{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Sheila, Harvey berpadu energi

Posted:

Sheila, Harvey berpadu energi

Sheila, Harvey berpadu energi

SEBUAH single pada tahun 2000, Begitulah Cinta pernah menyatukan Datuk Sheila Majid dan penyanyi legenda dari Indonesia, Harvey Malaiholo.

Tiga belas tahun kemudian, kedua-dua bintang itu kembali berkongsi pentas menyanyikan kembali lagu hit itu sempena One Night Charity Concert Sheila Majid & Harvey Malaiholo di dewan berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam Selasa lalu.

Bagi peminat tegar penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Jazz Negara itu, pasti ramai yang mampu mengimbas kembali persembahan memukaunya tiga tahun lalu menerusi The Malaysia Philharmonic Orchestra Celebrates Sheila Majid 25 Years in Music di dewan yang sama.

Aura penyanyi bertubuh genit itu menjangkau kuasa luar biasa apabila konsert yang ditranskrip menjadi sebuah album telah turut dinobatkan sebagai album terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2011.

Ada sebab kenapa tidak semua lagu hit Sheila dilantunkan untuk konsert kali ini, barangkali enggan menjadikan konsert bersama teman rapatnya sejak 20 tahun lalu, Harvey Malaiholo, menjadi satu persembahan dejavu buat peminatnya.

KOLABORASI Sheila Majid dan Harvey Malaiholo menerusi One Night Charity Concert Sheila Majid & Harvey Malaiholo di dewan berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam Selasa lalu merupakan sebuah konsert yang sukses.


Pilihan lagu

Untaian lagu antaranya Warna, Antara Anyer & Jakarta dan Sinaran sekali lagi menjadi pilihan Sheila kali ini untuk mengisi perut DFP, cuba diberi nafas baharu hasil komposisi suaminya sendiri, Acis yang bertindak selaku Pengarah Muzik kali ini.

"Susah juga mahu pilih lagu-lagu untuk dinyanyikan kali ini. Pada mulanya saya mahu keluarkan lagu Sinaran tapi apabila difikirkan semula, ini lagu repertoir saya.

"Pasti ramai peminat yang datang kali ini untuk mendengar lagu Sinaran akan berasa hampa kalau saya singkirkan lagu hit ini," kata Sheila mengulas pemilihan lagu-lagunya untuk konsert bersama Harvey.

Terhad waktu apabila perlu berkongsi pentas, Sheila menghadiahkan lagu Aku Cinta Padamu yang paling mendapat tepukan gemuruh penonton yang mungkin menggantikan Ku Mohon dalam konsert yang lalu.

Sheila tidak tenggelam, menyarung dua busana rekaan Michael Ong dan Shomir Izwa, beliau berjaya mencuri hati penonton dengan jenaka bersahaja berbalas-balas pujian bersama Harvey.

"Saya bangga dapat berkongsi pentas dengan Sheila kerana saya sememangnya mengaguminya sejak lama dulu," luncur pendulu bicara Harvey di pentas bergandingan dengan Sheila menerusi lagu Warna dan Dia.

Balas Sheila: "Saya pula kenal Harvey sejak sebelum saya mula menyanyi lagi, jujurnya saya adalah peminatnya."

HARVEY MALAIHOLO masih berbisa dan telah mengembalikan nostalgia menerusi untaian lagu hitnya.


Interaksi

Usai Sheila menyampaikan rangkaian lagu hitnya seperti Memori, Kasih, Hasrat, Tua Sebelum Waktu, Gerimis Semalam dan Cinta Jangan Kau Pergi, Harvey muncul berduet bersama Sheila menerusi lagu September Pagi sebelum menyerahkan pentas sepenuhnya kepada Harvey.

Bagi yang pertama kali menyaksikan persembahan penyanyi yang sudah menghasilkan lebih 20 buah album sepanjang 37 tahun pembabitan dalam dunia seni suara di Indonesia, dia bijak mencuri hati peminat baharu.

Harvey tidak nampak kekok di pentas, bijak mencuri peluang dan ruang berinteraksi bersama peminat, harus diakui dia berkarisma! Selain masih memiliki vokal ampuh biar usia sudah melewati 51 tahun.

"Sebulan lalu kami hanya berkomunikasi melalui telefon saja dan sesudah Acis menyiapkan susunan lagu kemudian menghantar menerusi e-mel, kami akhirnya betul-betul mula berlatih bermula Ahad lalu.

"Masing-masing sudah tahu bahagian masing-masing, maka tidak susah sebenarnya. Kami suka menyanyi dan kalau diberikan pilihan mahu saja menyanyi lebih lama tapi perlu difikir juga audiens yang mungkin akan bosan kalau terlalu lama," kata Harvey yang pernah sebelum ini menghasilkan dua buah lagu berjudul Terima Kasih Cinta dan I'm Still Here.

Istimewa persembahan kali ini, Sheila menghidangkan sebuah mash-up daripada dua buah lagu popular masing-masing iaitu Dia dan Katakan Saja dalam sebuah susunan baharu.

"Mula-mula kami mahu gabungkan lagu Dia tapi tidak masuk, akhirnya kami tukarkan lagu lain sepertimana yang telah dipersembahkan.

"Idea ini muncul apabila menonton beberapa buah siri muzikal yang sering menggabungkan dua buah lagu menjadi satu," jelas Sheila mencelah.

KARISMA dan persona Sheila Majid terletak pada personaliti dan keunikan vokalnya.


Jemput anak

Harvey membuai penonton menerusi rangkaian lagu hitnya seperti Gempita Dalam Dada, Adilkah, Jerat, Pelabuhan Cinta dan sebuah lagu yang turut menampilkan kedua-dua anak lelakinya, Joshua Benjamin, 22, dan Benjamin Joshua, 10, bermain beberapa buah instrumen bersamanya di pentas berjudul Permata Hati.

Sudah pasti lagu duet Begitukah Cinta didendangkan bersama Sheila melempiaskan kepuasan buat peminat kedua-dua penyanyi itu yang hadir semata- mata untuk melihat mereka berduet.

Menutup tirai persembahan, lagu Legenda turut dinyanyikan bersama Sheila dan Harvey dalam sebuah susunan penuh syahdu yang pastinya membuai-buai perasaan 900 audiens yang hadir malam itu.

Konsert amal anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas (KSRP) turut menampilkan tiga penyanyi undangan sebagai persembahan pembukaan iaitu Redza Hamid, Fuad dan Amanda Imani.

Sebagai tambahan, mungkin ramai yang menantikan konsert Sheila Majid dan Harvey Malaiholo yang hanya dibikin eksklusif selama satu malam itu saja direkodkan dalam format album sama seperti konsert Sheila yang lalu. Tidak mustahil!

Donnie Yen hampir muflis

Posted:

Donnie Yen hampir muflis

Donnie Yen hampir muflis

DONNIE YEN sudah 31 tahun menimba pengalaman sebagai pelakon.


PENGALAMAN selama 31 tahun menjadi seorang pelakon banyak mengajar aktor tersohor Hong Kong, Donnie Yen dalam membuat keputusan. Dari segi karier lakonan, Donnie pernah tersilap langkah sehingga menyebabkan dirinya hampir muflis.

"Pada tahun 1997, saya pernah ingin mencuba dalam bidang pengarahan. Ketika itu memang tidak dinafikan saya terima banyak tawaran berlakon. Namun, kerana ingin fokus terhadap filem arahan pertama saya, Legend of the Wolf saya menolak kesemua tawaran yang datang.

"Akibatnya, tanpa saya sedari, saya hampir muflis dan sejujurnya dalam akaun bank saya hanya tinggal HKD10 (RM4.10) sahaja.

"Saya juga gagal menyiapkan filem itu dalam masa yang ditetapkan," imbas Donnie ketika ditemui pada majlis sidang akhbar mempromosi filem, Special ID yang bertempat di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Donnie, usaha kerasnya itu berbaloi kerana akhirnya, filem tersebut berjaya meraih pencalonan menerusi kategori Pengarah Muda Terbaik pada Festival Filem Yabari Fantastic 1998 di Jepun.

Menceritakan tentang zaman awal kemunculannya sebagai seorang pelakon, ungkap Donnie, dia pernah dikritik hebat oleh masyarakat dan pihak produksi yang meragui bakatnya sebagai seorang pelakon.

"Pada awal kemunculan saya dalam bidang lakonan, saya telah terima banyak komen negatif dari pelbagai pihak.

"Antara komen yang diberikan ialah kemampuan dan bakat saya sebagai pelakon serta fizikal saya yang disifatkan terlalu pendek untuk memegang watak hero.

"Bagaimanapun, menepis segala kritikan negatif yang dilemparkan, saya cuba untuk positifkan diri saya sendiri dan percaya pada rezeki. Saya sentiasa berusaha keras untuk mencapai tahap yang dikecapi kini," tutur aktor kelahiran China ini.


HEBAT... Dua babak filem Special ID yang bakal ditayangkan pada 18 Oktober ini.


Kebetulan

Berbicara mengenai filem lakonan terbaharunya, Special ID yang bakal berada di pawagam pada 18 Oktober ini, kata Donnie, dia memegang tiga peranan iaitu sebagai penerbit, pelakon dan pengarah aksi sekali gus merupakan satu kebetulan.

"Pada mulanya, memang saya menjadi pengarah aksi dan pelakon sahaja bagi filem ini. Saya menggalas tanggungjawab sebagai penerbit kerana untuk memenuhi permintaan pasaran di China dan Hong Kong yang mana tidak dapat dilakukan oleh penerbit sebelum ini.

"Ini kerana saya mahu filem ini menembusi pasaran China dan Hong Kong, jadi ia perlu diseimbangkan. Saya akui, ini tugas yang berat buat saya kerana perlu jaga hati banyak pihak.

"Saya kini masih lagi dalam proses pembelajaran, namun akan buat yang terbaik bagi memuaskan hati penonton," tutur aktor yang telah menginjak usia 50 tahun ini.

Mengulas tentang wataknya dalam Special ID pula, lakonannya sebagai pengintip kumpulan gengster memerlukan Donnie banyak membuat kajian. Ini kerana unsur realistik dalam watak yang dilakonkan sangat penting bagi dirinya.

Antara kajian yang dilakukan Donnie ialah dia sendiri mendalami kehidupan seorang gengster dan tatu yang dilukiskan pada badannya pula, mempunyai maksud tersendiri.

"Saya berkawan dengan gangster dan membuat tatu yang sering dilukis pada badan mereka. Lukisan dan kedudukan tatu yang berada pada badan saya semuanya ada maksud tersendiri. Begitu juga dengan aksesori yang disarungkan," jelasnya yang berharap filem Special ID akan diterima ramai.

Izara mahu bersihkan nama

Posted:

Izara mahu bersihkan nama

Izara mahu bersihkan nama

FIGURA ini mengakui dia sudah empat kali menukar pengurus kerjaya seninya.


DIA dilihat sebagai antara pelakon baharu yang lengkap dengan pakej - cantik dan berbakat. Namanya paling meraih perhatian ramai khususnya selepas muncul bergandingan dengan pelakon Aiman Hakim

Nama Izara Aishah tidak ketinggalan disebut-sebut antara pelakon baharu yang punya bakat besar dan mampu pergi jauh.

Namun, sejak kebelakangan ini, pelakon berusia 21 tahun ini sering dikaitkan dengan masalah disiplin.

Izara juga dilabelkan sebagai seorang pelakon yang sombong serta punya masalah dari segi pengurusan jadual dan masa.

Bagaimanapun, dia tampil sendiri memberi penjelasan berkenaan isu tersebut.

Kosmo!: Benarkah Izara kini menguruskan sendiri jadual karier seni anda dan sudah tidak mempunyai pengurus?

IZARA: Memang saya uruskan sendiri jadual karier saya. Ini kerana sebelum ini memang banyak salah faham kerana kecelaruan sering timbul dalam menguruskan jadual saya. Akibatnya, saya yang terkena tempiasnya. Jadi, saya malas ingin bercerita panjang.

Mampukah Izara mengurus jadual sendiri sedangkan anda sibuk dengan lakonan dan sesi fotografi?

Saya akan buat satu benda dalam satu masa dan jika untuk sesi fotografi, mungkin boleh ambil dua sekali gus. Jika betul saya tidak mampu buat, saya akan beritahu dan kebanyakannya faham dengan keadaan saya.

IZARA nekad untuk menguruskan sendiri jadual kerjaya seninya selagi termampu.


Sejak bilakah Izara uruskan jadual sendiri dan kenapa buat keputusan sebegitu?

Saya uruskan diri saya sejak beberapa bulan yang lalu dan tujuan berbuat demikian kerana ingin bersihkan nama saya kerana ramai yang ingat ia salah saya. Nama saya juga yang terjejas.

Maksudnya ketika mempunyai pengurus, memang Izara sering menghadapi masalah komunikasi?

Masalah itu dari segi masa, pengurusan jadual. Mungkin kerana pengurus saya dalam kalangan kawan-kawan dan sepupu, jadi mereka ini tidak pandai uruskan saya. Baik saya uruskannya sendiri. Rasanya sudah empat kali saya menukar pengurus.

Tidak percaya ataupun ada sebab lain yang membuatkan Izara mengambil keputusan ini dan tidakkah ia membebankan anda?

Bukan tidak percaya. Saya tidak boleh terima dengan perkara yang saya tidak buat. Memang pening juga kerana kadangkala ada pihak yang sakit hati dengan saya. Mungkin mereka tidak faham, saya tidak dapat jawab panggilan dan menolak permintaan mereka kerana saya sedang sibuk di set atau dengan kerja saya. Oleh kerana itu, ramai yang kata saya sombong.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat