{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Wujudkan jururawat di rumah

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 18 Jan. - Konsep penjagaan kejururawatan di rumah atau home care nursing (HCN) perlu dibangunkan kerana boleh menjadi barisan hadapan paling efektif dalam sistem kesihatan sekali gus mengelak bebanan berterusan kepada perkhidmatan hospital.

Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Datuk Dr. Zaidun Kamari berkata, biarpun perkhidmatan hospital kerajaan di negara ini sudah mencapai tahap antarabangsa, namun masih ketinggalan dalam pelaksanaan HCN.

Beliau berkata, HCN adalah satu bentuk perkhidmatan luar hospital yang menumpukan kepada rawatan di rumah atau pusat komuniti oleh jururawat berkelayakan yang mampu memberi nasihat dan rawatan awal kepada pesakit tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan di hospital.

"Perkhidmatan HCN penting bagi membantu pesakit kronik seperti kanser, golongan tua terlantar dan pesakit lain seperti kanak-kanak yang mengalami masalah cerebral palsy dan sebagainya.

"Beban kini banyak ditanggung oleh hospital kerana sistem HCN kita masih belum mantap, bilangan sukarelawan dalam bidang ini masih sedikit dan penglibatan pihak swasta juga terhad.

"Malah jika dibandingkan dengan negara maju, kerjaya sebagai jururawat HCN sudah menjadi satu pengkhususan dengan bilangan mereka mewakili peratus yang signifikan daripada keseluruhan jururawat," katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan HCN yang dihadiri lebih 200 peserta dari seluruh negara, di sini hari ini.

Persidangan julung kali anjuran Jabatan Kesihatan negeri, USM dan Pertubuhan St. John Ambulance Malaysia negeri itu bertujuan berkongsi maklumat dan pengalaman selain mendapat input terkini pengendali perkhidmatan HCN dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, pengerusi persidangan yang juga pemegang geran Kementerian Pendidikan bagi penyelidikan HCN untuk pesakit kurang berkemampuan, Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin berkata, perkembangan HCN di negara seperti Jepun melonjak apabila kerajaan negara itu memperkenal pelbagai akta pada tahun 2000 yang mengawal selia sekali gus menggalak pertumbuhan banyak pusat komuniti HCN.

Beliau berkata, setakat ini terdapat kira-kira 6,000 pusat HCN di Jepun dengan bilangan jururawat sehingga 180,000 manakala di United Kingdom pula sebanyak 2,000 pusat dengan 60,000 jururawat HCN yang melakukan kunjungan berkala ke rumah pesakit.

"Kita boleh dikatakan masih merangkak dalam bidang ini berbanding negara maju yang mempunyai sistem kesihatan yang disokong oleh pembiayaan insurans untuk menampung kos penjagaan dan rawatan.

"Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah menggalakkan lebih ramai penyertaan sukarelawan HCN, namun mereka juga perlu sokongan dari sudut peralatan dan sebagainya.

"Kesedaran tentang pentingnya HCN bukan setakat boleh memberi manfaat kepada pesakit tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada lulusan kejururawatan tempatan yang kini berlambak di pasaran agar tidak tertumpu kepada perkhidmatan di hospital dan klinik sahaja," katanya.

3,700 mangsa banjir bakal terima bantuan

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

Abdullah Mat Yasin (kanan) yang dibantu anggota ATM serta Bomba dan Penyelamat membersihkan longkang dalam majlis gotong-royong membersihkan kawasan SK Rantau Panjang, Kelantan, baru-baru ini.

PASIR MAS 18 Jan. - Seramai 3,700 mangsa banjir di Rantau Panjang yang dilanda bencana itu baru-baru ini akan menerima bantuan barangan keperluan daripada Kerajaan Pusat dalam tempoh terdekat.

Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin berkata, bantuan itu disalurkan bagi meringankan beban mangsa yang tidak dapat keluar mencari rezeki sepanjang empat hari banjir melanda kawasan penempatan mereka.

"Bantuan ini membuktikan keprihatinan kerajaan yang sentiasa peka terhadap masalah rakyat walaupun negeri ini ditadbir oleh Pas.

"Kita sedia maklum banjir yang melanda negeri ini menjejaskan pendapatan mangsa. Harapan kita agar bantuan yang disalurkan ini mampu meringankan beban yang ditanggung," katanya dalam majlis gotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang yang ditenggelami banjir baru-baru ini.

Seramai 500 penduduk bersama agensi kerajaan dan badan sukarela termasuk kakitangan sekolah terlibat membersihkan kawasan sekolah berkenaan.

Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Bomba dan Penyelamat daerah, pasukan 2 Rejimen Sempadan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Belia dan Sukan negeri menerusi pasukan sukarelawan mereka.

Sementara itu, Guru Besar SK Rantau Panjang, Hasmah Haron memberitahu, gotong-royong tersebut mengembalikan semula keceriaan sekolah yang ditenggelami banjir pada minggu lalu.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat membersihkan seluruh kawasan sekolah. Gotong-royong ini banyak membantu kami dalam membuat persiapan sebelum sesi persekolahan dibuka semula," katanya.

Empower diperluas di Terengganu

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

DUNGUN 18 Jan. - Program Latihan Kemahiran Akademik Empower kelolaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di negeri ini akan diperluaskan ke Hulu Terengganu dan Besut mulai tahun ini.

Pengurus ECERDC Terengganu, Ahmad Hashim berkata, program yang merupakan salah satu pendekatan membangunkan modal insan itu telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan di Kemanan dan Dungun.

Katanya, program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bertujuan meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar dan daya saing di pasaran kerja.

"Kita sedang kenal pasti beberapa sekolah rendah dan menengah di dua daerah itu untuk membantu meningkatkan mutu akademik anak-anak negeri ini," katanya dalam majlis Program Juara Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Empower ECER Daerah Dungun di Bukit Besi, dekat sini semalam.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi negeri, Roslee Daud.

Sempena program itu, seramai 146 pelajar cemerlang menerima wang tunai RM100 seorang dan sijil daripada pihak ECER.

Empower ECER dirintis pada tahun 2010 dan setakat ini, program itu dilaksanakan di 11 lokasi iaitu Jeli dan Bachok di Kelantan manakala Kemaman dan Dungun di Terengganu di samping Bentong, Temerloh, Raub, Kuala Lipis, Cameron Highland dan Kuala Pahang di Pahang serta Rompin, Johor.

Sehingga kini, seramai 5,901 pelajar peringkat rendah dan menengah terutama daripada keluarga miskin telah mendapat manfaat.

Sementara itu Roslee ketika berucap dalam majlis tersebut berkata, program yang dilaksanakan itu unik kerana ia menggabungkan kelas pembaikan akademik dengan membina keyakinan diri pelajar melalaui pendedahan kepada bentuk dan pengalaman belajar.

''Saya berharap program Enpower dapat diterus dan diperluaskan di sini dan di lebih banyak kawasan di negeri ini bagi kepentingan anak negeri," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat