Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 250 belia sertai bola sepak 9 sebelah PeBT
- Pelajar PTPL Sentral hasilkan kolam Deepavali
- MBG FruitShop anjur kempen Kesihatan itu Kekayaan
250 belia sertai bola sepak 9 sebelah PeBT Posted: 250 belia sertai bola sepak 9 sebelah PeBT
BERBAKAT. Kira-kira 250 belia dan kanak-kanak menyertai Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Tertutup Penggerak Belia Tempatan (PeBT) 2013 di padang bola sepak Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 2, Sepang, Selangor baru-baru ini. Kejohanan sehari yang melibatkan 16 pasukan itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Terbuka, Bawah 14 dan 10 Tahun. Pengerusi PeBT DPP, Ishak Abd. Rahim berkata, kejohanan kali ini merupakan edisi kelima sejak mula dianjurkan pada tahun 2009. "Selain mengisi masa lapang, kejohanan ini dapat mencungkil bakat baru sukan bola sepak dalam kalangan belia di DPP," katanya. Ishak berkata, pemenang menerima piala pusingan, piala iringan dan medal selain wang tunai. | |
Pelajar PTPL Sentral hasilkan kolam Deepavali Posted: Pelajar PTPL Sentral hasilkan kolam DeepavaliPELAJAR Kolej PTPL bergambar bersama kolum yang telah disiapkan di KL Sentral, Kuala Lumpur sempena sambutan perayaan Deepavali baru-baru ini. KREATIF. Sempena sambutan perayaan Deepavali, seramai 16 pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sentral menghasilkan kolam di pekarangan Stesen Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan ahli Kelab Indian Society (Indeso) kolej tersebut, kolum itu berjaya disiapkan dalam tempoh lima jam di ruang legar tingkat dua Stesen Sentral dengan tema cahaya kegembiraan. Kolum itu dihasilkan menggunakan sebanyak 60 kilogram beras hancur yang turut diwarnakan bagi memberikan impak seri kelainan pada kolum tersebut. | |
MBG FruitShop anjur kempen Kesihatan itu Kekayaan Posted: MBG FruitShop anjur kempen Kesihatan itu KekayaanEKSEKUTIF Kanan MBG FruitShop, Jess Tee (belakang empat dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini. BERBAKTI. MBG FruitShop melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya, Health is Wealth (Kesihatan itu Kekayaan) untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapat rawatan perubatan selain kanak-kanak miskin dan anak-anak yatim di negara ini. Pengarah Urusan MBG FruitShop, Adnan Lee berkata, kempen anjuran MBG itu selaras dengan kempen kesihatan global yang diadakan setiap bulan Oktober. "Selain menggalakkan gaya hidup lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, kami turut memaparkan masalah semasa masyarakat. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |