{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Pesona seramik tanah sawah

Posted:

Pesona seramik tanah sawah

Pesona seramik tanah sawah

KEUNIKAN produk yang dihasilkan terletak kepada nilai artistik dan eksklusif untuk pelanggan.


APABILA bercakap mengenai seramik, pasti terbayang labu sayung, tempayan, periuk tanah, bekas telur dan pasu bunga.

Namun Rozana Musa mempunyai cara sendiri dalam menghasilkan produk seramik. Ramai pasti tak menjangka tanah liat boleh menjadi aksesori indah namun itulah yang dihasilkan Rozana di galerinya di Bendang Studio yang beroperasi di Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka.

Menurut Rozana, 31, keunikan produk keluaran syarikatnya itu terletak pada nilai artistik dan sisi eksklusif yang dihasilkan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dengan pengkhususan seramik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mula terbabit secara aktif di dalam bidang pembuatan seramik sejurus tamat pengajian pada tahun 2006.

"Selepas menamatkan pengajian, saya berkhidmat sebagai pembantu artis seramik di Shah Alam selama 18 bulan selain turut terlibat di dalam pameran seni di galeri-galeri persendirian sebelum mengambil keputusan untuk terus menetap di kampung.

"Aktiviti bermain lumpur di bendang ibu sejak kecil lagi merupakan pencetus kepada idea untuk membuka perniagaan berasaskan seramik ini.

"Sejak itu, saya mula membuat kajian mengenai tanah sawah di belakang rumah untuk melihat potensinya dalam penghasilan produk seramik dan ternyata tanah bendang sangat bersesuaian untuk itu.

"Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk membina sebuah studio bagi memproses produk seramik di belakang rumah sebelum berpindah ke tanah milik keluarga," jelasnya.

Cipta alat pembakar

Tambahnya, disebabkan tidak mahu membuat pinjaman daripada mana-mana pihak ketika itu, dia mula bekerja sebagai guru sandaran selama dua tahun bagi mengumpul modal perniagaan dan membeli peralatan yang berkenaan.

ROZANA turut menghasilkan jambangan bunga dan cenderamata korporat menggunakan seramik.


"Untuk menghasilkan seramik, peralatan yang menjadi kemestian ialah alat pembakaran atau tanur kerana tanah liat itu perlu dibakar dalam suhu tinggi.

"Tetapi saya tidak mampu membeli alat tersebut kerana harganya yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.

"Hasil perbincangan bersama pensyarah, saya menghasilkan alat pembakar sendiri menggunakan fiber dengan bermodalkan RM3,000 sebagai alternatif kepada alat pembakaran sebenar," katanya sambil memberitahu dia membuat inovasi alat pembakar itu pada tahun 2009.

Hasil inovasinya itu, dia dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Inovasi Akar Umbi Jejak Inovasi pada tahun 2011.

"Saya mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan alat pembakar terbabit yang diubah suai supaya tahan lasak bagi pembakaran bersuhu tinggi.

"Segala proses penghasilan produk seramik ini dilakukan secara manual bermula dari penyediaan bahan mentah sehinggalah menjadi produk siap.

"Proses penghasilan produk seramik juga memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita tidak boleh menjangka hasil yang diperolehi bagaimana dan ia merupakan satu proses yang remeh serta cerewet.

Ujarnya, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting bagi menghasilkan produk seramik yang berkualiti.

Rozana berkata, proses menghasilkan seramik bermula dengan mengeringkan tanah liat yang kemudiannya akan direndam dan ditapis bagi menyingkirkan bahan-bahan asing yang terdapat di dalam tanah liat tersebut.

"Proses pengeringan biasanya mengambil masa selama dua atau tiga hari bergantung kepada keadaan cuaca dan kuantiti tanah yang digunakan.

"Setelah menjalani proses rendaman dan penapisan, proses membentuknya pula dilakukan mengikut teknik acuan atau bentukan tangan.

"Teknik acuan digunakan untuk produk seperti bekas kecil, lolipop dan pelekat magnet manakala teknik bentukan tangan pula untuk produk seperti kerongsang, loket dan anting-anting," jelasnya.

Eksklusif

Katanya, proses seterusnya ialah mengeringkan produk yang telah siap dibuat mengikut teknik yang dipilih sebelum proses pembakaran dilakukan pada suhu melebihi 1,000° Celcius selama enam jam.

"Selepas proses pembakaran dilakukan selama dua kali dan selepas pembakaran pertama, produk akan diwarnakan terlebih dulu menggunakan cat khas untuk seramik sebelum dibakar untuk kali kedua yang dikenali sebagai pembakaran gerlis.

"Proses pembakaran merupakan faktor penting di dalam penghasilan produk seramik supaya ia dapat tahan lama.

"Keseluruhan proses bergantung kepada saiz dan teknik yang digunakan manakala masa paling singkat untuk menyiapkan satu produk seramik ialah selama dua minggu bergantung kepada kuantiti yang diperlukan," beritahu beliau.


AKSESORI seperti kerongsang dan anting-anting daripada seramik mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.


Ujar Rozana, produknya itu mempunyai lingkungan harga serendah RM4.90 hingga RM1,000 bergantung kepada rekaan, jenis teknik yang digunakan serta kesukaran menghasilkannya.

"Kita juga menghasilkan produk eksklusif untuk pelanggan dan mereka boleh memberikan idea bagi menghasilkan produk seramik yang diingini.

"Biasanya, kita menerima tempahan daripada agensi kerajaan, syarikat korporat dan orang perseorangan selain turut mempunyai pelanggan di Singapura.

"Jika dilihat produk-produk seperti ini kebanyakannya menjadi pilihan para pelancong dan masyarakat tempatan yang gemar melancong," tambahnya sambil memberitahu, dia turut menyertai pelbagai pameran yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

Setiap perniagaan pasti terdapat cabaran dalam menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu dan Rozana juga tidak terkecuali.

"Cabaran menjalankan perniagaan ini ialah dari segi persaingan kerana kita bukan sahaja perlu bersaing di dalam produk-produk seramik sahaja malah terpaksa bersaing dengan produk-produk cenderamata yang lain.

"Selain itu, faktor masa juga merupakan cabaran kepada saya untuk menyiapkan tempahan pelanggan selain kekurangan tenaga kerja mahir kerana kini, sukar mencari mereka yang betul-betul meminati bidang ini," katanya yang turut melakukan perbincangan bersama pelanggan melalui e-mel.

Suhu tidak matang

Ujar Rozana, dia pernah berdepan situasi produk seramik yang dihasilkan tidak menjadi seperti yang diingini.

"Produk seramik ini boleh diibaratkan seperti kita melakukan eksperimen.

"Ini kerana sebelum menghasilkan sesuatu produk itu, kita perlu mencuba warna yang bersesuaian dengan produk yang bakal dihasilkan selain jenis tanah liat yang digunakan sama ada bersesuaian atau tidak.

"Produk yang dihasilkan itu tidak menjadi kerana terdapat kecacatan semasa proses pembakaran gerlis dilakukan seperti tidak mencapai suhu matang dan mempunyai gelembung di permukaannya," jelasnya.

Tambahnya, pantang larang di dalam penghasilan produk seramik amat dititikberatkan bagi memastikan produk berkualiti dapat dihasilkan.

"Kita perlu memastikan tanah liat yang digunakan tidak bercampur plaster kerana ia boleh meletup atau pecah ketika proses pembakaran berlaku.

"Selain itu, tanah liat yang digunakan juga perlu diuli dengan betul supaya tiada udara yang terperangkap di dalamnya," ujarnya yang juga menjadikan laman sosial Facebook sebagai medium promosi.

Rozana memberitahu, dia bercita-cita untuk mempunyai cawangan dan galeri pameran sendiri untuk menempatkan produk-produk seramik keluaran syarikatnya sebagai perancangan masa depan.

"Kita juga mahu menjadikan Bendang Studio sebagai pusat tarikan pelancongan di Melaka," jelasnya yang turut mengalu-alukan pelanggan untuk berkunjung ke studio miliknya tetapi perlu membuat temu janji terlebih dahulu.

Langgar anak sendiri, salah siapa?

Posted:

Langgar anak sendiri, salah siapa?

Langgar anak sendiri, salah siapa?

Oleh ZULHILMI JALIL
zulhilmi.jalil@kosmo.com.my


MEMBIARKAN anak kecil di dalam kereta tanpa pengawasan boleh mengundang padah. - Gambar hiasan


TRAGEDI yang berlaku pada 11 September lalu, mungkin menjadi igauan seumur hidup bagi seorang bapa, Mohd. Ali Hussin, 53.

Apa tidaknya, insiden yang berlaku pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan dia kehilangan anak kesayangannya, Mohd. Adam, 2, yang menjadi mangsa korban kereta miliknya sendiri.

Lebih menyayat hati apabila mangsa ditemui berlumuran darah dalam keadaan secara melutut di dinding sambil kedua-dua tangan memegang selipar selepas dirempuh kereta yang 'dipandu' si abang.

Kejadian yang berlaku di pekarangan rumahnya sendiri di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak itu tercetus selepas Mohd Ali meninggalkan kereta tanpa berkunci sebelum masuk ke dalam rumah sebentar bagi mengambil barangnya.

Namun, tiada siapa dapat menyangka, akal panjang anak kecilnya yang berusia empat tahun itu mampu 'memandu' kereta bapanya.

Tindakan si abang yang cuba 'bereksperimen' dengan kereta Mazda bapanya itu nyata merubah episod hidup dalam keluarga Mohd. Ali.

Insiden itu seolah-olah menjadi pembuka trend nahas maut membabitkan kenderaan undur milik ahli keluarga mangsa sendiri di negara ini.

Ia terbukti apabila dua minggu kemudian, kita digemparkan sekali lagi dengan kejadian seorang budak lelaki, Muhammad Rifaie, 2, yang maut selepas digilis treler yang dipandu bapanya di Taman Megah, Pontian, Johor.

Tidak hanya terhenti di situ, selang dua minggu selepas itu, Muhammad Faqih Mohd. Fitri yang berusia 10 bulan menjadi mangsa korban ibunya sendiri yang tidak sengaja merempuh anaknya ketika mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya di Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Ini merupakan sebahagian daripada insiden maut yang membabitkan kemalangan kenderaan yang mendapat liputan meluas.


KERATAN akhbar muka depan Kosmo! 10 Oktober 2013.


Kecuaian

Belum lagi dikira kes melibatkan kecederaan dan kanak-kanak yang mati lemas dalam kereta.

Sebagai manusia yang ada pegangan agama, kita percaya kematian seseorang itu dianggap ketentuan tuhan.

Namun, setiap apa yang berlaku pasti ada penyebabnya.

Jika nyawa anak-anak itu sendiri diragut oleh insan yang sudah diamanahkan oleh tuhan untuk menjaganya, sudah pasti sebagai ibu bapa, ia menjadi sejarah hitam dalam memori hidupnya.

Dalam hal sebegini, yang jelas ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan kanak-kanak.

"Kejadian kemalangan undur kereta ini bukan hanya di Malaysia. Di negara maju seperti Amerika Syarikat dilaporkan sebanyak 448 kematian akibat langgar undur dari tahun 2006 hingga 2010.

"Di Australia sendiri, saban minggu sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak telah terlanggar akibat undur kereta. Kes kemalangan undur kereta ini boleh dikatakan antara kejadian yang kerap berlaku di luar negara selain kes lemas dalam kereta," ujar Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia, Mohd. Fairuz Mohamed Isa.

Mohd. Fairuz menjelaskan antara faktor berlakunya kemalangan tersebut ialah kecuaian penjaga itu sendiri.

Sikap suka tergesa-gesa memandu kereta keluar dari rumah menyumbang kepada kegagalan ibu bapa untuk memastikan keadaan sekitar berada dalam keadaan selamat sebelum menggerakkan kenderaan.

Katanya, sikap semula jadi kanak-kanak juga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut.

"Memang sifat semula jadi kanak-kanak yang berasa teruja jika melihat ibu bapanya. Tidak kurang ada juga kanak-kanak yang begitu aktif dan agak nakal.

"Namun, ini bukanlah alasan bagi kita untuk membiarkan mereka tanpa sebarang pengawasan," ujarnya.


IBU bapa perlu memantau keadaan persekitaran bagi memastikan ianya selamat sebelum mengundurkan kenderaan. - Gambar hiasan


Zon buta

Faktor luaran seperti keadaan kereta dan persekitaran juga dilihat antara yang boleh menyumbang kepada kes-kes kemalangan sedemikian.

"Sekiranya kenderaan tidak dilengkapkan dengan alat pengesan undur kereta, ia akan menyukarkan pemandu untuk mengenal pasti objek yang berada di belakang.

"Ini ditambah pula dengan keadaan enjin kereta yang berbunyi bising sehingga tidak dapat mendengar suara lain di sekeliling," katanya yang memberitahu zon 'buta' kenderaan turut perlu diambil kira dalam memastikan keadaan di sekitar kenderaan.

Dalam hal sebegini, mencari kesalahan sesiapa bukanlah penyelesaiannya.

"Namun, kecuaian ini perlu diberi pengajaran dan masyarakat perlu belajar dari kesilapan. Kempen kesedaran, bimbingan dan kaunseling kepada ibu bapa perlu agar kejadian seumpama tidak berulang," katanya yang memberitahu, Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika ibu bapa didapati bersalah atas kecuaian sehingga mengakibatkan anak-anak cedera.

Usahawan bebas berniaga di mana-mana

Posted:

Usahawan bebas berniaga di mana-mana

Usahawan bebas berniaga di mana-mana

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


NORAISHAH menunjukkan produk cendawan goreng miliknya yang mendapat permintaan ramai.


RATA-RATA peniaga menyambut baik pelaksanaan program Karavan Tani yang lebih praktikal bagi menjalankan perniagaan selain mesra pelanggan.

Ini kerana program anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu membolehkan mereka berniaga di tempat berbeza tanpa mengira masa.

Ia sekali gus membantu mereka menambah pendapatan berbanding berniaga di pasar tani pada hari tertentu sahaja dan di bawah kanopi yang tidak selesa.

Seorang peniaga sayur-sayuran, Mohd. Zaidi Mohd. Zubir, 30, berkata, karavan telah mengubah imej lama pasar tani di samping mengembangkan perniagaan melalui konsep pasar bergerak ini.

Ujarnya, penggunaan karavan sangat memudahkan malah menjimatkan masa dan tenaga kerana mereka tidak lagi perlu membawa khemah serta berpanas dan berhujan.

"Kebanyakan pelanggan sangat teruja membeli pelbagai jenis sayur-sayuran yang diletakkan di dalam karavan ini," katanya ketika ditemui di Pasar Tani Presint 2, Putrajaya baru-baru ini.

Pemilik karavan yang menjalankan peniagaan ikan dan makanan laut, Muhamad Rahmat Abdul Rahman, 24, pula berkata, dari segi logistik karavan merupakan satu konsep yang amat menarik.

"Konsep karavan membolehkan produk dibawa secara terus kepada pengguna.


MUHAMAD RAHMAT bersama sayur-sayuran segarnya yang disusun cantik di atas karavan.


"Ia merupakan pilihan terbaik kepada pengguna sibuk yang tidak sempat ke pasar atau kedai.

"Kemudahan karavan membolehkan saya menjual di kawasan perumahan dan tidak hanya terikat di pasar tani," katanya yang memperoleh bekalan ikan dan makanan laut segar dari Sekinchan, Selangor.

Bagi Muhammad Azlan Abas, 32, perniagaan karavan memberikan beliau idea untuk mengembangkan bisnesnya yang diberi nama 'Nangka On Wheel'.

"Kemudahan karavan memberikan impak kepada pelanggan malah peniaga dapat mempelbagaikan idea dengan konsep karavan tersebut," katanya yang menjual produk-produk berasaskan nangka.

Seorang lagi pemilik karavan yang menjalankan perniagaan menjual daging lembu segar selama lebih empat tahun, Mohamad Sohaimi Ahmad, 49, berkata, konsep tersebut lebih bersih dan kemas kerana karavan itu dilengkapi kemudahan asas seperti lampu.

"Pelanggan lebih tertarik untuk membeli dalam suasana yang bersih. Sebagai contoh, karavan saya dilengkapi dengan tangki penyimpanan sisa air, oleh itu air kotor tidak akan meleleh ke tempat yang tidak sepatutnya," katanya.

Sementara itu, pemilik karavan yang menjual makanan siap dimasak seperti cendawan goreng, Noraishah Soyed, 22, memberitahu, karavan beliau yang dilengkapi dapur memasak sangat praktikal malah beliau boleh memasak dalam kuantiti yang banyak.

"Penggunaan karavan selesa bagi peniaga manakala pelanggan berpuas hati dengan tahap kebersihan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat