{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda sungai lui - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda sungai lui - Google Blog Search


Blog Felda: <b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Aug 2013 12:00 AM PDT

_DSC4661

Sungai Lui, 26 Ogos – Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Perancangan Negeri telah mendengar taklimat yang diberikan oleh  pihak Felda berkaitan perumahan generasi kedua yang akan didirikan di kawasan terpilih di Felda Sungai Lui Selatan dan telah diluluskan secara M-Blok.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, perkara ini perlu diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah seperti geran berantai (GSA), melainkan tanah Felda yang tidak memperoleh geran.

Ianya akan diputuskan dengan cara meluluskan rancangan pembangunan rumah generasi baharu.

Katanya, perkara ini tidak tertakluk di semua kawasan Felda, kerana terdapat Felda masih  mempunyai tanah dan ada antaranya tiada.

Misalnya, Lui Selatan 01 dan 02 mempuyai keluasan yang terhad dan pembangunan rumah generasi baharu di dirikan di Lui Selatan 03 akan memungkinkan generasi kedua Felda di tempatkan di Lui Selatan 03.

Keutamaan ini diberi kepada generasi baharu Felda dan permohonan setiap rumah tidak lebih dari satu penerima.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri amat bersetuju dan menyokong matlamat Felda ini dan di Negeri Sembilan, beliau mahu melihat projek ini dijalankan dengan secepat yang mungkin kerana beberapa kawasan telah pun dikenal pasti.

Ujar beliau di sidang media ringkas di Majlis Penyampaian Hak Milik Peneroka Felda Lui Selatan 01 dan 02, hari ini.

KEMAS <b>FELDA Lui</b> Muda Anjur Kelas Jahitan Termasuk Peringkat <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2013 01:20 AM PDT

KEMAS FELDA Lui Muda Anjur Kelas Jahitan Termasuk Peringkat Diploma

BANDAR SRI JEMPOL – Orang ramai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, dipelawa mengikuti kelas jahitan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) FELDA Lui Muda, dekat sini.

Pemaju Masyarakat  Tabika (KEMAS), Norahain Mahmud, berkata kelas jahitan melalui program Pendidikan kesejahteraan Keluarga (PKK) terbuka kepada sesiapa saja yang berminat, sama ada belia, ibu tunggal atau isteri peneroka.

Katanya, peserta kelas latihan yang mengikuti kelas itu selama enam bulan akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu.

20130704_154311

PROGRAM DIPLOMA

"Jika berminat, mereka boleh mengikuti program peringkat diploma selama tiga tahun di Institut Latihan KEMAS di Seri Iskandar dan Gopeng, Perak," katanya ditemui selepas perasmian mesyuarat agung Tabika dan kelas aktiviti KEMAS FELDA Lui Muda.

Perasmian disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali.

Norahain berkata, pusat latihan di Gopeng menyediakan latihan menjahit untuk lelaki, manakala Seri Iskandar untuk pelatih wanita.

Katanya, ketika ini 15 peserta mengikuti kelas jahitan anjuran KEMAS di sini dan mereka yang berjaya menamatkan latihan walaupun pada tahap satu SKM, mampu berdikari membuka perniagaan sendiri dengan pendapatan minimum RM3,000 sebulan. – BH

Artikel disiar pada July 4, 2013 - 4:20 pm oleh Darlina Shasha

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat