{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Kesihatan


Sifat genius boleh dibentuk

Posted:

Sifat genius boleh dibentuk

Sifat genius boleh dibentuk

Oleh ZULHILMI JALIL

NUTRISI yang secukupnya penting bagi perkembangan otak kanak-kanak.


AHMAD Irfan Jamaluddin, 6, merenung tepat ke arah paparan skrin interaktif di depannya. Mukanya tampak serius ketika memikirkan jawapan kepada soalan matematik di skrin tersebut.

Sebaik sahaja jarinya menyentuh skrin berkenaan, kanak-kanak ini melompat riang lantaran kesemua soalan matematik itu berjaya dijawabnya dengan tepat.

Dia kemudian berlari pula ke suatu sudut lain bagi melihat pameran replika otak.

Irfan kelihatan begitu khusyuk mendengar penjelasan daripada kru di Brain Expo yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelbagai persoalan diajukan anak kecil ini untuk mengetahui bagaimana otaknya berfungsi.

"Saya datang dengan ayah dan ibu. Kami dari Ipoh, Perak," ujar Irfan yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Irfan mampu mengenal suku kata ketika usianya mencecah tiga tahun manakala semasa usianya empat tahun, dia sudah mampu membaca dengan baik.

Apa yang pasti, secara kasar anak kecil yang meminati subjek matematik dan sains ini boleh dianggap seorang kanak-kanak yang cerdik.

Maka, tidak hairan jika Irfan tergolong dalam kalangan pelajar cemerlang di tadikanya.

Irfan telah memiliki kesemua empat ciri kanak-kanak genius iaitu visual penglihatan yang tajam, kemahiran bahasa lebih pantas, perkembangan intelektual lebih tinggi dan kemahiran penyelesaian masalah yang lebih baik.

Profesor di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat, Prof. Dr. John Colombo berkata, sifat genius kanak-kanak sebenarnya boleh dibentuk.


IRFAN (depan) cuba menyelesaikan soalan matematik sambil ditemani ibu bapanya.


Omega-3

Namun, mereka perlu didedahkan dengan persekitaran dan pemberian nutrisi yang betul.

"Pada 1,365 hari pertama dalam hidup seseorang bermula dari dalam rahim ibu sehingga berusia tiga tahun merupakan tempoh penting bagi memupuk perkembangan otak kanak-kanak.

"Justeru, pendedahan kepada bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum selain pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi penting bagi membentuk otak yang genius," katanya.

Beliau yang juga Pengarah di Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch memberitahu, kajian yang dilakukannya bersama Pusat Perubatan Universiti Kansas itu juga mendapati perkembangan kanak-kanak mempunyai hubung kait dengan kandungan asid dokosaheksanoik (DHA) dalam diri seseorang.

Katanya, DHA merupakan asid lemak omega-3 yang paling banyak terdapat di dalam otak dan retina.

Bagaimanapun, DHA tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan luar seperti ikan.

Kajian klinikal yang dilakukan membuktikan DHA berperanan untuk meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran yang lebih baik.

"Apabila kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi, ia sekali gus menjadi pemangkin bagi mengembangkan ciri-ciri genius yang ada pada kanak-kanak tersebut," katanya.

Justeru, ujar beliau, penelitian yang lebih khusus pada awal tumbesaran kanak-kanak adalah penting kerana pada masa itu jaringan saraf di dalam otak sedang berkembang.

"Struktur akar otak yang menyediakan asas untuk fungsi pada masa hadapan sebahagian besarnya sudah siap dibentuk ketika usia mencecah tiga tahun.

"Apabila umur itu dicapai, struktur dan bentuk otak sebenarnya sudah mencapai 80 peratus sempurna," ujarnya.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan pemakanan harian DHA sebanyak 10 miligram hingga 12 miligram (mg) bagi setiap kilogram berat badan kanak-kanak berusia 12 bulan hingga 24 bulan.

Manakala 100mg hingga 150mg bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke atas dan 150mg hingga 200mg untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.

"Namun kini, ibu bapa lebih mudah untuk memastikan kandungan DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak ini diberi secukupnya dengan adanya rumusan makanan tambahan dalam susu formula," ujar Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapore and Brunei, Martin Wever.

Kopi kurangkan risiko kanser hati

Posted:

Kopi kurangkan risiko kanser hati

Kopi kurangkan risiko kanser hati


KOPI dapat melindungi tubuh daripada kanser rahim dan prostat selain dipercayai mampu memanjangkan usia.


AMALAN minum tiga cawan kopi setiap hari dipercayai dapat merendahkan risiko menghidap kanser hati sehingga 50 peratus.

Sekumpulan penyelidik perubatan dari Itali turut mendapati bahawa minuman berkafein itu dapat menurunkan risiko sejenis kanser hati iaitu karsinoma hepatoselular (HCC) sehingga 40 peratus.

Menurut ketua pengkaji, Dr. Carlo La Vecchia, minuman itu juga terbukti dapat menghindarkan pesakit daripada penyakit diabetes yang menjadi salah satu punca kanser hati.

"Keputusan penyelidikan ini membuktikan bahawa tabiat meminum kopi dapat memberi manfaat kepada tubuh.

"Bagaimanapun, sejauh mana amalan meminum kopi dalam mencegah penyakit tersebut masih belum dapat dipastikan," katanya dalam laporan Clinical Gastroenterology and Hepatology.

Makanan manis penyebab jadi pelupa

Posted:

Makanan manis penyebab jadi pelupa

Makanan manis penyebab jadi pelupa


DAYA ingatan otak mudah terhakis dengan pemgambilan gula berlebihan.


PENGAMBILAN makanan manis yang terlalu banyak bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi, malah mengakibatkan seseorang menjadi pelupa.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neorology mendapati, individu yang memiliki kandungan gula tinggi dalam darah cenderung mengalami masalah ingatan.

Uji kaji dilakukan ke atas 141 responden yang berumur purata 63 tahun. Mereka perlu menghafal 15 perkataan setelah mendengarnya selama 30 minit.

Responden bebas daripada penyakit diabetes serta tidak memiliki masalah memori.

Penganalisis, Dr. Agnes Floel dari Hospital Universiti Berlin berkata, keputusan mendapati, responden yang memiliki sedikit gula dalam darah cenderung memiliki nilai baik berbanding mereka yang kandungan gulanya tinggi.

Diabetes tahap dua dikatakan menjadi faktor risiko terjadinya penyakit Alzheimer.

Namun, keupayaan mengingat tidak hanya berlaku kepada mereka yang mengalami penyakit diabetes tahap dua.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat