Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Lesen lombong tidak disambung
- Banjir besar boleh melanda kawasan lombong pasir
- Lesen senjata api perlu cap jari
Posted: Lesen lombong tidak disambungOleh NORLIDA AKMAR IDROS
BUKIT KAYU HITAM – Kerajaan negeri Kedah menegaskan bahawa permit yang diperoleh sebuah syarikat pada tahun 2011 untuk melombong pasir di Kampung Terat Batu, Padang Serai, Kedah, tidak akan disambung apabila ia tamat bulan depan. Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, kerajaan negeri turut membekukan pengeluaran sebarang permit baharu untuk kerja-kerja mengorek pasir di negeri itu sejak Jun lalu. Beliau memahami rungutan masyarakat setempat serta impak buruk aktiviti mengorek pasir terhadap kawasan sekitar apatah lagi ia berdekatan dengan Sungai Muda. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Banjir besar boleh melanda kawasan lombong pasir Posted: Banjir besar boleh melanda kawasan lombong pasirKawasan lombong di Kampung Terat Batu, Padang Serai dinaiki air ketika hujan lebat baru-baru ini. PADANG SERAI – Seorang pakar geologi memberi amaran kejadian banjir yang pernah melanda Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan, Padang Serai, Kedah sebelum ini akan berulang sekiranya kegiatan melombong pasir di kampung itu tidak dikawal. Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin yang merupakan pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kegiatan perlombongan menyebabkan kawasan tersebut bertukar menjadi kawasan tadahan air. "Banjir kilat boleh berlaku di kawasan tersebut sekiranya berlaku hujan lebat yang menyebabkan air lombong melimpah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Lesen senjata api perlu cap jari Posted: Lesen senjata api perlu cap jariOleh ROSLI HASSAN JASIN – Pengawal keselamatan yang memohon lesen untuk membawa dan mengguna senjata api akan diambil cap jari masing-masing di bawah kaedah biometrik ketika mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak polis. Bagi mematuhi syarat itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, beliau telah mengarahkan semua permohonan baharu dan pembaharuan lesen untuk membawa dan mengguna senjata api termasuk daripada pengawal keselamatan perlu diambil cap jari masing-masing secara serta-merta. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |