Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pelajar Universiti al-Azhar dari Pahang terima bantuan
- SKS20 anjur program gotong-royong perdana
- Ketua Polis Pulau Pinang jumpa warga Nibong Tebal
Pelajar Universiti al-Azhar dari Pahang terima bantuan Posted: Pelajar Universiti al-Azhar dari Pahang terima bantuan
BANTUAN. Seramai 174 pelajar berasal dari Pahang yang melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir menerima bantuan wang saku tajaan daripada Amanah Saham Pahang di Kuantan baru-baru ini. Sumbangan tersebut diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad di Wisma Belia Kuantan. "Para pelajar berkenaan akan kembali menyambung pelajaran di Mesir apabila keadaan di sana disahkan selamat," kata Syed Ibrahim dalam majlis yang turut dihadiri Mufti Pahang, Datuk Abd. Rahman Osman. | |
SKS20 anjur program gotong-royong perdana Posted: SKS20 anjur program gotong-royong perdanaAZHARI (tiga dari kanan) menyiram pokok sambil diperhatikan Zubidah (dua dari kanan) semasa merasmikan program gotong-royong Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 Shah Alam, Selangor baru-baru ini. SEPAKAT. Lebih 150 orang murid, guru, ibu bapa dan wakil badan bukan kerajaan menyertai program gotong-royong perdana 2013 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 (SKS20) di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Program yang dinamakan Semaian kasih melestarikan warnasari SKS20 itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari. Dalam program itu, pelbagai aktiviti dijalankan seperti membersihkan longkang, bilik darjah, mengecat semula tembok pagar sekolah dan menanam pokok bunga serta herba. Azhari berkata, aktiviti tersebut dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria, bersih dan selamat selain mengeratkan lagi hubungan antara murid, guru dan ibu bapa. Hadir sama, Guru Besar SKS20, Zubidah Joha dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Haidzir Sham Masngat. | |
Ketua Polis Pulau Pinang jumpa warga Nibong Tebal Posted: Ketua Polis Pulau Pinang jumpa warga Nibong TebalABDUL RAHIM (kanan) beramah mesra dengan orang ramai semasa hadir dalam program Polis Bersama Masyarakat di Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini. DEKATI MASYARAKAT. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi turun padang bertemu orang ramai sempena program Polis Bersama Masyarakat di Pasar raya Econsave, Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau diiringi pegawai-pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sambil mendengar maklum balas berhubung usaha polis memerangi jenayah. Menurut Abdul Rahim, pendekatan seperti itu membolehkan beliau dan para pegawainya mendengar sendiri suara masyarakat untuk menambah baik apa jua langkah yang difikirkan sesuai. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |