{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit sagu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda bukit sagu - Google Blog Search


<b>felda bukit sagu</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 01 Nov 2013 12:00 AM PDT


<b>felda bukit sagu</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 01 Nov 2013 05:22 PM PDT


Blog Felda: <b>felda bukit sagu</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2011 12:00 AM PST


Pahang Daily Online: Pengurus <b>Felda</b> Plantations <b>Bukit Sagu</b> 4 <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2011 12:54 AM PST

KUANTAN, 18 Feb [3.25 pm] - Sekumpulan peserta Felda Plantations Bukit Sagu 4 dekat sini telah membuat laporan polis terhadap beberapa isu yang menghantui mereka selama ini. Laporan telah dibuat sekitar jam 10.00 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Antara lain peneroka terbabit mendakwa Pengurus Felda terbabit iaitu Hj.Kamaruddin Kassim telah mendera secara fizikal dan mental seramai 30 orang peneroka dan 100 tenaga buruh Indonesia yang bekerja di situ. Difahamkan, peserta terbabit kecewa kerana hak dan kebebasan mereka telah dinafikan selama ini. "Kami menerima tekanan yang melampau dalam kerja, diugut untuk diberhentikan dan dihalau dari tempat penginapan. Tidak cukup dengan itu, kami juga dihembur dengan kata-kata kesat seperti anjing jika sesuatu tugas yang diarahkan tidak dilakukan dengan sempurna", kata wakil peserta terbabit. Sementara itu, pihak pengurusan Felda berkenaan juga dipercayai telah menyekat secara melampau dengan larangan yang tidak munasabah terhadap beberapa aktiviti sosial seperti menghadiri mesyuarat PIBG sekolah. Malah, urusan keluar masuk ke kawasan penempatan juga dikawal ketat menggunakan polis bantuan Felda. Selain dari itu, segala urusan berkaitan kesihatan peserta serta ahli keluarga mereka ke klinik tidak dibenarkan pada waktu kerja. Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian selepas waktu kerja. Sementara itu, urusan diluar bidang kerja seperti berurusan di pejabat kerajaan untuk urusan peribadi dihalang jika tiada sebarang surat hitam putih dari pihak yang berkenaan. Kegagalan peserta mengikut arahan yang ditetapkan menyebabkan mereka akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau pun pemotongan gaji.
[Dipercayai tindakan mogok telah dilakukan selama empat hari oleh peserta dan buruh Indonesia terbabit untuk membantah tindakan keterlaluan itu. Malangnya mereka pula ditakut-takutkan dengan menggunakan polis bantuan Felda yang ramai. Malahan anjing-anjing pengesan juga digunakan bagi tujuan tersebut. Apakah perbuatan ini wajar dilakukan terhadap peserta terbabit?. Wajarkah mereka dilayan seperti hamba abdi? Tindakan menyekat kebebasan mereka secara melampau menyebabkan kesemua mereka hidup dalam ketakutan sebenarnya. Justeru itulah laporan polis dibuat agar pihak polis menyiasat segala aduan berkenaan. Soalnya, apakah perkara ini dapat diselesaikan sekiranya siasatan dilakukan. Maka itu, wajarlah pihak atasan Felda mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Pegawai yang bertanggungjawab haruslah diberi amaran keras dan tindakan displin. Apa yang berlaku ini adalah rentetan beberapa insiden memalukan yang berlaku terhadap Felda sebenarnya. Turut hadir dalam laporan polis pagi tadi ialah Presiden ANAK, Saudara Mazlan Aliman].

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat