{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Tahan lama, sedia dimakan

Posted:

Tahan lama, sedia dimakan

Tahan lama, sedia dimakan

TIGA tahun lalu, niat untuk melakukan ibadah korban terdetik dalam hatinya kerana ia satu tuntutan yang digalakkan dalam Islam. Jannatul Akmal Muhd. Talib, 29, kemudiannya mencari maklumat mengenai badan kebajikan atau organisasi yang melakukan ibadah korban.

Menurut wanita yang bekerja dalam sektor kerajaan itu, dia mengutamakan badan yang menawarkan harga korban berpatutan dan penerimanya.

Dalam usahanya itu, dia menemui laman sosial Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) yang menawarkan ibadah korban di negara-negara Islam seluruh dunia.

"Saya tertarik dengan yayasan tersebut selepas yakin dengan cara dan proses pengagihan daging korbannya kerana ia di khusus kepada tempat-tempat yang dilanda bencana di luar dan dalam negara," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Jannatul, dia memilih Muslim Aid kerana harga yang ditawarkan untuk satu bahagian korban sekitar RM380 sahaja.

Seorang lagi yang melakukan korban bersama Muslim Aid turut bersetuju dengan pandangan tersebut. Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Rosiah, 48, berkata, daging tersebut telah dimasak dan ditinkan mengikut cita rasa negara penerima.

"Ia dapat mengelakkan pembaziran jika penerima mendapat daging mentah. Sekurang-kurangnya, daging korban yang ditinkan dapat disimpan dan dimakan mengikut keperluan mereka," ujar kakitangan swasta itu.

Dia memilih untuk melakukan ibadah korban bersama organisasi tersebut kerana daging tersebut diberikan kepada masyarakat Islam di luar negara.

"Pendapat saya, ibadah korban dalam negara kita sangat mewah sehinggakan terdapat daging-daging terbazir begitu sahaja.


DAGING tanpa tulang akan dihantar ke Malaysia untuk proses pengetinan.


"Melalui Muslim Aid, setiap korban yang dilakukan akan dihantar terus ke negara-negara yang ditimpa bencana. Ia sekali gus dapat membantu sesama saudara Islam diseluruh dunia," jelas Rosiah yang telah melakukan ibadah korban bersama Muslim Aid sejak sedekad lalu.

Pekerja sektor swasta itu menambah, pihak Muslim Aid sangat efisien kerana mereka akan membuat peringatan setiap tahun kepada golongan yang berminat melakukan ibadah korban.

"Jika dibandingkan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi lain, pelanggan Muslim Aid akan diingatkan setiap kali datangnya musim korban menerusi kiriman e-mail.

"Dari segi kebersihan, daging korban tersebut adalah selamat dan dijamin bersih berbanding aktiviti korban yang dilakukan secara konvensional," katanya.

Sejak beroperasi di Malaysia pada tahun 2004, Muslim Aid menghulurkan bantuan kepada penduduk dunia yang mengalami bencana atau peperangan. Ia merupakan sebuah perwakilan rasmi Muslim Aid International di Asia yang ditubuhkan pada tahun 1985.

Muslim Aid merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama. Walaupun merupakan sebuah organisasi Islam, bantuan Muslim Aid tidak mengira sempadan, tidak membezakan warna kulit atau warna kulit penerima bantuan.

Pusat pengumpulan

Selain Malaysia, terdapat tiga pusat pengumpulan dana utamanya yang lain iaitu England, Jerman dan Australia. Muslim Aid juga mempunyai pejabat cawangan hampir di seluruh negara Islam.

Salah satu program Muslim Aid ialah Qurban For Life (Q4L) dengan mengagihkan daging korban ke negara-negara Islam yang mengalami kemusnahan dan penderitaan seperti Afganistan, Afrika, Bangladesh, Syria, Palestin dan Somalia. Di Malaysia, bantuan tersebut diberikan kepada golongan asnaf yang berdaftar.

Pengarah Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia, Wan Rusli Wan Muda, berkata, proses penyembelihan dilakukan di Australia kerana negara itu mampu menyediakan bekalan daging yang mencukupi.

"Kami pernah cuba mencari tempat penyembilhan di Malaysia tetapi tiada tempat penternakan yang boleh menampung lebih 8,000 ekor daging korban.


PROSES pengetinan dilakukan di sebuah kilang yang terletak di Terengganu.


"Disebabkan itu, kami memilih Australia kerana negara tersebut mempunyai bekalan yang mencukupi. Pusat penyembelihan di negara itu juga boleh menyembelih sebanyak 8,000 ekor sehari," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di pejabat Muslim Aid di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas beliau, pusat-pusat penyembelihan yang terpilih mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyeliaan ketat Muslim Aid.

Proses pengetinan

Proses penyembelihan dilakukan dalam masa empat hari wajib korban iaitu pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Daging-daging tanpa tulang akan dihantar ke Malaysia untuk proses pengetinan. Proses tersebut dilakukan oleh sebuah syarikat pengetinan di Terengganu.

"Proses pengetinan merupakan kaedah terbaik untuk mengagihkan daging korban. Ia boleh tahan selama tiga tahun dan boleh dihantar ke lokasi-lokasi yang daif dari segi infrastruktur.

"Penerima boleh menyediakan juadah tanpa perlu memasaknya kerana ia sedia dimakan pada bila-bila masa," kata Wan Rusli.

Setiap buah keluarga akan menerima 24 tin daging korban atau mengikut keperluan mereka. Di Malaysia, sebanyak 3,000 ekor kambing dan lembu diperlukan untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

Syarikat pengetinan yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu itu akan memasak dan mengetin daging korban. Sebanyak tiga jenis makanan tin akan disediakan dan setiap satunya mengikut cita rasa sesebuah negara.

"Sebagai contoh, daging kambing cincang banyak diagihkan ke negara-negara Asia Barat seperti Palestin, Somalia dan Afrika.

"Negara-negara seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Malaysia akan diagihkan makanan tin jenis kari dan berkuah," ujarnya. Antara jenis makanan yang disediakan ialah daging kambing cincang, daging lembu cincang dan daging kambing masak kari.


PROSES penyembelihan turut dilakukan di Australia yang mendapat pengiktirafan dari Jakim.


Muslim Aid juga melakukan penyembelihan setempat iaitu melakukan ibadah korban di negara-negara terpilih. Pada tahun ini, organisasi tersebut akan bekerjasama dengan Masjid Negara untuk melakukan korban di Vietnam.

"Selain membawa daging sejuk beku sedia ada, kami akan membeli haiwan ternakan di kampung-kampung berdekatan. Usaha itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka melalui pembelian yang dilakukan," jelas Wan Rusli. Selain Vietnam, negara yang pernah terlibat menerima agihan daging korban ialah Kemboja, Pakistan dan Palestin. Dana Muslim Aid diperoleh daripada pelbagai program seperti jualan amal, sumbangan daripada orang ramai serta kerjasama dari syarikat korporat.

Di Malaysia sejak tahun 2008, setiap sumbangan yang diberikan kepada Muslim Aid akan menerima pelepasan cukai pendapatan.

Angka 13 bawa malang?

Posted:

Angka 13 bawa malang?

Angka 13 bawa malang?

Oleh NOR IDAYU BOSRO


WALAUPUN hidup dalam era serba moden, kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat masih percaya tingkat 13 sebagai nombor pembawa nasib malang.


APABILA kerja-kerja pembinaan di 56 Leonard Street di Manhattan, New York, Amerika Syarikat (AS) siap sepenuhnya dua tahun lagi, bangunan pencakar langit itu bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang berkeluasan kira-kira 22.8 meter persegi dan ruang perpustakaan.

Bagaimanapun, menurut portal berita The Wall Street Journal, apa yang tidak dimiliki oleh bangunan mewah setinggi 60 tingkat itu ialah tingkat 13.

Situasi tersebut amat menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang terdapat di kebanyakan bangunan khususnya di negara-negara Eropah.

Satu kajian mendapati hanya lima peratus daripada 1,500 buah kondominium di Manhattan dan Brooklyn mempunyai tingkat 13.

Selebihnya menggelarkan tingkat dengan nombor 'berhantu' itu sebagai tingkat 14 supaya tiada penduduk yang terbeban kerana beralamatkan nombor malang itu.

Kajian mengenai fobia terhadap angka 13 itu digelar 'Triskaidekaphobia' manakala fobia terhadap tarikh 13 hari bulan yang jatuh pada hari Jumaat pula dikenali sebagai 'paraskavedekatriaphobia' atau 'friggatriskaidekaphobia'.

Satu penyelidikan dalam Jurnal Perubatan British yang diterbitkan pada 1993, mendapati kadar kemalangan jalan raya meningkat pada hari Jumaat bertarikh 13 hari bulan berbanding hari Jumaat lain.

Menerusi jurnal tersebut, penulisnya membandingkan nisbah jumlah trafik kepada bilangan kemalangan kereta pada dua hari yang berbeza iaitu Jumaat keenam dan Jumaat ke-13 sepanjang tahun itu.

Salah seorang penulisnya, Scanlon TJ mendakwa kadar kemasukan ke hospital meningkat sebanyak 52 peratus pada hari Jumaat ke-13 berbanding hari-hari Jumaat lain.

"Jumaat ke-13 ialah hari malang bagi sesetengah individu. Risiko kemasukan ke hospital akibat kemalangan juga meningkat. Kami mengesyorkan adalah lebih baik untuk tinggal di rumah sahaja," katanya.


LUKISAN pasukan The Knight Templars (dua kiri) bertemu Raja Baitulmuqaddis.


Mitos Norse

Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai nombor malang dikatakan berasal daripada mitos Norse yang bercerita tentang kisah 13 dewa menghadiri majlis santapan di Valhalla – sebuah tempat di mana roh pahlawan berani 'pergi' selepas mereka meninggal dunia.

Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa lain sedang makan, datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis berkenaan.

Loki dianggap tetamu ke-13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Balder iaitu dewa kegembiraan.

Kematian Balder dipercayai menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan terjadinya musim sejuk pertama di dunia.

Fobia itu turut diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan hari Jumaat yang jatuh pada tarikh hari tersebut.

Antaranya ialah penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam Perang Salib yang berlaku pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307 dan pemerintahan King Saxon Harold II berakhir selepas dia dibunuh oleh Duke of Normandy, William pada Jumaat, 13 Oktober 1066.

Selain itu, ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menggunakan nombor 13 selain diterbangkan pada pukul 1.13 petang pada 11 April 1970.

Malah, fobia terhadap angka berkenaan turut melanda golongan profesional dan intelektual.

Akibatnya, ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13.

Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat