Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT Oleh SYUKRI SHAARI KUALA LUMPUR 14 Sept. - DAP disifatkan sebagai parti yang amat luar biasa dan pelik di dunia memandangkan hanya dikuasai oleh satu 'dinasti' keluarga sahaja walaupun selama ini parti itu melaungkan slogan kononnya memperjuangkan prinsip demokrasi. Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sejak kira-kira 47 tahun lalu, DAP hanya dikuasai oleh keluarga Lim, daripada bapa kepada anak. "Walaupun sudah berdiri sejak 47 tahun lalu, parti yang kononnya memperjuangkan amalan demokratik hanya dikuasai oleh kaum keluarga Lim yang diterajui Lim Kit Siang sebagai Penasihat dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Selain itu, Zamil mendakwa, DAP juga masih 'gagal' memahami Perlembagaan parti itu sendiri walaupun terdapat ramai peguam dalam kalangan ahlinya. Dakwanya, perkara itu terbukti apabila Guan Eng tidak memahami Perlembagaan parti berikutan notis 10 minggu bagi kongres pemilihan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). "Ahli-ahli parti itu juga kurang pandai mengira. Bagaimana kertas undi yang hanya berjumlah 1,823 boleh disilap kira dan mengambil masa selama tiga minggu?" ujar beliau. Mengulas lanjut, Zamil memberitahu, DAP sering menghentam dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya menjalankan pilihan raya secara tidak adil tetapi hakikatnya parti itu sendiri tidak mampu mengurus CEC mereka secara telus. Katanya, jika benar dakwaan 500 perwakilan tidak hadir maka ini merupakan satu rekod negara kerana mustahil berlaku perwakilan seramai itu gagal menghadirkan diri dalam pemilihan parti. "Parti yang ditadbir oleh dinasti Lim itu mendakwa terdapat 500 surat pengakuan rasmi daripada perwakilan DAP yang tidak dapat menghadiri pemilihan CEC parti. "Namun sehingga kini Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum menerima walaupun satu daripada surat pengakuan asal yang didakwa telah ditandatangani perwakilan yang tidak hadir pada pemilihan CEC parti itu 15 Disember lalu," ujarnya. |
Pemilihan semula CEC 'drama' baharu DAP Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT S. Vijayan (duduk, dua dari kanan) bersama ahli-ahli DAP membantah pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang akan diadakan pada 29 September ini di Seremban, semalam. SEREMBAN 14 Sept. - Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dijadual pada 29 September ini dilihat sebagai satu lagi 'drama' pemimpin pembangkang itu yang bertujuan memastikan parti tersebut dibatalkan, lebih-lebih lagi dikatakan tidak memenuhi syarat ditetapkan dalam perlembagaan. Setiausaha Cawangan DAP Bukit Emas, S. Vijayan berkata, sebahagian ahli DAP di peringkat akar umbi juga melihat pemilihan semula itu bakal menjadi medan terbaik bagi parti pembangkang tersebut terus menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika pemilihan jawatankuasa yang akan dibentuk kelak dipertikaikan lagi. Beliau turut mempersoalkan kewibawaan parti itu melantik Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook bagi melaksanakan pemilihan CEC tersebut memandangkan beliau sebelum ini gagal mengemukakan senarai 500 anggota delegasi yang terlibat dalam pemilihan sebelum ini. "Ini adalah satu usaha mereka untuk mencari pasal dengan ROS dengan memastikan CEC yang akan dijalankan menjadi tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan dalam parti. "Ramai antara ahli parti adalah peguam dan saya yakin mereka faham CEC hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti, bukannya Kongres Khas seperti yang dimaklumkan sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, A. David Dass. Vijayan yang sebelum ini pernah menjadi calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang percaya taktik pimpinan tertinggi parti tersebut adalah satu daripada usaha bagi meneruskan agenda mencantas pemimpin DAP daripada kalangan masyarakat India. Beliau turut percaya tindakan sedemikian bertujuan menyelamatkan sebahagian besar kroni tertentu dalam DAP bagi memastikan mereka terus terselamat dan terus mendapat sokongan perwakilan kelak. "Kita akan terus bersuara bagi menyampaikan perkara yang benar dan sebagai pemimpin yang sering melaungkan ketelusan, akauntabiliti dan cekap sepatutnya, mereka dengarlah apa yang diperkatakan oleh ahli di peringkat akar umbi bukan meminta kami tutup mulut dan membiarkan pemimpin terus melakukan penyelewengan. "Malah kami juga yakin mereka yang akan dipilih nanti mempunyai agenda untuk mengetepikan masyarakat India menerusi pindaan perlembagaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |