Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Karnival rakyat tarik 1,500 pengunjung
- Guru sekolah Thailand belajar kaedah kuasai bahasa Melayu
- Hari keluarga MID Sabah meriah
Karnival rakyat tarik 1,500 pengunjung Posted: Karnival rakyat tarik 1,500 pengunjung
SERONOK. Kira-kira 1,500 penduduk di kawasan sekitar Petaling Jaya, Selangor menghadiri Karnival Socialcare anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Padang Blok Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang baru-baru ini. Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang karnival yang bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 2 petang itu antaranya senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma dan gerai makanan serta minuman. Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh berkata, semua pihak yang bekerjasama menjayakan karnival tersebut diharapkan dapat meneruskan sumbangan masing-masing pada masa akan datang. "Sumbangan yang diterima ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk menjayakan karnival ini pada masa akan datang," katanya. Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Munirah Abdullah Bajanuddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan. | |
Guru sekolah Thailand belajar kaedah kuasai bahasa Melayu Posted: Guru sekolah Thailand belajar kaedah kuasai bahasa MelayuJACKRID (depan, enam dari kanan) bersama 140 guru dari selatan Thailand yang mengikuti kursus Pengajaran Bahasa Melayu di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. KUNJUNGAN. Seramai 140 orang guru dari 118 buah sekolah rendah di Narathiwat, Thailand mendapat pendedahan kaedah mengajar bahasa Melayu sempena lawatan mereka ke Kelantan baru-baru ini. Dalam program sempena Lawatan Penanda Aras dan Bicara Bahasa Melayu itu, mereka berpeluang mempelajari kaedah pengajaran bahasa tersebut di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu selama dua hari. Guru Agama Sekolah Ban Tasik, Selatan Thai, Suhaimi Mustapha, 31, menyifatkan kursus pendek itu memberi pengalaman baharu dan akan diajar kepada murid-murid di sekolahnya. Turut hadir Konsul Thai di Kota Bharu, Jackrid Kanjanasoon dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPG Kampus Kota Bharu, Mohd. Adnin Awang. | |
Hari keluarga MID Sabah meriah Posted: Hari keluarga MID Sabah meriahSEBAHAGIAN daripada 100 kakitangan MID cawangan Sabah bergambar kenangan pada hari keluarga yang diadakan di Pulau Manukan baru-baru ini. MERIAH. Seramai 100 orang kakitangan Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) negeri Sabah menyertai hari keluarga peringkat kementerian tersebut baru-baru ini. Program tahunan yang diadakan di Pulau Manukan, Kota Kinabalu itu dipenuhi dengan pelbagai acara menarik seperti meniup tepung, isi air dalam botol, tarik tali dan meniup belon. Ia telah diadakan dalam suasana cukup meriah dengan semangat kekeluargaan yang dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan dan keluarga MID. Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Tetap MID, Datuk Hashim Paijan. Turut hadir Timbalan Setiausahanya, Irene Joibi. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |