{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Jambori berbasikal meriah

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my

MOHD. Nasir Mohd. Nor (dua dari kanan) melakukan gimik pelancaran Majlis Jambori Berbasikal International Hard Rock Jeli Ride 2013 di Universiti Malaysia Kelantan di Jeli, semalam.

JELi 17 Sept. - Jambori berbasikal International Hard Rock Jeli Ride 2013 yang berlangsung di sini semalam, berjaya menarik 1,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Program tersebut merupakan kali ketiga dianjurkan oleh Mountain Bike Club, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli dan berlangsung di pekarangan universiti itu.

Perasmian program disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohd. Nasir Mohd. Nor.

Yang turut hadir Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Musa Yusof dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Hairuladzhar Mohd. Hamdi.

Dalam program itu, Tourism Malaysia turut mengadakan majlis Pelancaran Risalah Pakej-Pakej Berbasikal Kelantan 2013 dan 2014.

Musa berkata, risalah itu mengandungi 10 pakej pelancongan berbasikal di negeri ini yang dibangunkan oleh enam agensi pelancongan tempatan.

"Pakej berbasikal yang dibangunkan ini meliputi kawasan bandar, luar bandar dan laluan off road," katanya.

Musa berkata, jambori berbasikal itu diadakan bagi menghimpunkan peminat sukan berbasikal lasak, di samping menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

"Program ini juga bertujuan mempromosikan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong di negeri ini khususnya di daerah Jeli," katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Hasmadi Mohamed, 35, berkata, beliau menyertai Jeli Ride bukan semata-mata ingin mencapai kemenangan tetapi lebih untuk merapatkan hubungan dengan penggemar sukan basikal lasak dari dalam dan luar negara.

"Saya telah bergiat aktif dalam sukan berbasikal ini sejak empat tahun lalu dan telah banyak mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

"Trek di sini memang mencabar kerana ia meliputi kawasan berbukit di mana peserta terpaksa menuruni laluan yang curam selain mengharungi anak-anak sungai," katanya.

Seorang lagi peserta dari Sabah, Charles Kun Diking, 43, berkata, beliau ingin melibatkan diri secara lebih aktif dalam sukan berbasikal lasak.

"Saya memang menggemari sukan ini kerana ia mampu menjadikan badan sihat selain menguatkan stamina dan fizikal apabila terpaksa melalui laluan trek yang mencabar," katanya.

'Mesej Dari Penjara' bantu bentuk sahsiah generasi muda

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

KOTA BHARU 17 Sept. - Program 'Mesej Dari Penjara' mampu membentuk sahsiah generasi muda selain membantu penghuni penjara kembali ke pangkuan masyarakat dengan semangat muhibah setelah dibebaskan kelak.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata, di samping itu program tersebut berupaya memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan anasir yang boleh membawa kemusnahan masa depan mereka.

"Program ini antara platform terbaik untuk penyampaian mesej kepada masyarakat khususnya golongan muda supaya sentiasa membuat pilihan yang betul dalam apa sahaja perlakuan dan tindak-tanduk serta menghargai kebebasan yang dimiliki.

"Pilihan yang dibuat hari ini akan menentukan hala tuju pada hari-hari mendatang kerana jika tersasar memilih haluan berkemungkinan akan berhadapan kesan negatif sehingga merosakkan diri dan masa depan," katanya.

Beliau berucap merasmikan Program 'Mesej Dari Penjara' Peringkat Zon Timur Tahun 2013 di sini semalam.

Program anjurkan Jabatan Penjara Malaysia bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan itu berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Muhammad Zuki Muhammad Zain dan Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye.

Makhtar berkata, masalah sosial dan jenayah menuntut perhatian serius untuk ditangani bersama kerana dianggap suatu senario mencabar sekarang ini.

"Kini kita berada dalam senario kehidupan yang jauh berbeza dan lebih mencabar berbanding dahulu.

"Sinergi antara keluarga, masyarakat, pihak berkuasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak akan memberi lebih efektif dalam usaha menangani jenayah bagi mewujudkan masyarakat berintegriti, harmoni dan sejahtera," katanya.

Beliau berkata, generasi muda seharusnya memupuk sahsiah diri seiring dengan agenda kerajaan untuk mengukuhkan negara dengan nilai-nilai integriti.

Tegasnya, keruntuhan akhlak generasi muda bakal merencatkan kemajuan dan keamanan negara kerana mereka merupakan aset mewarisi tampuk kepimpinan negara.

Langkah bijak PM perkasa ekonomi

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

KOTA BHARU 17 Sept. - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam agenda membela serta memperkasa ekonomi bumiputera disifatkan sebagai langkah bijak dan berani.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kelantan (PKMMNK), Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, pengumuman itu sudah lama dinanti-nantikan kaum bumiputera di negara ini.

Menurutnya, lima agenda berkenaan mencakupi keseluruhan aspek membela bumiputera di negara ini dalam pembangunan ekonomi.

"Pengumuman ini juga akan menjadi anjakan ke arah kebangkitan baharu kepada usahawan bumiputera sekiranya dihayati semua pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Najib dalam strategi Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang merangkumi lima fokus utama semalam.

Mohd. Rosdi berkata, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing menjayakan hasrat sebenar Perdana Menteri terhadap meningkatkan taraf kehidupan ekonomi bumiputera melalui agenda tersebut.

"Pihak pelaksana terutamanya perlu mengambil serius dan menghayatinya bagi membantu merealisasikan agenda tersebut," katanya.

Beliau turut berharap agar sektor pembinaan tidak dipinggirkan supaya lebih ramai kontraktor Melayu dapat menikmati segala inisiatif yang diberikan dalam fokus memperkasa ekonomi bumiputera.

"Pendekatan yang sewajarnya perlu diambil supaya setiap kontraktor mendapat pengagihan dengan kaedah yang sama rata," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat