Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Ketua Polis Negara sampaikan syarahan perdana di USM
- Stesen minyak Petron Bukit Jambul hargai pelanggan
- Seminar Pegawai Memerintah AW
Ketua Polis Negara sampaikan syarahan perdana di USM Posted: Ketua Polis Negara sampaikan syarahan perdana di USM
SYARAHAN. Seramai 1,000 warga Universiti Sains Malaysia (USM) hadir pada sesi Syarahan Perdana Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra di kampus universiti di Pulau Pinang baru-baru ini. Turut hadir pada sesi syarahan bertajuk 'Kepolisan Pada Era Futuristik Menjelang Tahun 2020' itu ialah Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Omar Osman, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan pegawai-pegawai kanan USM. Antara intipati syarahan adalah berkisar kepada asas kepolisian komuniti yang dilihat antara kaedah efektif dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat dan keamanan negara. | |
Stesen minyak Petron Bukit Jambul hargai pelanggan Posted: Stesen minyak Petron Bukit Jambul hargai pelangganHAMIZAN (berdiri, tengah) bersama pekerja dan sukarelawan cacat penglihatan yang hadir pada majlis Hari Penghargaan Pelanggan Petron Bukit Jambul, Pulau Pinang baru-baru ini. PENGHARGAAN. Kira-kira 500 orang pengunjung memeriahkan majlis Hari Penghargaan Pelanggan Petron Bukit Jambul, Pulau Pinang sempena pembukaan semula stesen minyak itu baru-baru ini. Para pelanggan stesen minyak itu dihiburkan dengan persembahan menarik antaranya pertunjukan seni bela diri taekwondo, persembahan tarian dan nyanyian. Pengarah Urusan stesen minyak itu, Hamizan Sharif berkata, majlis tersebut bertujuan menghargai sokongan para pelanggan selain memperkenalkan wajah baharu stesen minyak Petron setelah dinaik taraf. | |
Posted: Seminar Pegawai Memerintah AWMAHADI (barisan depan, lima dari kanan) bergambar dengan pegawai kanan Askar Wataniah di Kuantan, Pahang baru-baru ini. BERSIDANG. Seramai 30 pegawai kanan Askar Wataniah (AW) menghadiri Seminar Pegawai Memerintah AW Siri 1/2013 di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang baru-baru ini. Seminar kelolaan Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Tentera Darat itu turut disertai Timbalan Komander mewakili Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Majlis itu turut dihadiri Asisten Panglima BPS, Brigedier Jeneral Datuk Mahadi Abdul bagi membincangkan perkembangan semasa pasukan simpanan Tentera Darat termasuk program Palapes di IPTA. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |