{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


Giliran Hujan ke DFP

Posted: 20 Nov 2013 01:38 PM PST

Kumpulan indie bakal gegar pentas Dewan Filharmonik dengan konsert akustik

Jika sebelum ini, beberapa penyanyi muda negara seperti Yuna, Aizat, Najwa dan Hafiz sudah pun diberikan penghormatan mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi slot dikenali sebagai Spotlight, kini tiba giliran kumpulan bebas, Hujan, pula untuk sama-sama menikmati penghargaan sama.

Kumpulan yang meledak sekitar 2007 menerusi lagi Pagi Yang Gelap itu dijadualkan menggegarkan pentas dewan berprestij terbabit pada 2 Disember depan, jam 8.30 malam.

Slot terbabit diperkenalkan DFP sebagai inisiatif berterusan mereka untuk menggalakkan kedatangan khalayak baru ke dewan yang sering menjadi pilihan pemuzik dan artis ternama, dalam dan luar negara, serta bertindak sebagai medan buat bakat muda mempamerkan bakat seni masing-masing.

Ubah gaya muzik

Jika ada kumpulan yang mampu merubah senario dan trend muzik semasa pula, Hujan pastinya antara nama yang paling awal disebut peminat dan penggiat seni negara.

Pada 2006, saat industri muzik tempatan menghadapi jualan album yang jatuh merudum, itulah ketikanya penyanyi yang juga pemain gitar, Noh; gitaris, AG Coco; pemain keyboard, Dimas; pemain bes, Izzat dan pemain dram, Ambobzeela, melakukan perubahan yang sepatutnya. Mereka menulis lagu pop yang bersifat telus, membuat konsert secara berterusan dan memaksimumkan penggunaan laman sosial.
Sebagai kumpulan yang tidak dikenali, laman sosial menjadi platform paling berkesan untuk memperkenalkan jenama kumpulan itu dan merekalah antara yang pertama berbuat demikian.

Muzik Hujan ialah pantulan pelbagai cerita dan rasa dalam lagu. Faktor ini dan disertakan dengan persembahan bertenaga serta menghiburkan menjadikan mereka dikenali dalam masa kurang setahun, hanya melalui promosi mulut ke mulut dan impak besar laman sosial, sebelum EP perdana mereka diedarkan. Lagu mereka berkumandang di internet dan Hujan mampu memenuhkan dewan konsert menjadi sesak. Kumpulan ini memulakan gelombang baru untuk pemuzik indie, selain episod berbeza buat dunia muzik tempatan.

Menang pelbagai anugerah

Setakat ini, Hujan menghasilkan dua EP iaitu 1,2,3 Go dan Check Check Rock Rock serta empat album studio - Hujan, Mencari Konklusi, Lonely Soldier Boy dan Sang Enemy.

Antara pencapaian membanggakan mereka kecapi termasuk kemenangan Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (2009), juara program Versus (pertandingan antara kumpulan pada 2012), finalis Anugerah Juara Lagu (2009 dan 2010), dan pencalonan pada Anugerah Shout! (2009 dan 2012) serta Anugerah Bintang Popular (2008).

Namun, kejayaan paling manis untuk mereka adalah apabila muzik kumpulan ini mempunyai nilai universal dan membawa mereka ke lokasi konsert berprestij di Indonesia, Singapura, Ireland, Britain, Australia dan Perancis.

Untuk konsert perdana di DFP ini, Hujan akan membawa peminat mereka menelusuri perjalanan seni mereka melalui lagu seperti Romantik, Lonely Soldier Boy, Empayarmu, Kotak Hati, Aku Skandal, Bila Aku Sudah Tiada dan Mencari Konklusi.

Info: Konsert Akustik Hujan
Artis: Hujan
Lokasi: Dewan Filharmonik Petronas
Tarikh: 2 Disember 2013
Waktu: 8.30 malam
Harga tiket: RM100
Tempahan tiket: 03-20517007 / dfp_boxoffice@petronas.com.my

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat