{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Mangsa banjir terharu terima bantuan

Posted: 16 Jan 2014 10:15 AM PST

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

Sebahagian mangsa banjir dalam Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir yang dihadiri Perdana Menteri di Padang Astaka, Kemaman, baru-baru ini. UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KEMAMAN 16 Jan. - Mendung dan hujan renyai masih menyelubungi bandar Chukai ketika itu.

Namun dalam persekitaran yang becak, lebih 15,000 penduduk hadir dalam majlis sempena kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Astaka di sini.

Sebahagian besar daripada mereka merupakan mangsa banjir yang merupakan rutin alam saban tahun.

Namun kali ini, kedatangannya cukup mengejutkan dan luar biasa dengan kepayahan yang ditempuh dan kerugian besar yang dialami.

Kedatangan Perdana Menteri minggu lalu membawa lebih banyak keceriaan kepada mereka, apabila sumbangan yang diterima dalam Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan peringkat kebangsaan ternyata luar biasa.

Sumbangan itu mengubat kedukaan mereka serta melegakan bebanan yang ditanggung, apabila keperluan penting bagi memulihkan suasana kehidupan keluarga dibekalkan sewaktu tengkujuh masih belum memperlihatkan tanda berakhir.

Bagi para sukarelawan pula, banjir terburuk yang menuntut kerahan tenaga dan masa sekali gus mencabar semangat mereka tidak dilupakan, biarpun itu sememangnya pilihan mereka sendiri untuk berbakti atau sememangnya suatu tanggungjawab.

Tiada sebab untuk mangsa tidak berterima kasih dan memperkecil pelbagai bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak, malah sebilangannya menyatakan rasa amat terharu.

Bantuan besar yang dihulurkan oleh kerajaan menerusi kerjasama dengan agensi berkaitan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperlihatkan nilai kemanusiaan dan kepentingan rakyat lebih tinggi daripada kepentingan politik.

Bagi kebanyakan mangsa yang terjejas teruk akibat banjir, kedatangan Perdana Menteri yang membawa bersama bantuan dianggap sebagai amat bermakna.

Sebilangan yang ditemui berkata, pemberian pelbagai barangan itu tidak harus diperkecilkan tetapi suatu yang melegakan dalam usaha memulihkan semula kehidupan.

Seorang penerima, Abdul Razak Rahim, 56, dari Kampong Pengkalan Pandan Chukai, menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri serta kerajaan di atas bantuan tersebut.

Abdul Razak, bapa kepada tujuh orang anak dan mencari rezeki dengan menjalankan kerja kampung berkata, kesedihan dan kepayahan yang dilalui akibat banjir mula terubat dengan sumbangan yang diterima.

"Saya juga rasa amat bertuah kerana dapat bersalaman dengan Perdana Menteri dan menjadi orang pertama menerima baucar bantuan daripadanya," ujar beliau ketika ditemui pada majlis itu.

Bagi peringkat pertama pengagihan, 30 daripada 600 kumpulan pertama mendapat bantuan yang disampaikan Perdana Menteri dengan setiap keluarga menerima tilam, dapur, peti sejuk dan televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kelab Putera 1Malaysia secara berperingkat sehingga April ini.

Selain produk barangan bernilai RM5,000 itu, mereka juga akan menerima bantuan RM500 daripada Kerajaan Pusat dan bantuan antara RM500 dan RM1,500 daripada kerajaan negeri bergantung kepada jumlah kerugian.

Wan Kasmani Wan Jaafar, 48, dari kampung yang sama mengucapkan rasa syukur kerana tidak mungkin baginya dapat menyediakan segala keperluan itu serentak buat keluarga kerana melibatkan kos yang besar itu.

"Pemberian televisyen tentu dapat menggembirakan anak-anak, begitu juga dengan peti sejuk yang sememangnya menjadi keperluan di dapur," ujarnya.

Faizal Afendi, 40, ketua perancang projek di sebuah syarikat di Kuala Lumpur pula berkata, beliau amat bersyukur menerima bantuan kerajaan dan NGO kerana perkara itu amat diperlukan.

Menurut Faizal, untuk menyediakan segala keperluan dan menggantikannya setelah tiada barang yang dapat diselamatkan tentunya akan mengambil masa agak lama.

Isteri beliau, Norzamziah Afzainizam, 41, berkata, semua barangan tiak dapat digunakan dan hanya mesin basuh sahaja yang mereka ganti setakat ini.

K. Shanty, 48, dari Taman Bukit Mentok juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pihak yang membantu kerana memberi kelegaan buat keluarganya.

"Dengan bantuan yang tidak disangka-sangka ini dan besar pula harganya, dapatlah meringankan beban suami saya yang bekerja di kawasan perindustrian Telok Kalong," ujarnya.

Kamri Ngah, 48, pula berkata, beliau terharu dengan sumbangan yang diterima itu kerana tidak pernah mendapat bantuan barangan dan wang tunai dalam jumlah begitu besar serentak.

"Payah juga nak terima hakikat semua barangan dan perabot rumah rosak, ditambah pula kereta dan van untuk berniaga turut ditenggelami air.

"Banyak keluar duit untuk baiki nanti. Apabila ada pihak yang mengambil cakna, rasa lega sedikit," katanya.

Cukai pintu naik selepas 33 tahun

Posted: 16 Jan 2014 10:15 AM PST

Oleh radhuan hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

Datuk Adzlan Dagang menyerahkan surat perlantikan semula sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu kepada Ahmad Said (kanan) dalam majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) Datuk Bandar, Yang Dipertua dan anggota-anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 16 Jan. - Kerajaan negeri bercadang menaikkan cukai pintu di daerah ini bagi memberi 'keadilan' kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang terpaksa menanggung beban kewangan dalam urusan pentadbirannya berikutan kadar cukai lama masih diguna pakai sejak 1981.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagaimanapun tidak menyebut kadar cukai baharu yang bakal dikenakan itu, namun beliau tidak menolak kemungkinan dijangka mula dikuatkuasakan seawal tahun depan.

Katanya, sejak 33 tahun lalu, cukai pintu yang dikenakan ke atas pemilik kediaman serta premis perniagaan di sekitar daerah ini tidak berubah sedangkan nilai semasa meningkat berkali ganda sehingga membebankan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menampung belanja pembangunan.

Beliau memberitahu, sudah tiba masa bagi kerajaan negeri menaikkan cukai tersebut demi kepentingan semua pihak, selain membolehkan kerajaan negeri, khususnya MBKT meningkatkan pendapatannya.

"Kita akan pertimbangkan untuk menaikkan cukai pintu di daerah ini disebabkan beban yang ditanggung kerajaan sangat tinggi.

"Sejak tahun 1981 lagi, kita masih pakai kadar cukai yang sama, jadi adalah tidak adil bagi MBKT sedangkan aset meningkat berkali ganda. Kita akan tengok dulu bila dan berapa (cukai pintu) akan naik," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) Datuk Bandar, Yang Dipertua dan anggota-anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Terengganu di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd. Zubir Embong.

Ahmad selanjutnya berkata, kenaikan kadar baharu cukai pintu itu akan dilakukan berdasarkan nilai semasa dan juga nilai sewaan semasa terutama membabitkan premis perniagaan dalam zon pentadbiran MBKT.

Beliau berharap masyarakat akan faham tentang rasional dengan kenaikan cukai pintu baharu itu nanti bagi membolehkan lebih banyak prasarana disediakan demi keselesaan tanpa terbantut oleh kekangan kewangan.

Katanya, kerajaan negeri terpaksa berbelanja RM300 juta setahun, khususnya bagi menanggung keperluan semua PBT di negeri ini sedangkan kebanyakan PBT di negeri lain sudah mampu berdikari tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan.

Jeti nelayan tradisional Tok Bali siap Jun

Posted: 16 Jan 2014 10:15 AM PST

PASIR PUTEH 16 Jan. - Projek pembinaan jeti nelayan tradisional berharga RM1.2 juta di Tok Bali, dekat sini dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Adnan Wan Ibrahim berkata, jeti tersebut akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pendaratan ikan pesisiran pantai yang lebih sistematik.

Katanya, langkah itu juga akan memberi kemudahan kepada 300 nelayan tradisional terutama mereka yang tinggal di kawasan penempatan semula nelayan yang tidak jauh dari Kompleks Pelabuhan LKIM Tok Bali.

"Sebelum ini nelayan tradisional yang menggunakan sampan dan enjin sangkut tidak mempunyai jeti pendaratan ikan yang khusus, mereka sebaliknya berlabuh di pesisir Terusan Semerak yang tidak menjamin keselamatan peralatan perikanan milik mereka.

"Nelayan ini juga terpaksa menumpang di pangkalan persendirian dan sering menghadapi masalah untuk menyimpan peralatan menangkap ikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Adnan berkata, kewujudan jeti itu akan memudahkan LKIM merancang pelbagai kemudahan lain yang diperlukan nelayan termasuk melaksanakan strategi pemasaran dan usaha menstabilkan harga ikan yang kini dimonopoli orang tengah untuk mengaut keuntungan berlebihan.

Sementara itu, mengulas mengenai projek penempatan semula dan perumahan nelayan miskin yang dipilih dari empat jajahan iaitu Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, beliau berkata, kesemua 300 rumah disediakan akan dapat diduduki pada bulan April ini.

"Pada masa ini kira-kira 200 nelayan daripada jumlah itu telah pun ditempatkan di penempatan semula yang lengkap dengan kemudahan seperti masjid, padang riadah, sumber bekalan air bersih, elektrik, kedai dan landskap yang tersusun.

"Hanya tinggal sebanyak 100 buah rumah lagi yang masih kosong dan akan dihuni nelayan terpilih dalam tempoh terdekat. Proses temuduga bagi permohonan baharu dijangka akan diadakan pada akhir bulan ini," katanya.

Projek penempatan semula perumahan dan perkampungan nelayan adalah usaha sama di antara kerajaan Persekutuan yang menyediakan prasarana bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang menyediakan kemudahan tapak (tanah).

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat