dilakukan oleh Pegawai PDPA Kuala Pilah, Abas Hussain sementara menunggu kelengkapan jentera dan tenaga kerja. Dalam pada itu, JPAM negeri juga merancang untuk membuka sebuah lagi PDPA untuk kawasan Nilai selepas mengenal lokasinya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |