{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda chini - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chini - Google Blog Search


5,000 Penduduk <b>Felda Chini</b> Meriahkan Pesta Bakar Lemang <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 05:47 AM PDT

5,000 Penduduk Felda Chini Meriahkan Pesta Bakar Lemang

PEKAN

PEKAN – Pesta membakar lemang di Felda Chini 3 meriah dengan kehadiran lebih 5,000 penduduk dari sekitar Gugusan Felda Chini di sini baru-baru ini.

Acara g kali keenam dianjurkan itu diilhamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, sebanyak 15 pasukan dari seluruh gugusan Felda Chini menyertai pertandingan yang diberi nama Segoger Lemang Felda.

"Pada tahun ini kita membakar sebanyak 5,000 batang lemang dan kali ini agak berbeza kerana dianjurkan pertandingan yang disertai penduduk sekitar Chini yang mendapat sambutan menggalakkan," katanya sempena Pesta Lemang Chini dan sambutan Aidilfitri di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, penyertaan setiap lapisan masyarakat gugusan Felda, kampung tradisional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuktikan komitmen mereka menjayakan pesta tersebut walaupun masing-masing mempunyai pandangan tersendiri dari sudut fahaman politik.

"Pertandingan ini menjadi platform kepada kita untuk bersatu serta membentuk satu keluarga besar dan memupuk rasa 'kekeluargaan' yang menjadi konsep utama pesta ini.

"Di sini kita dapat lihat bagaimana setiap peserta berganding bahu dan bekerjasama menyiapkan lemang mereka walaupun berdepan dengan suhu panas.

"Namun semua itu tidak dihiraukan kerana selain membakar lemang, peserta seronok mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat," jelasnya.

Abu Bakar berkata, bukan sahaja golongan muda yang turut serta dalam pesta itu tetapi juga warga emas dan wanita tidak ketinggalan menjayakannya.

Katanya, terdapat cabutan bertuah untuk peserta dan disajikan juga dengan persembahan nyanyian kugiran daripada anak-anak peneroka. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada September 11, 2013 - 8:47 pm oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat