Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 40 murid tadika terima sijil
- Seminar satelit komunikasi
- Menteri Besar turun padang lawat Bazar Deepavali
Posted: 40 murid tadika terima sijilHAMISA (belakang dari kiri) bergambar dengan 40 murid Tadika Kemas Ladang Tiger pada majlis konvokesyen tadika berkenaan di Tawau, Sabah baru-baru ini. CEMERLANG. Seramai 40 kanak-kanak dari Tadika Kemas Ladang Tiger menerima sijil masing-masing pada majlis Konvokesyen Mini Kanak-kanak Tadika di Hotel Shervinton, Tawau, Sabah baru-baru ini. Majlis penyerahan sijil-sijil berkenaan disampaikan Pembantu Menteri Pembangunan dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat. |
Posted: Seminar satelit komunikasiPARA peserta Seminar Aplikasi Satelit Komunikasi anjuran Angkasa bergambar di Planetarium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini. SEMINAR. Sebanyak tujuh badan kerajaan dan agensi swasta yang terdiri daripada 50 orang peserta mengambil bahagian dalam Seminar Aplikasi Satelit Komunikasi anjuran Agensi Angkasa Negara di Dewan Planetarium Negara (Angkasa) Kuala Lumpur baru-baru ini. Penyelaras program, Mohd. Farid Omar berkata, seminar itu diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta mengutarakan isu-isu berkaitan penggunaan satelit komunikasi dalam agensi masing-masing. Antara badan yang terlibat termasuklah Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Angkasawan Malaysia. |
Menteri Besar turun padang lawat Bazar Deepavali Posted: Menteri Besar turun padang lawat Bazar DeepavaliMOHAMED KHALED (tiga dari kanan) beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung Bazar Deepavali di Jalan Ungku Puan, Johor Bahru, Johor semasa melawat bazar tersebut baru-baru ini. MERIAH. Sempena sambutan Deepavali, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa untuk bertemu kaum India dan melawat gerai-gerai di Bazar Deepavali yang terletak di Jalan Ungku Puan, Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Mohamed Khaled meluangkan masa lebih satu jam di kawasan berkenaan sambil dihiburkan dengan tarian tradisional dan moden masyarakat kaum terbabit. Penganjuran Bazar Deepavali kali kedua di jalan tersebut sejak beberapa minggu lalu itu bagaikan syurga membeli-belah buat kaum India untuk mendapatkan pelbagai barang pada harga yang berpatutan. Sebanyak 250 gerai beroperasi di bazar Jalan Ungku Puan itu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |