{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Erti perayaan Deepavali

Posted:

Erti perayaan Deepavali

Erti perayaan Deepavali

JIKA orang Melayu sering mengenakan baju kurung dan baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, masyarakat India yang beragama Hindu pula terkenal dengan sari dan baju punjabi serta kurta mereka.

Sempena perayaan Deepavali tahun ini, jenama mutiara terkenal Rafflesia telah bekerjasama dengan seorang pereka fesyen sari dan punjabi tempatan terkenal iaitu Thairealaxme of Thaaraz.

Pengalaman cukup berharga buat enam selebriti tempatan kerana dipilih Rafflesia bagi menggayakan baju tradisional dan kotemporari India milik pereka fesyen tersebut.

Mereka yang dipilih iaitu Jasmine Michele, Raja Ilya, Yasmin Nadiah, Nur Fathia, Sangeetha dan Reenetha turut berkongsi mengenai sambutan perayaan Deepavali masing-masing yang jatuh pada hari ini.

Reenetha suka makanan Deepavali

Mengenali sosok gadis berusia 28 tahun bernama Reenetha, dia merupakan pelakon Tamil yang juga pernah berlakon di bawah syarikat Skop Production Sdn. Bhd. milik penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.

"Sebelum ini saya pernah bekerja di bawah Skop Production selama setahun untuk drama Metro Skuad 52 episod," ungkapnya yang anggun menggayakan baju punjabi retro tahun 70-an jenis Chuditar ketika ditemui di butik Rafflesia di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Berkongsi mengenai sambutan Deepavali pada tahun ini, ujarnya, dia akan pulang ke kampungnya di Masai, Johor pada petang Sabtu kerana terlibat dengan penggambaran sebuah program pada pagi raya itu.

Biarpun sibuk sebagai pelakon dan juga pengacara program Astro Vanavil, akui Reenetha, dia tetap berusaha untuk bercuti sekurang-kurangnya seminggu untuk menyambut perayaan yang juga digelar Pesta Cahaya itu setiap tahun.

"Bagi saya perayaan Deepavali sangat penting dan terbesar dalam masyarakat India. Disebabkan itu, saya akan bercuti daripada sebarang aktiviti seni.


REA THAIREALAXME (tiga dari kanan) bersama barisan selebriti yang menggayakan sari rekaannya.


"Perayaan tersebut juga memberi peluang kepada saya untuk bertemu sanak keluarga di seluruh Malaysia termasuk ahli keluarga saya yang turut berada di Singapura," tuturnya yang juga mendedahkan suka menyambut Deepavali kerana dapat menikmati makanan tradisional India.

Antara makanan tradisional yang disukai anak sulung kepada dua beradik itu ialah maruku dan resem.

Sangeetha dimarahi ibu

Bagi pelakon Sangeetha pula, dia yang terkenal menerusi filem Telegu iaitu Swiss Raja itu meraikan Deepavali di Kepong, Selangor.

Buat pertama kalinya juga selama empat tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, Sangeetha pulang beraya bersama keluarga selepas dimarahi ibunya.

"Selama ini saya tidak pulang menyambut Deepavali kerana terlibat dengan penggambaran drama atau filem.

"Sebenarnya saya memang suka bekerja pada Deepavali. Saya rasa lebih bersemangat. Tetapi, tahun ini saya terpaksa juga balik beraya selepas dimarahi ibu," luahnya yang anggun mengenakan punjabi jenis Anarkali berwarna-warni itu.

Disoal mengenai makna Deepavali bagi dirinya, kata Sangeetha, ia adalah festival yang penuh dengan warna dan juga mampu memberi semangat positif kepada setiap masyarakat Hindu.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Deepavalinya, tutur Sangeetha, setiap tahun keluarganya akan memasak wajik yang merupakan sejenis pulut berwarna coklat yang turut menjadi makanan masyarakat Islam tatkala menyambut Aidilfitri.

"Saya sangat suka wajik kerana rasanya yang manis dan isinya yang padat," ulasnya lanjut.

Jasmine anggap sari seksi

Jika Reenetha dan Sangeetha beraya bersama keluarga, bagi aktres terkenal filem Tamil iaitu Jasmine Michele, sudah dua tahun dia tidak dapat balik menyambut Deepavali kerana sibuk dengan penggambaran drama atau filem.

JASMINE MICHELE tidak dapat menyambut Deepavali kali ini bersama keluarga.


"Pada tahun lepas dan juga tahun ini saya tidak dapat balik sebab sibuk dengan aktiviti seni," jelasnya yang baru habis menjalani penggambaran sebuah drama arahan pengarah dari India berjudul Moodutani.

Jelita menggayakan pakaian sari kontemporari, Jasmine mengakui tidak berasa sedih kerana mempunyai ramai teman-teman dan ahli keluarga lain di Kuala Lumpur untuk meraikan bersama Deepavali.

Bicara Jasmine lanjut, biarpun tidak dapat pulang ke kampung menyambut Deepavali, dia tetap membeli sari kerana sangat suka memakainya selain menganggap sari merupakan pakaian paling cantik dan seksi di dunia.

Pelakon yang pernah membintangi filem Estet itu juga mengakui menyukai sejenis manisan bernama Nee Urandai yang merupakan salah satu hidangan wajib pada hari Deepavali di rumahnya.

Yasmin kehilangan nenek

Sementara itu, bagi pelakon Tamil, Yasmin Nadiah pula, dia mengakui menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini di Taiping selama dua hari.

"Saya cuma bercuti dua hari sahaja kerana selepas itu saya terlibat dengan penggambaran muzik video Inni Vendahm," ujarnya yang mengenakan pakaian separa sari jenis Parade Tavani.

Berkongsi mengenai pengalaman manis dan pahit menyambut Deepavali, bicara Yasmin, tiga tahun lalu neneknya meninggal dunia dan pada tahun itu dia dan keluarga tidak menyambut Deepavali.

Mengulas mengenai kenangan manis sambutan Deepavalinya pula, apabila dia dapat berkumpul bersama keluarga sambil melakukan barbeku.

Fathia, Raja Ilya sambut bersama teman

Mungkin sedikit canggung apabila pelakon terkenal Nur Fathia dan Raja Ilya turut berada dalam kelompok selebriti Tamil yang lain. Bagaimanapun, luah Fathia yang comel menggayakan pakaian punjabi jenis potongan duyung itu, dia turut meraikan perayaan tersebut bersama rakan-rakannya yang beragama Hindu.

"Saya mempunyai ramai rakan-rakan India yang beragama Hindu sejak di bangku sekolah. Jadi, setiap kali perayaan Deepavali saya dijemput ke rumah mereka untuk merai bersama perayaan tersebut," jelasnya yang sehingga kini masih ke rumah rakan-rakannya jika tidak terlibat dengan sebarang aktiviti seni.

Sementara itu, bagi Raja Ilya pula, mungkin ramai yang menganggap pelakon drama Dahlia itu mempunyai darah India daripada raut wajahnya. Bagaimanapun, dedahnya, tiada seorangpun ahli keluarganya yang menyambut Deepavali.

Biarpun tidak menyambut Deepavali, dia yang kelihatan jelita dengan sari jenis burung merak itu bagaimanapun tetap mengambil cuti sehari setiap tahun demi menyambutnya bersama teman-teman beragama Hindu.

"Saya pernah bersekolah Tamil masa sekolah rendah dan kalau ikutkan kawan India saya lagi ramai berbanding Melayu. Jadi, saya sudah biasa menyambut bersama teman-teman beragama Hindu" ulasnya yang turut popular menerusi filem Tamil iaitu Appalam (filem Papadom versi Tamil) itu.

Sheila On 7idam konsert 3 jam

Posted:

Sheila On 7idam konsert 3 jam

Sheila On 7idam konsert 3 jam

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

SHEILA ON 7 berkemungkinan mengadakan Konsert 3 on 3 di Malaysia pada tahun hadapan.


BAND tersohor Indonesia, Sheila On 7 nampaknya masih kekal popular di Malaysia meskipun band itu sudah menginjak usia 17 tahun pada tahun ini.

Bertemu dengan anggota Sheila On 7, Duta (vokal), Eross Chandra (gitar), Adam (bass) dan Brian (drum) di Festival Rangkaian Jenama Pakaian dan Muzik Serumpun di Speed City, Kuala Lumpur baru-baru ini terlihat jelas mereka masih sama seperti dahulu.

"Ini tahun ke-17 Sheila On 7 ditubuhkan. Melihat pada angka ini mungkin sudah berusia, tetapi pada kami sama sahaja kerana muzik satu pekerjaan yang kami suka lakukan," ujar Duta.

Disoal tidakkah mereka menyimpan impian untuk mengadakan sebuah konsert besar seperti zaman kegemilangan mereka di Malaysia dahulu sempena ulang tahun ke-17?

Jawab Duta: "Sememangnya kami teringin membuat konsert di Malaysia. Sebenarnya tahun lalu sudah ada dua tawaran.

"Bagaimanapun disebabkan sekarang kami fokus untuk menyiapkan album kelapan yang akan bertemu peminat pada awal tahun depan, mungkin selepas itu kami akan fikirkan tentang konsert di Malaysia."

Jelasnya, mereka tidak mahu mengadakan konsert semata-mata untuk meraih keuntungan tanpa memberi makna yang besar kepada peminat.

"Biarlah jika terjadi konsert kelak, semua kerja sudah beres. Tahun lalu di Indonesia, kami telah mengadakan sebuah konsert 3 On 3 yang berlangsung selama tiga jam tanpa henti dengan tiga sesi yang berbeza sempena ulang tahun ke-16.

"Mungkin kami akan adakan konsert 3 On 3 di Malaysia pula pada tahun hadapan. Namun, kami tidak mahu mengadakan sekadar konsert untuk mengikut jejak orang lain.

"Jika boleh biarlah konsert yang kami lakukan nanti akan diingati dan memberi makna yang positif buat peminat dan kami sendiri," jawab Duta sambil dipersetujui oleh ahli yang lain.

Meskipun sudah berusia 17 tahun, band Sheila On 7 tidak merasakan diri mereka telah berusia, bahkan semakin bersemangat untuk terus kekal dalam bidang muzik.

"Perjuangan kami belum berakhir dan kami belum tua (ketawa). Kalau boleh kami mahu Sheila On 7 bertahan sampai 25 tahun atau lebih lagi selagi kami mampu bermain muzik," balas Duta.

Bercakap tentang album kelapan yang masih dalam pembikinan, jelas Brian, mereka sudah pun muncul dengan single berjudul Canggung ciptaan Eross.

"Dalam album ini terdapat 10 buah lagu, empat lagu Eross dan selebihnya perkongsian antara ahli yang lain. Muziknya lebih luas sesuai dengan kematangan usia band Sheila On 7 hari ini," kata Brian.


AKSI Duta (kiri) bersama Sheila On 7 masih mantap seperti dahulu.


Keluarga

Menyentuh tentang keluarga, anak-anak dan tugas sebagai bapa, senyuman dan keceriaan jelas terpancar pada wajah kesemua anggota Sheila On 7.

Jika sebelum ini setiap kali hadir ke Kuala Lumpur hanya mereka berempat sahaja, kini mereka pasti membawa segerombolan ahli keluarga terdiri daripada isteri dan anak-anak.

"Jika ada persembahan yang kami boleh bawa keluarga untuk bercuti kami akan bawa. Kali ini kami berada di Kuala Lumpur selama tiga hari, walaupun bukan cuti sekolah di Indonesia, kami bawa sahaja anak-anak, mereka terpaksa ponteng sekolah dengan rela (ketawa).

"Sebenarnya, jadual kami sangat padat, jadi inilah masa terluang untuk kami habiskan masa bersama keluarga. Walaupun tiga hari, sekurang-kurangnya mereka ingat yang bapa mereka membawa mereka bercuti," kata Duta.

Walaupun sedar kerjaya sebagai pemuzik sangat mencabar, kata mereka berempat, sebolehnya mereka mahu anak-anak mereka mahir bermain muzik.

"Selagi saya mampu menghantar mereka ke kelas piano, biola dan sebagainya, saya akan hantar kerana saya mahu mereka mahir bermain muzik walaupun sekadar hobi.

"Sebagai bapa saya tidak akan halang apa sahaja impian anak-anak, asalkan kerjanya baik dan memberi manfaat. Jika mahu jadi pemuzik seperti kami, saya akan memberi sokongan," jelas Duta sambil anggota yang lain menganggukkan kepada tanda setuju.

Sementara itu, Sheila On 7 telah menghiburkan peminat selama satu jam pada festival yang berlangsung selama tiga hari dan menghimpunkan 60 buah band itu.

Aksi Duta masih sama dan penuh bertenaga seperti dahulu. Peminat mereka juga tidak henti menyanyi bersama-sama 12 buah lagu yang didendangkan antaranya, Seberapa Pantas, Bila Kau Tak Di Sampingku dan Berhenti Berharap.

"Terima kasih kerana hadir bersama hari ini. Harap ini bukanlah konsert terakhir kami di sini. Kami sentiasa seronok setiap kali datang ke Kuala Lumpur," kata Duta kepada peminatnya.

Selain Sheila On 7, band Go Gerila!, Bunkface, 6ixth Sense, Indie Mice, Drama Band, Hyper Act, Loka, Edane, Love Me Butch, Aryan Band, Pop Konspiracy, Buronan Mertua dan The Padangs turut membuat persembahan dalam festival selama tiga hari yang bermula pada 25 Oktober lalu.

Hanez Suraya dikecam peminat Awi Rafael

Posted:

Hanez Suraya dikecam peminat Awi Rafael

Hanez Suraya dikecam peminat Awi Rafael

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


HANEZ SURAYA mengakui dirinya begitu kecewa kerana hubungan cintanya bersama Awi Rafael tidak menjadi.


JIKA sebelum ini pelakon Hanez Suraya tidak kisah berkongsi cerita perihal kekasih ketika masih bercinta dengan penyanyi Awi Rafael. Bagaimanapun, setelah putus dengan penyanyi lagu Kalau Aku Kaya itu, Hanez, 28, kini lebih selesa mengunci mulut apabila disoal tentang kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Biarpun mengambil tindakan sedemikian, kisah cintanya tetap dicungkil orang. Beberapa bulan lalu, beberapa keping foto intim Hanez dengan seorang lelaki dimuat naik di sebuah blog.

Akibat daripada penyebaran gambar tersebut, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Love You, Mr. Arrogant di TV3 itu dikecam umum terutamanya peminat Awi Rafael.

Pelbagai kata negatif dihamburkan kepada Hanez.

Lantaran itu, Hanez berasa sedih dan terkilan. Malah, dia enggan langsung berkongsi waima sedikitpun tentang seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

Kosmo!: Khabarnya anda kini sudah mempunyai kekasih baharu? Siapakah lelaki tersebut?

HANEZ: Kalau boleh, saya enggan lagi berkongsi mengenai perihal kekasih kepada umum. Bila sudah disahkan akan berkahwin baru saya beritahu.

Kenapakah anda mengambil tindakan untuk berdiam diri dalam percintaan kali ini?

Saya takut kalau tidak jadi. Saya takut dihentam lagi.

Apakah yang dimaksudkan Hanez itu (takut dihentam lagi)?

Ketika tersebar gambar saya dengan seorang lelaki dalam keadaan intim di sebuah pantai itu, ramai yang kecam terutama peminat Awi Rafael. Mereka cakap lelaki tersebut punca hubungan saya dan Awi putus. Saya dihentam di laman sosial seperti Instagram, Twitter dan blog.

Sebelum ini lagi saya sudah katakan yang lelaki tersebut bukan teman lelaki saya. Memang dia cuba untuk mengenali saya dengan lebih rapat tetapi saya cuma anggap dia kawan sahaja. Kalau boleh saya mahukan lelaki yang faham kerja saya. Tetapi dia bukan seperti itu. Walaupun hubungan kami masih belum sah sebagai kekasih tetapi dia berani ambil tindakan memuat naik gambar dia bersama saya di Instagramnya. Akibatnya, blogger yang tidak bertauliah telah menyebarkan gambar tersebut. Selepas penyebaran gambar tersebut, saya dikecam teruk oleh peminat-peminat Awi Rafael.

FIGURA ini mengakui ramai yang membenci watak lakonannya, Sherry dalam drama bersiri, Love You, Mr. Arrogant.


Apakah perasaan Hanez apabila dikecam teruk oleh peminat Awi Rafael?

Saya sedih sebab mereka tidak faham. Masa saya dan Awi bersama, peminat-peminat Awi menjadi peminat saya. Kami sentiasa berkumpul buat majlis bersama. Tetapi bila putus, kami bawa haluan masing-masing malah, bila saya dikaitkan dengan lelaki mereka menuduh saya tinggalkan Awi disebabkan lelaki tersebut.

Kalau ada kekasih memang saya akan menyayangi kekasih saya itu. Sebabnya, saya mengharapkan hubungan kami ke jenjang pelamin. Disebabkan itu, bila hubungan saya bersama Awi tidak menjadi, saya berasa sangat kecewa.

Beralih pada soalan lain, apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang seni?

Sekarang saya tengah mengacarakan sebuah program sukan di RTM bertajuk Cool. Program tersebut memaparkan sukan-sukan yang lasak dan juga sukan yang mungkin semakin dilupakan seperti permainan skateboard.

Adakah anda seorang yang lasak?

Saya akui bukan seorang yang lasak tetapi ada beberapa sukan yang saya cuba ketika melakukan penggambaran program Cool seperti menyelam.

Bagaimanakah penerimaan peminat menerusi watak antagonis yang dilakonkan anda dalam drama hangat yang sedang ditayangkan di TV3 iaitu Love You, Mr. Arrogant?

Ramai yang membenci sangat watak Sherry itu. Sehinggakan, saya ada terima tweet daripada orang yang mahu baling kasut ke arah saya kerana kesan daripada watak dalam drama tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat