{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


AKSB naikkan tarif air di Kelantan?

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 4 Okt. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan mendesak kerajaan Pas Kelantan supaya menjelaskan peningkatan mendadak jumlah bil air yang dikeluarkan syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) kepada pengguna sejak Ogos lalu.

Aktivisnya, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, sejak kebelakangan ini PPIM menerima banyak rungutan daripada pengguna mengenai peningkatan jumlah bil bulanan yang didakwa begitu ketara berbanding sebelumnya.

Katanya, pengguna perlu tahu peningkatan tersebut sama ada disebabkan kenaikan tarif air yang dilaksanakan oleh AKSB atau sebaliknya.

"Kerajaan perlu bersifat lebih profesional dalam perkara ini kerana ia melibatkan rakyat (pengguna). Kalau naik umumkan kenaikan secara terbuka biar pengguna tahu, apa nak ditakutkan.

"Kalau buat (naikkan tarif) dengan sembunyi-sembunyi menggambarkan ketidaktelusan sesebuah kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu kenaikan tarif air AKSB tersebar luas dan menjadi bahan bicara masyarakat di segenap warung dan kedai-kedai kopi sekitar bandar ini sejak kebelakangan ini.

Keengganan Exco berkaitan memberi sebarang reaksi berhubung perkara tersebut semasa dihubungi pihak media terus mencetuskan tanda tanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke salah sebuah kaunter pembayaran bil AKSB di sini hari ini mendapati tarif tersebut telah dinaikkan sehingga melebihi 30 peratus.

"Tarif air naik bermula bulan lapan (Ogos) baru ini. Kira-kira lebih 30 peratus juga naik," kata seorang pegawai AKSB yang bertugas di salah sebuah kaunter pembayaran bil di sini.

Sementara itu, seorang pengguna, Zabidi Ishar, 44, mendakwa bil airnya meningkat hampir sekali ganda sejak Ogos lalu.

"Dulu saya bayar purata bil air bulanan antara RM14 hingga RM15 sahaja, tapi bermula Ogos lalu hingga sekarang meningkat hampir RM30. hendak kata penggunaan bertambah tidak munasabah. Penggunaan macam biasa saja," dakwanya.

Jenayah ragut di Kota Bharu berkurangan

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

KOTA BHARU 4 Okt. - Pelaksanaan Op Cantas Khas sejak dua bulan lalu berjaya mengurangkan jenayah ragut di daerah ini apabila hanya satu kes dilaporkan dalam tempoh tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, susulan perkembangan itu, pihaknya turut melancarkan Op Sayang bermula Selasa lalu bagi mengurangkan lagi jenayah di daerah ini.

"Kita yakin kes jenayah dapat dikurangkan ekoran operasi dijalankan termasuk Op Cantas Khas dan melalui Op Sayang di lapan lokasi terpilih.

"Melalui Op Sayang, lima anggota wanita akan ditempatkan di setiap lokasi dari pagi sehingga petang dengan membuat rondaan secara berjalan kaki.

"Anggota kita akan melawat dan bertemu peniaga untuk menasihat dan memberi tips kepada golongan itu untuk mengelak menjadi mangsa jenayah serta mendengar masalah dan aduan mereka," katanya ketika menyertai Op Sayang yang diadakan di Pasar Siti Khatijah di sini hari ini.

Azham sehubungan itu mengharapkan, operasi yang dijalankan tersebut dapat memastikan orang ramai dalam keadaan selamat dan jika terdapat sebarang masalah anggota dan pegawai polis akan terus menghulurkan bantuan dengan segera.

Mangsa kebakaran Kampung sireh terima sumbangan Maik

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

KOTA BHARU 4 Okt. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menyampaikan sumbangan sebanyak RM28,000 kepada 16 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sireh 6 September lalu.

Sumbangan tersebut disampaikan Tengku Mahkota Kelantan yang juga Yang Dipertua Maik, Tengku Muhammad Fa-iz Petra selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Sireh di sini hari ini.

Seorang penerima, Mohd. Rosdi Hussin, 39, berkata, sumbangan tersebut sangat membantu keluarganya untuk meneruskan kehidupan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran tersebut.

"Selepas rumah saya musnah terbakar, saya terpaksa menumpang di rumah mentua, malah belum mempunyai wang untuk membina rumah baru.

"Sumbangan yang diterima ini meringankan beban dan saya berterima kasih kasih kepada Tengku Mahkota yang prihatin dengan nasib mangsa kebakaran," katanya ketika ditemui selepas sumbangan itu.

Yang turut hadir Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin.

Menurut Rosdi, kebakaran tersebut menyebabkan dia mengalami kerugian RM200,000, selain terpaksa menumpang di rumah keluarga isterinya, Ramlah Wan Abd Rahim, 42 di Pulau Belanga, Kemumin dekat sini.

Seorang lagi penerima, Nik Mohd. Deza Nik Mohd. Amin, 28, berkata, rumahnya turut musnah sepenuhnya dalam nahas kebakaran berkenaan dan mengalami kerugian kira-kira RM250,000.

Katanya, akibat kejadian itu, dia dan tiga anaknya terpaksa menumpang sementara di rumah bapanya sehinggalah rumah baharunya siap.

"Dalam kejadian itu, saya hanya sempat menyelamatkan beberapa barangan elektrik yang kecil sebelum melihat rumah musnah sepenuhnya.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana nasib malang yang menimpa kesemua kami mendapat perhatian daripada Tuanku." katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat