Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- 80 pelajar Malaysia di AS selamat
- Tun Mahathir dirawat di IJN akibat jangkitan dada
- Jam RM1.9 juta jadi daya tarikan
80 pelajar Malaysia di AS selamat Posted: 80 pelajar Malaysia di AS selamatOleh SYED AZLAN SAYID HIZAR
KUALA LUMPUR - Kira-kira 80 orang pelajar Malaysia di Universiti Purdue, Indiana berada dalam keadaan selamat selepas kejadian puting beliung melanda kawasan tengah Amerika Syarikat (AS) kelmarin. Menurut seorang pelajar, Nik Nur Elanie Nik Nor Zainal Abidin, 22, keadaan di sekitar kampus universiti itu sudah beransur pulih, namun masih terdapat beberapa kawasan masih lagi terputus bekalan elektrik. "Alhamdulillah, keadaan di sini sudah bertambah baik dan bekalan elektrik di kampus universiti sudah disambung semula setelah bekalan terputus lebih kurang pukul 2.30 petang (waktu AS). "Ketiadaan bekalan elektrik selepas kejadian itu menyebabkan para pelajar terpaksa bergelap dan melakukan aktiviti berbekalkan cahaya lilin sahaja," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Universiti Purdue, Indiana semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Tun Mahathir dirawat di IJN akibat jangkitan dada Posted: Tun Mahathir dirawat di IJN akibat jangkitan dadaKUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini akibat jangkitan dada semalam. Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr. Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi. "Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Jam RM1.9 juta jadi daya tarikan Posted: Jam RM1.9 juta jadi daya tarikanPusat beli-belah terkenal Starhill Gallery di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. KUALA LUMPUR - Seutas jam tangan jenama Maitres du Temps berharga RM1.9 juta dijangka menjadi daya tarikan pada pameran jam tangan dan barang kemas mewah bertemakan A Journey Through Time bermula Jumaat ini. Pameran jam dan barangan kemas mewah selama lapan hari itu akan diadakan di pusat beli-belah terkenal Starhill Gallery di Bukit Bintang di sini. Pengarah Urusan YTL Corporation Berhad, Tan Sri Francis Yeoh berkata, pameran tersebut tidak tertumpu kepada kecantikan dan keanggunan reka bentuk semata-mata malah menampilkan kelainan pertukangan dan kesenian ciptaan jam tangan yang dipamer. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |