{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


E-book tingkat prestasi UPSR

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Ghazali Taib

KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Kerajaan negeri telah mengagihkan sebanyak 113,922 buah e-Book kepada murid tahun empat dan lima di seluruh negeri ini membabitkan peruntukan kira-kira RM107.3 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, pemberian buku elektronik tersebut untuk tempoh lima tahun sejak 2009 lalu sehingga sekarang.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 23,702 murid tahun lima menerima E-Book yang membabitkan perbelanjaan melebihi RM22 juta diikuti 23,313 murid tahun lima menerima kemudahan itu yang melibatkan peruntukan kira-kira RM22 juta pada 2010.

Katanya, untuk tahun 2011, sebanyak 23,194 murid tahun lima turut menerima sumbangan itu melibatkan peruntukan RM21.9 juta, seramai 22,117 murid tahun empat mendapat E-Book dengan peruntukan RM20.9 juta pada tahun lalu.

"Bagi tahun ini, sebanyak 21,596 murid tahun empat menerima E-Book yang melibatkan jumlah peruntukan kira-kira RM20.5 juta," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan Ariffin Deraman (Pas-Alor Limbat) pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di sini hari ini.

Ghazali seterusnya menangkis dakwaan pihak pembangkang kononnya pemberian E-Book yang membabitkan kos besar tidak memberi impak positif kepada para pelajar.

Sebaliknya, jelas beliau, sejak kemudahan itu diperkenalkan pada 2009 lalu selain penambahbaikan yang dilakukan kerajaan, ia mampu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan terutama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Terengganu.

Pada masa sama, katanya, usaha kerajaan mewujudkan program kelas maya dengan menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga sebagai sekolah perintis juga berupaya melonjakkan kedudukan sekolah berkenaan dalam senarai sekolah terbaik.

"Sejak dijadikan sekolah perintis dalam projek kelas maya, SK Paya Bunga memperoleh Gred Purata Sekolah yang terbaik di mana sebelum ini berada pada kedudukan 4,000 dalam senarai kebangsaan, kini melonjak ke tangga 620," katanya.

378 kes kencing tikus di Terengganu sejak 2011

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)hari ini diberitahu bahawa sebanyak 378 kes jangkitan kencing tikus atau leptospirosis dilaporkan berlaku di negeri ini yang membabitkan 17 kematian sejak 2011 hingga Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pada tahun 2011, sebanyak 161 kes dicatatkan dengan sembilan kes kematian.

Diikuti tahun 2012 yang mencatatkan 126 kes membabitkan lima kematian manakala bagi setakat 31 Ogos tahun ini, ia mencatatkan 91 kes dengan tiga kematian.

Beliau memberitahu, berdasarkan kes terbaharu, Kemaman dan Besut merupakan daerah yang mencatatkan kes tertinggi.

"Untuk tahun ini (2013), daerah Kemaman dan Besut mencatatkan kes tertinggi manakala sebelum ini iaitu pada 2011, kes tertinggi yang dicatatkan adalah di daerah Besut dan Hulu Terengganu," katanya.

Ahmad Razif menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan lisan Dr. Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal) pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri dengan kerjasama pelbagai pihak terutama Jabatan Kesihatan negeri sentiasa mengambil langkah serius dalam membendung wabak berkenaan termasuk menjayakan kempen pencegahan.

Menurutnya, ia termasuk peringatan serta nasihat kepada orang ramai agar mengambil langkah berwaspada ketika mengunjungi tempat-tempat rekreasi bagi mengelak terkena jangkitan penyakit tersebut.

"Selain mengedarkan risalah atau pamplet tentang bahaya penyakit ini, kita juga mengadakan pelbagai kempen supaya masyarakat mengelak daripada meminum atau mandi sungai kerana airnya tidak dirawat dan mudah terkena jangkitan," katanya.

Di samping itu, jelas beliau, kerajaan juga mendapat kerjasama pelbagai agensi awam termasuk Jabatan Kesihatan negeri dan pihak berkuasa tempatan menggerakkan kempen pencegahan atau kawalan tikus.

"Malah pihak MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) juga sebelum ini menjayakan program tangkap tikus dengan insentif RM2 untuk seekor tikus yang berjaya ditangkap," ujarnya.

Parti Gerakan persoal tindakan MPKB-BRI

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

WILSON Lau Hoi Keong (lima dari kiri) bersama ahlinya menunjukkan surat bantahan di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 30 Sept. - Parti Gerakan mempersoal tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melarang salon kecantikan milik bukan Islam di bandar ini menampal poster wanita tidak menutup aurat di premis mereka.

Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata, larangan terbabit tidak mencerminkan dasar kerajaan prihatin dan berkebajikan yang dilaung-laungkan kerajaan negeri pimpinan Pas.

Beliau berkata, MPKB-BRI sepatutnya mengeluarkan garis panduan jelas bagi poster dan iklan memperagakan wanita melibatkan premis kecantikan dan salon milik bukan Islam yang beroperasi di bandar ini.

"MPKB-BRI sebagai pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengeluarkan peraturan berasingan untuk peniaga Islam dan bukan Islam, tidak boleh pukul rata, patut dibezakan. Kalau ikut peraturan pada permit, model atau gadis dalam iklan patut kena pakai tudung, tetapi bagaimana jika melibatkan poster yang dipasang di premis kecantikan dan salon milik orang bukan Islam?

"Peniaga perlu memperagakan model-model yang menunjukkan pelbagai fesyen rambut untuk menarik pelanggan, tetapi ini tidak dibenarkan MPKB-BRI," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hoi Keong berkata, pegawai MPKB-BRI kelmarin meminta tiga salon kecantikan di bandar ini menurunkan poster seumpama itu dan kejadian sama pernah berlaku tahun lalu sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peniaga terbabit.

Menurut Hoi Keong, MPKB-BRI sepatutnya mengadakan dialog dengan peniaga-peniaga terbabit dan bukannya mengenakan tindakan tegas ketika mereka hendak memperbaharui lesen niaga meskipun tiada tindakan kompaun dikenakan.

Dalam pada itu, beliau mendesak sekutu Pas dalam pakatan pembangkang, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan pendirian mereka berhubung tindakan kerajaan Pas Kelantan itu ke atas kepentingan peniaga bukan Islam di negeri ini.

"Kita mahu tahu apa pendirian DAP dan PKR dalam isu ini, adakah mereka berpendapat tindakan MPKB-BRI ini adil dan wajar atau sebaliknya," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat