Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
Posted: Mangsa Haiyan kian tenang
TACLOBAN - Kebimbangan akan berlakunya keganasan akibat kekurangan bekalan kemanusiaan di wilayah Leyte yang teruk dilanda bencana Taufan Haiyan semakin hilang semalam. Sebelum ini, banyak berlaku kes tembak menembak dan rompakan akibat daripada kekurangan bekalan makanan, minuman serta kelengkapan ubat-ubatan. Namun, ekoran penghantaran bantuan kemanusiaan dipertingkatkan dan kehadiran anggota-anggota pihak berkuasa yang memburu pencuri, kebimbangan akan berlakunya keganasan disebabkan tidak puas hati dengan keadaan di wilayah tersebut kini semakin lenyap. Menurut Ketua Skuadron Taktik Khas Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), Kapten Jon Shames, sebelum ini ramai mangsa taufan tersebut menyerbu pesawat tentera yang tiba dengan tujuan untuk meninggalkan bandar ini. Namun, kini, katanya, mangsa-mangsa tersebut tidak lagi melakukan serbuan sebaliknya menunggu giliran mereka untuk menaiki pesawat tentera untuk dipindahkan. Bagi menjamin keselamatan bandar Tacloban, menurut jurucakap polis, Wilben Mayor, bilangan anggota polis telah dipertingkatkan menjadi 1,200 anggota yang ditempatkan di bandar ini. Taufan Haiyan yang melanda tengah Filipina pada 11 November lalu dipercayai telah mengorbankan lebih 10,000 orang. Ia turut mencetuskan ombak tsunami setinggi lima meter Taufan tersebut selaju 315 kilometer sejam dan merupakan antara yang paling kuat di dunia pada tahun ini. Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memetik maklumat daripada kerajaan Filipina semalam yang menyatakan bahawa angka kematian rasmi akibat Taufan Haiyan kini berjumlah 4,460 orang. - Agensi | |
Hotel ais ada penggera kebakaran Posted: Hotel ais ada penggera kebakaranBEBERAPA pelanggan berada di dalam bilik tidur sebuah hotel ais di Jukkasjaervi, Sweden pada 8 Januari 2009. STOCKHOLM - Sebuah hotel ais yang dibina pada setiap musim sejuk di utara Sweden akan dipasang dengan alat penggera kebakaran pada tahun ini. Ia akan dipasang di hotel itu yang terletak di bandar Jukkasjaervi selepas pihak berkuasa meminta ia dilengkapi alat berkenaan demi keselamatan para tetamunya. "Pada mulanya, kami berasa sedikit terkejut (permintaan memasang alat itu). Namun, sebab-sebab alat itu dipasang adalah kerana terdapat barang-barang yang boleh terbakar seperti bantal, beg tidur atau kulit rusa kutub," kata jurucakap hotel tersebut, Beatrice Karlsson. Hotel itu akan dibuka pada 6 Disember hingga 13 April depan. Bayaran untuk menginap di hotel ais itu ialah dari 1,900 kronor (RM914.88) hingga 7,500 kronor (RM3,612). Para pelancong akan tidur di dalam hotel tersebut di atas katil ais dengan suhu serendah sehingga - 8 darjah Celsius. - AFP | |
Pameran motor, kereta unik di Jerman Posted: Pameran motor, kereta unik di JermanKAISSI bergambar dengan sebuah motosikal buatan tangan yang ditempah khas di pekarangan Pameran Motor Essen di Jerman semalam. ESSEN, Jerman - Pameran motosikal dan kenderaan yang dibuat berdasarkan tempahan khas akan diadakan di sini pada 30 November hingga 8 Disember depan. Seorang pembuat motosikal berdasarkan tempahan khas dari Austin, Texas, Amerika Syarikat, Rafik Kaissi turut menyertai pameran tersebut. Kira-kira 600 buah syarikat akan menyertai Pameran Motor Essen itu. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |