Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH Sebuah jentera bomba kelihatan di hadapan gudang borong C-Mart yang runtuh bumbung dan dindingnya di Bandar Darul Aman, Jitra, Kubang Pasu, semalam. KUBANG PASU 8 Okt. - Penduduk di sekitar kawasan industri Bandar Darul Aman, Jitra di sini gempar apabila sebuah pasar raya yang dibuka sejak lebih dua bulan lalu runtuh hari ini. Runtuhan pukul 8.40 pagi itu melibatkan dinding dan bumbung bahagian tepi bangunan yang menempatkan barangan jualan seperti pakaian dan kasut berjenama. Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan pasar raya tersebut hanya memulakan operasi pada pukul 10 pagi meskipun dua pekerja penyelenggaraan memasuki premis itu sebelum kejadian. Difahamkan, pasar raya tersebut yang beroperasi sejak penghujung Julai lepas tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF). Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu, Zahari Ismail berkata, berikutan kejadian itu, bangunan tersebut dianggap tidak selamat untuk diduduki dan diarah tutup serta-merta. Katanya, pihaknya juga dalam proses mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik bangunan terbabit. "Pemeriksaan mendapati pemilik bangunan memperoleh kelulusan merancang untuk membina gudang namun dipercayai menyalahgunakan kelulusan dengan mendirikan bangunan komersial. "Gudang ini dan lot premis di kawasan ini diarah tutup bagi membolehkan pihak kami dan agensi berkaitan melakukan kajian teknikal," katanya di sini hari ini. Pekerja penyelenggaraan, Abdul Rohim Talib, 33, memberitahu, dia bersama seorang rakannya memasuki premis itu kira-kira pukul 8.30 pagi bagi membuka lampu dan pejabat. Ketika berada dalam bangunan itu, katanya, dia terdengar bunyi retakan disusuli runtuhan siling kira-kira lima meter dari tempatnya berdiri. "Saya dan rakan bergegas keluar dan semasa berada di luar bangunan, saya dapat melihat dinding dan bumbung runtuh," katanya. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf berkata, lebih 20 anggotanya dikerahkan mengawal kawasan tersebut bagi mengelak sebarang kecurian. Dalam pada itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohammad Darus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.55 pagi dan mengerakkan seramai 10 anggota ke lokasi kejadian. |
Bayi 2 bulan mati tersedak susu Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR BAPA Noor Afreena Dahlia Azri (kanan) ketika menuntut jenazah anaknya di Hospital Serdang, semalam. KUALA LUMPUR 8 Okt. - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan mati selepas dipercayai tersedak susu di rumah pengasuh di Bangi dekat sini pagi ini. Difahamkan, ketika kejadian pada pukul 8 pagi itu, bayi malang tersebut, Nor Afreena Dahlia Azri dihantar oleh ibunya ke rumah pengasuh dalam keadaan baik. Tidak lama selepas itu, pengasuh berkenaan dapati bayi tersebut yang dibaringkan dalam keadaan mengiring tidak bergerak lalu cuba membuat bantuan pernafasan (CPR) tetapi gagal. Pengasuh itu kemudian menghubungi ibu bayi berkenaan dan terus dibawa ke sebuah klinik di Bandar Seri Putra tetapi disahkan telah meninggal dunia. Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 37 tahun bekerja sebagai pegawai bank manakala ibunya, berusia 35 tahun merupakan seorang guru. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. "Bedah siasat ke atas mayat bayi berkenaan telah selesai dijalankan di Hospital Serdang dan pihak kami dapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |