{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda palong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda palong - Google Blog Search


Gaya Peneroka: Peneroka <b>Felda Palong</b> 2 pertikai status 3 akaun KPF

Posted: 06 Sep 2013 11:41 AM PDT

FELDA PALONG: Seramai 107 peneroka Felda Palong 2 mahu pihak pengurusan memberi penjelasan berhubung status tiga akaun pelaburan dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang melibatkan wang simpanan mereka.

Selain pihak pengurusan, mereka juga mahu Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Palong 2 menjelaskan perkara sama berhubung wang mereka yang dilabur dalam KPF.

Wakil peneroka, Awalludin Samah, 59, dari Blok 5, berkata terdapat tiga akaun tabung peneroka yang dilabur di dalam KPF.

"Akaun pertama ialah akaun JKKK yang mempunyai simpanan sebanyak RM193,733.51 setakat ini manakala akaun kedua ialah Tabung Ladang.

"Status tabung ini masih tidak diketahui sama ada masih beroperasi atau tidak. Simpanan dalam KPF setakat ini ialah sebanyak RM15,974.17.

"Akuan ketiga ialah Tabung Khairat Kematian yang mempunyai simpanan sebanyak RM15,239.83 dalam KPF sehingga kini," jelas beliau.

Dividen tidak diumum

Bagaimanapun katanya, dari tahun 2000 hingga 2013, butiran kewangan termasuk bagaimana wang dalam ketiga-tiga akaun ini dibelanjakan dan berapakah jumlah dividen yang diterima tidak pernah diumumkan kepada 534 peneroka Felda Palong 2.

"Selama 13 tahun tidak pernah diadakan Mesyuarat Agung. Ke mana pergi dan bagaimana dividen ini dibelanjakan? Kami semua kabur berhubung perkara ini.

"Ada Ketua Blok yang hadir dalam mesyuarat Ketua-Ketua Blok dengan JKKK. Tetapi Ketua Blok sendiri tidak jelas tentang status kewangan ketiga-tiga akaun dalam KPF itu," kata Awalludin.

Seorang lagi wakil peneroka, Dahlan Khatib, 61, berkata mereka tahu tentang jumlah terkini ketiga-tiga akaun KPF itu pun selepas mereka berpakat pergi beramai-ramai ke Ibu Pejabat KPF di Wisma Felda, Kuala Lumpur dan mendapatkan sendiri penyata kewangan ketiga-tiga akaun KPF tersebut.

"Selama 13 tahun membuat pelaburan, kami tidak pernah mendapat dividen dari ketiga-tiga akaun ini. Sekurang-kurangnya pengurusan Felda atau JKKK harus menjelaskan status akaun dan dividen akaun ini. JKKK tidak pernah membentangkan butiran terperinci ketiga-tiga akaun ini," ujar Dahlan.

Mesyuarat Agung

FMT mendapatkan reaksi daripada pihak pengurusan Felda Palong 2, Kamarudin Hassan berhubung rasa tidak puas hati peneroka Felda terbabit.

"Dividen disalurkan kepada tiga badan tersebut, iaitu JKKK, Tabung Ladang dan Tabung Khairat Kematian (Masjid). JKKK tidak perlu mengadakan Mesyuarat Agung kerana tiada keperluan. JKKK bernaung di bawah Pejabat Daerah.

"Tidak ada keperluan untuk bentang akaun kepada semua peneroka. Tetapi jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati dan inginkan penjelasan, bila-bila masa mereka boleh datang berjumpa saya.

"Contohnya bayaran bil lampu jalan, penganjuran program ibu tunggal dan mengadakan sambutan Hari Raya umpamanya. Sumber kewangan dari akaun ini digunakan untuk kebaikan peneroka juga," jelas Kamarudin.

FMT turut menemui Pengerusi JKKK Felda Palong 2, Arifin Hussin untuk mendapatkan reaksi beliau.

t kuBeliau berkata, "adalah tidak betul JKKK tidak mendedahkan butiran akaun dalam KPF itu. Setiap dua bulan sekali kita mengadakan mesyuarat dengan Ketua-Ketua Blok. Ketua Blok boleh meminta apa jua penjelasan tentang butiran kewangan akaun KPF ini.

"Kita tiada keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Agung. Mengikut arahan Pejabat Daerah, JKKK perlu mengadakan mesyuarat enam kali setahun.

"Setiap kali mesyuarat dengan Ketua-Ketua Blok, JKKK akan menjelaskan berapa banyak duit diperlukan dan untuk apa wang itu diperlukan. Biasanya untuk menganjurkan sesuatu program atau sambutan membabitkan peneroka Felda Palong 2.

"Tetapi tidak mengapa. Oleh kerana mereka mahu butiran akaun itu, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar surat kepada kesemua 534 peneroka Felda Palong 2 ini dengan anggaran pendapatan untuk tahun 2013 dan anggaran perbelanjaan untuk tahun 2014," kata Arifin.

Pemotongan pendapatan

Sementara itu T Kumar, seorang peguam penasihat kepada peneroka terbabit berkata adalah hak peneroka untuk mengetahui bagaimana wang dalam akaun KPF itu dibelanjakan.

"Duit itu adalah hasil pemotongan pendapatan mereka sejak berpuluh tahun. Pengerusi JKKK Felda Palong 2 harus menjawab surat penjelasan yang dihantar oleh 107 peneroka terbabit. Peneroka menghantar surat pertama dan dijawab.

"Bagaimanapun surat susulan peneroka yang kedua tidak dijawab sehingga hari ini," kata bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri Jeram Padang pada Pilihan Raya Umum lalu itu.

Memandangkan para peneroka menemui jalan buntu dan pengurusan Felda Palong 2 serta Pengerusi JKKK Felda Palong 2 tidak mahu memberikan butiran akaun yang lengkap, maka peneroka tiada pilihan lain melainkan memanggil sidang media.

"Jika tidak ada respon daripada Pengurus Felda Palong 2 dan Pengerusi JKKK Felda Palong 2 atau penjelasan yang tepat; langkah seterusnya peneroka akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," tegas Kumar.

Sumber SINI

Peneroka <b>Palong</b> 2 lapor JKKK, <b>Felda</b> kepada SPRM - rakyat marhaen

Posted: 04 Oct 2013 04:17 AM PDT

Ini berikutan dakwaan mereka bahawa JKKK dan pengurusan Felda gagal membentangkan akaun terperinci tiga tabung dalam saham KPF.
SEREMBAN: Selepas sebulan menunggu dan gagal mendapat penjelasan daripada Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) serta pengurusan Felda Palong 2 di Jempol; sekumpulan peneroka mewakili 107 peneroka dari tanah rancangan tersebut membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Peneroka meminta SPRM menyiasat JKKK Felda Palong 2 dan pengurusan Felda Palong 2 berhubung dakwaan peneroka yang JKKK serta pihak pengurusan Felda Palong 2 gagal membentangkan akaun terperinci tiga tabung yang dilaburkan di dalam saham Koperasi Permodalan Felda (KPF).
FMT pernah menyiarkan keluhan 107 peneroka Felda Palong 2 pada 6 September lepas.
Mereka menuntut agar Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Palong 2 dan pihak pengurusan Felda Palong 2 memberi penjelasan berhubung status tiga akaun tabung yang melibatkan peneroka Felda Palong 2 yang dilabur di dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF).
Wakil peneroka, Awalludin Samah berkata peneroka sudah lama bersabar dan menanti selama sebulan untuk mendapatkan penjelasan terperinci daripada Pengerusi JKKK Felda Palong 2, Arifin Hussin dan Pengurus Felda Palong 2, Kamarudin Hassan.
"Pada hari yang kami mengutarakan masalah kami kepada media yang disiarkan dalam beberapa media pada bulan lepas; dalam kenyataan media Arifin memberi maklum balas bahawa dalam masa terdekat beliau akan menghantar surat kepada ke semua 534 peneroka Felda Palong 2 dengan anggaran pendapatan untuk tahun 2013 dan anggaran perbelanjaan untuk tahun 2014.

"Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini sudah cukup sebulan, kami tidak menerima apa-apa surat penjelasan atau penyata akaun untuk ketiga-tiga tabung tersebut.
"Kami sudah memberikan masa yang secukupnya kepada Arifin dan Kamarudin untuk memberikan butiran terperinci berhubung pertanyaan kami tentang status akaun Tabung JKKK, Tabung Ladang dan Tabung Khairat Kematian yang dilaburkan di dalam KPF.
Janji tinggal janji
"Tetapi janji tinggal janji. Kami tiada pilihan lain melainkan membuat laporan dengan pihak SPRM agar ketiga-tiga akaun ini disiasat," kata Awalludin.
Seorang lagi wakil peneroka Hassan Husairi, berkata mereka bukan menuduh JKKK atau pihak pengurusan Felda tetapi mahukan ketelusan dan penjelasan bagaimana wang dalam ketiga-tiga tabung tersebut dibelanjakan dan berapa banyakkah dividen yang diterima melalui pelaburan dalam saham KPF.
"Kita tidak menuduh sesiapa dalam JKKK Felda Palong 2 atau pihak pengurusan Felda Palong 2. Tetapi kami sebagai peneroka yang mempunyai kepentingan dalam ketiga-tiga tabung tersebut mahukan akaun ketiga-tiga tabung tersebut dibentangkan kepada peneroka.
"Bayangkan selama 13 tahun dari tahun 2000 sehingga 2013, butiran kewangan termasuk bagaimana duit dalam ketiga-tiga akaun ini dibelanjakan dan berapakah dividen yang diterima tidak pernah didedah atau diumumkan kepada 534 peneroka Felda Palong 2.
"Saya berharap SPRM akan siasat aduan kami dengan segera dan telus," ujar Hassan.
Timbalan Setiausaha Agung PKR Negeri Sembilan, T Kumar yang juga peguam penasihat kepada peneroka terbabit berkata peneroka tiada pilihan lain selain membuat laporan SPRM.
"Peneroka bukan sahaja tidak diberikan butiran akaun malah selepas isu ini diketengahkan dalam media pun, JKKK atau pengurusan Felda tidak memanggil peneroka terbabit untuk berjumpa dan memberikan penjelasan berhubung akaun tersebut.
"Kami akan melihat perkembangan siasatan SPRM ke atas kes ini dan akan memikirkan apakah langkah seterusnya nanti," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat