{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


33,682 calon sah bertanding

Posted: 25 Sep 2013 01:07 PM PDT

MOHD. Tajul Rosli Ghazali (tengah) menunjukkan rumusan pendaftaran calon dalam pemilihan UMNO mengikut negeri dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh (kiri) dan Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Sebanyak 33,682 calon akan bertanding dalam pemilihan UMNO pada Oktober ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 260 orang akan bertanding di peringkat pusat termasuk Majlis Tertinggi iaitu 76 calon, Pergerakan Wanita (52 calon), Pemuda (94 calon) dan Puteri UMNO (38 calon) manakala selebihnya di peringkat perhubungan negeri (bahagian).

Pemilihan UMNO kali ini akan turut menyaksikan 146,500 ahli parti tersebut diberi peluang mengundi melalui mekanisme pengiraan yang mengadaptasi sistem Electoral College atau Badan Perwakilan Pemilih dengan satu bahagian dikira sebagai satu undi bagi menentukan barisan kepimpinan parti itu di peringkat pusat.

Setakat ini hanya Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman kekal satu-satunya calon di peringkat Pusat yang menarik diri iaitu bagi jawatan Naib Ketua Wanita.

Di peringkat perhubungan negeri pula, sebanyak 268 calon menarik diri dalam tempoh 72 jam selepas menyerahkan borang pencalonan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, Sabah iaitu negeri kedua yang mempunyai jumlah keahlian UMNO terbanyak menampilkan calon terbesar berjumlah 4,453 calon diikuti Johor (4,250 calon) dan Selangor (4,035 calon).

Dalam sidang akhbar di sini, hari ini beliau berkata, negeri yang menyaksikan jumlah calon teramai menarik diri pula adalah Selangor iaitu 37 calon di ikuti Perak (35) dan Pulau Pinang (32) manakala Johor paling sedikit selepas hanya seorang berbuat demikian.

Tumpuan pemilihan kali ini sudah pastilah untuk jawatan Naib Presiden apabila enam calon bertanding termasuk tiga penyandang iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mereka akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd.Isa Abdul Samad.

Pertarungan di peringkat sayap parti juga turut menarik perhatian apabila kesemua jawatan utama iaitu ketua dan naib ketua bagi Wanita, Pemuda dan Puteri akan dicabar.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mempertahankan jawatan akan ditentang oleh bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Kulim Bandar Bahru, Raihan Sulaimen Palestin.

Bagi jawatan Ketua Pemuda pula, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berdepan dengan empat pencabar yang merupakan pemimpin di peringkat cawangan.

Mereka ialah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak; Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Abd. Karim Ali.

Untuk jawatan Ketua Puteri pula, ia menyaksikan pertarungan dua penjuru antara Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyanti Samsudin dan Ketua Puteri UMNO Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman.

Patuhi tataetika pemilihan

Posted: 25 Sep 2013 01:07 PM PDT

Muhyiddin Yassin melihat replika buku The Competition Act 2010 Compliance Guidelines semasa merasmikan Persidangan Undang-Undang Persaingan Malaysia Pertama di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (kiri) dan Pengerusi MyCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob (kanan). - utusan/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Lembaga Disiplin UMNO mengingatkan kesemua calon dan perwakilan mematuhi tataetika pemilihan parti.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, semua ahli UMNO yang terlibat dalam pemilihan parti perlu menjauhi amalan tidak sihat dan bertentangan dengan tataetika tersebut.

Menurutnya, sebahagian calon baharu dan perwakilan perlu diingatkan semula tentang tataetika yang digunakan sejak pemilihan parti lalu.

"Amalan politik wang dan perkara-perkara berkaitan fitnah serta tohmahan memang dilarang sama sekali.

"Saya minta Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Undang- Undang Persaingan Malaysia Pertama anjuran Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah mengingatkan kesemua ahli parti supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan UMNO bulan depan.

Muhyiddin menambah, mana-mana calon atau perwakilan yang kurang pasti sama ada perbuatan mereka selari atau tidak dengan tataetika pemilihan boleh merujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Beliau memberitahu, langkah itu perlu bagi mengelak mereka berdepan tindakan disiplin sekiranya dibuktikan melanggar tataetika pemilihan.

"Walaupun mereka menang, keputusan boleh ditarik balik kerana melakukan amalan bertentangan dengan tataetika," katanya.

Beliau memberitahu, pucuk pimpinan mahu melihat tataetika dipatuhi sepenuhnya supaya proses pemilihan parti kali ini berjalan rapi, tertib dan tersusun.

"Kita berharap perjalanan pemilihan itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan memberi peluang kepada para perwakilan membuat keputusan tanpa diganggu amalan tidak sihat," katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, tindakan banyak calon menarik diri daripada persaingan di peringkat bahagian dan Pusat sebelum tempoh bertenang berakhir semalam dibenarkan mengikut peraturan pemilihan.

Menurut beliau, mereka mungkin membatalkan hasrat meneruskan saingan setelah melihat senarai calon lain yang turut bertanding jawatan sama.

"Kalau mereka lihat pencabar lebih berkelayakan, berpengalaman dan berwibawa, itu hak mereka untuk memberi laluan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat