{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Pandang serius teguran ADUN - NGO

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 9 Okt. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini menyarankan kerajaan Pas Kelantan memandang serius teguran wakil rakyat mereka berhubung beberapa isu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohd. Zaidan Abdul Rahim berkata, teguran tersebut menggambarkan kelemahan kerajaan dalam menangani isu rakyat di negeri ini.

Justeru katanya, kerajaan Pas perlu melakukan kajian terperinci setiap isu berbangkit demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

"Masalah rumah mampu milik dan krisis air merupakan isu utama rakyat di negeri ini sejak sekian lama. Tetapi, sampai sekarang tiada jalan penyelesaian, rata-rata rakyat masih bercakap masalah air ini.

"Ini satu kegagalan yang nyata di pihak kerajaan negeri dalam menyediakan kemudahan asas kepada rakyatnya. Kerajaan sepatutnya menyedari kepentingan kemudahan tersebut kepada rakyat, apatah lagi setelah dibawa ke sidang DUN," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, matlamat kerajaan negeri untuk membina lebih banyak rumah mampu milik tidak mungkin tercapai sekiranya kerajaan lebih ghairah mencari keuntungan.

Akhbar hari ini melaporkan dua wakil rakyat daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik kerajaan Pas Kelantan yang didakwa gagal menangani beberapa perkara yang menjadi isu rakyat sejak sekian lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas kawasan Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim (Pas), membidas tindakan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang disifatkan hanya memikirkan keuntungan dalam pembinaan rumah mampu milik bagi membantu rakyat berpendapatan rendah mempunyai kediaman sendiri.

Katanya, syarikat milik kerajaan negeri seperti Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya sepatutnya membina lebih banyak rumah mampu milik termasuk melalui projek Rumah Awam Kos Rendah.

Sementara itu, ADUN Guchil (PKR), Roslan Puteh menyelar Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang didakwa gagal membekalkan air bersih dengan secukupnya kepada penduduk.

Beliau berkata, AKSB bukan sahaja gagal membekalkan air secukupnya secara berterusan tetapi bantuan kecemasan juga tidak dihantar dengan segera apabila aduan yang dibuat hanya akan diselesaikan selepas beberapa hari.

Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamaruddin Kassim berkata, rakyat negeri ini telah memberi tempoh lebih 20 tahun kepada Pas memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan, malah masalah asas masih tidak dapat diselesaikan.

"Jadi kerajaan mesti memandang serius teguran tersebut sebagai kritikan membina kerana teguran itu ada asasnya dan kerajaan sewajarnya melakukan perubahan segera mengikut keperluan semasa rakyat," katanya.

Kata beliau, Pas gagal melakukan transformasi rakyat walaupun lebih 20 tahun diamanahkan mentadbir kerajaan negeri ini kerana terlalu ghairah dengan politik.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri seharusnya melaksanakan segala janji mereka sebelum ini dan teguran tersebut merupakan suatu tuntutan ke arah itu.

Pemilik restoran sangkal dakwaan kenakan bayaran RM6,000

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

Fauziah Awang Noh (tengah) bersama dua peguamnya menunjukkan resit harga makanan dan laporan polis dibuatnya sewaktu sidang akhbar di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 9 Okt. - Pemilik sebuah restoran di Jalan Pengkalan Chepa di sini hari ini menyangkal dakwaan pihaknya mengenakan bayaran RM6,000 kepada satu rombongan yang singgah bersarapan di restoran itu, Ahad lalu.

Sebaliknya, pemilik restoran berkenaan, Fauziah Awang Noh, 46, mendakwa, bayaran yang dikenakan pada hari itu sebenarnya hanya sebanyak RM5,500 iaitu melibatkan rombongan 400 orang dengan pelbagai menu.

Dakwanya lagi, laporan beberapa akhbar sebelum ini yang mendakwa restorannya telah mengenakan bayaran berkenaan untuk rombongan 50 orang makan dengan hanya satu menu sahaja disediakan adalah tidak benar sama sekali.

Menceritakan situasi sebenar, Fauziah mendakwa, Sabtu lalu seorang wakil rombongan itu datang ke restorannya dan menempah makanan untuk 200 orang bersarapan keesokannya dan dia bersetuju dengan tempahan itu.

Dakwanya, dia menyediakan 10 jenis hidangan seperti gulai ayam kampung, ayam kampung goreng, gulai ikan, gulai itik dan ikan keli goreng dengan bayaran RM17 untuk seorang.

"Wakil itu bersetuju dengan hidangan serta bayaran yang dikenakan tersebut dan memaklumkan kepada saya bahawa rombongan 200 orang itu akan datang antara pukul 8 sehingga 9 pagi.

"Pada hari Ahad, selepas hidangan disediakan, seawal 7.30 pagi pelanggan daripada rombongan itu sudah mulai datang sehingga kira-kira pukul 9 pagi.

"Rombongan yang datang itu bukannya 200 orang seperti yang dimaklumkan wakil tersebut sebelum ini, sebaliknya hampir 400 orang termasuk mereka yang membungkus makanan untuk dibawa pulang. Saya kemudiannya memberitahu wakil itu bahawa rombongan yang datang melebihi daripada apa yang dinyatakan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan sebuah restoran di Jalan Pengkalan Chepa di sini telah mengenakan bayaran RM6,000 kepada sekumpulan rombongan pelanggan yang singgah makan di restoran berkenaan.

Berikutan itu, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan yang menerima aduan menyerbu restoran terbabit dan mengenakan tindakan di bawah Perintah 3(1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000 jika sabit kesalahan.

Tambah Fauziah, wakil berkenaan kemudiannya menyuruh dia membuat bil dan memaklumkan tidak kisah dengan bayaran dikenakan selepas melihat rombongan yang datang itu melebihi jumlah diberitahu sebelum itu.

"Saya kemudiannya membuat bil iaitu melibatkan 400 orang makan dengan harga RM6,000. Wakil itu terkejut dengan harga tersebut dan meminta dikurangkan dan saya bersetuju mengurangkan kepada RM5,500. Harga yang dikenakan itu sangat berpatutan iaitu seorang hanya dikenakan RM17 dengan pelbagai hidangan.

"Wakil tersebut bersetuju dengan harga tersebut dan membuat pembayaran, di samping mengakui harga yang dikenakan itu berpatutan melihat kepada orang ramai yang datang makan pada hari itu," dakwanya.

Sementara itu, Fauziah kini mengakui sangat tertekan, malu serta trauma dengan laporan itu dan dalam masa yang sama turut memberi kesan kepada restoran yang diusahakannya sejak 2004 itu.

Dakwanya, ekoran daripada itu, restoran berkenaan yang sentiasa dipenuhi pelanggan setiap hari sebelum ini mulai mengalami kemerosotan apabila sejak awal pagi tadi hanya beberapa orang sahaja pelanggan yang datang.

Sehubungan itu, dia telah membuat laporan polis dan kini meneliti mendapatkan bantuan guaman untuk kembali memulihkan reputasi restorannya yang terjejas teruk.

50 pelajar Kolej Universiti Bestari rai anak yatim Pulau Pinang

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

SETIU 9 Okt. - Seramai 50 pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Bestari (UCB) di sini, mengadakan Program Didik Jaya Bestari bersama anak-anak yatim di Pusat Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam, Pulau Pinang selama dua hari, baru-baru ini.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kunjungan mereka ke pusat berkenaan ialah gotong-royong, aktiviti secara berkumpulan, ceramah motivasi dan keagamaan melibatkan penyertaan sebanyak 45 penghuni asrama terdiri daripada pelajar peringkat rendah dan menengah.

Timbalan Naib Canselor UCB, Prof. Madya Ahmad Suhaily Mohd. Salleh berkata, selain suatu yang bersifat tanggungjawab sosial, program itu juga bagi memperkenalkan UCB dan pelbagai program pengajian yang ditawarkan kepada orang ramai terutama anak-anak yatim di seluruh negara.

Menurut beliau, pihaknya menyediakan pelbagai kemudahan bagi pelajar dengan beberapa keistimewaan kepada anak-anak yatim supaya mereka lebih berminat melanjutkan pengajian di institusi itu.

"Melalui program seumpama ini, kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan malah memberi kesedaran kepada mereka tentang kehidupan serta pelajaran," katanya kepada Utusan Malaysia dalam program itu.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Pusat Persekutuan Kebajikan Anak Yatim Islam Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Yusof Latiff.

Ahmad Suhaily memberitahu, anak-anak yatim yang kehilangan ibu atau bapa itu perlu diberi pendedahan secara menyeluruh mengenai kepentingan pelajaran untuk masa depan mereka sendiri.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat