{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Memodenkan fabrik tradisional

Posted: 17 Sep 2013 04:49 PM PDT

Adila mahu bawa fesyen berasaskan songket, batik dan kain pelekat ke persada antarabangsa

Orangnya nampak sederhana, tetapi apabila koleksi dinamakan sempena namanya, Adila Long dikeluarkan satu persatu, jelas tergambar visinya yang cukup jitu.

Jika bukan kerana cintakan seni dan fabrik tradisional, mana mungkin ada yang berani mengambil risiko menghasilkan produk fesyen berasaskan songket, batik dan kain pelekat.

Kata Adila, 28, beliau memang suka tas genggam dan melalui pengamatannya sewaktu belajar dan bekerja di London, jelas orang Eropah walaupun bergaya dengan kolek siap pakai (ready to wear = RTW) dan fesyen jalanan, tapi ia tetap dipadankan dengan tas genggam.

"Jika pakai jaket pun tetap tampil anggun dengan tas genggam. Rasa kagum itu lantas disimpan dan dijelmakan menjadi realiti sejurus pulang ke tanah air," katanya yang mengambil masa setahun melakukan penyelidikan sebelum memulakan label Adila Long.

Dibesarkan di ibu kota, bapanya, anak kelahiran Terengganu dan ibunya pula berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

"Sejak dulu, setiap kali pulang ke kampung, bapa akan membawa saya melihat proses menenun songket dan cinta itu bermula sejak dulu," katanya sambil memberitahu moyang dan bapa saudaranya adalah penenun songket.

Bagi menjadikan misinya lebih utuh, Adila tidak bergerak seorang kerana fokusnya adalah pada bahagian kreatif, manakala rakan kongsi, Dara Shafinaz Shahril bertindak sebagai pengarah urusan.
Penjenamaan fabrik tradisi

Sangat mencabar. Itu jawapan pendek Adila tatkala diajukan pertanyaan mengenai pembabitannya dalam bidang fesyen kerana beliau adalah graduan hiasan dalaman.

"Memperkenalkan semula fabrik tradisional adalah perkara cukup sukar. Apabila saya sebut hendak hasilkan aksesori fesyen dengan songket dan batik, ramai bayangkan sesuatu yang biasa," katanya.

Bagaimanapun, jujur dikatakan produk Adila Long mempunyai keistimewaan sendiri yang jelas terpamer melalui kehalusan kerja tangan dan pilihan ragam hias fabrik.

"Rekaan lebih canggih melalui gabungan songket, batik bersama material lain seperti kulit, suede dan baldu manakala bahagian dalamannya menjadi kekuatan kami kerana saya hasilkan ia menepati kehendak wanita yang inginkan ruang untuk semua barang peribadi mereka," katanya.

Ketika pelancaran Adila Long, Februari lalu di Black Box, Publika di ibu kotai, turut dikeluarkan bersama koleksi eksklusif songket. Pada bulan ini, RTW pertama keluaran Adila Long sudah berada di pasaran.

Ragam hias songket dan batik pada setiap produknya ada identiti dan ia adalah hasil kreativiti Adila.

"Corak batik saya reka sendiri dan dihantar kepada pencanting, manakala songket ada yang saya pilih coraknya sendiri dan sebahagian saya reka coraknya," katanya.

Disebabkan kerumitan penghasilan songket dan batik, setiap produk dijual bermula harga RM450 hingga RM1,400, manakala RTW berharga RM350 hingga RM800.

"Jujur saya katakan, harganya tinggi kerana setiap satu tas genggam Adila Long eksklusif dan tiada yang sama. Malahan, ia juga hasil kerja tangan menggunakan fabrik tradisi yang juga dihasilkan penuh kerumitan.

"Tapi, percayalah, seperti tingginya nilai warisan pada songket dan batik, setiap satu produk kami juga punyai nilai tersendiri," katanya.

Pakaian guna pelekat

Jika tidak di depan mata, sukar hendak percaya kain pelekat boleh diubah menjadi persalinan bergaya, menampakkan ciri moden, namun sopan.

Kata Adila, beliau tafsirkan gayanya sebagai seorang yang suka gabungan blok paten.
"Jadi, saya lahirkan sesuatu yang saya suka melalui koleksi warisan menggunakan pelekat yang pelbagai paten menjadi persalinan.

"Eksperimen pertama saya adalah melalui koleksi Aidilfitri lalu. Saya gandingkan pelekat dan batik lukis. Hasilnya, mendapat sambutan ramai," katanya.

Idea itu juga lahir selepas beliau bosan melihat gaya sama dipakai wanita setiap tahun. Jadi, apabila pelekat dijadikan baju Kedah dipakai bersama seluar dan sarung, ia nampak ringkas, tapi cantik.

Selain kreativiti yang sememangnya ada dalam diri, pendedahan sekeliling juga diakui banyak membuka minda dan pandangannya dalam berkarya.

"Sewaktu di London, saya juga sempat bekerja sebagai penata gaya di butik French Connection, juga dalam bidang jualan butik fesyen.

"Peluang menata gaya orang putih memang menyeronokkan kerana orang di sana berani, tapi gaya mereka konservatif tapi masih nampak canggih," katanya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat