{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Uruguay sebelah kaki ke Brazil

Posted:

Uruguay sebelah kaki ke Brazil

Uruguay sebelah kaki ke Brazil

BARISAN pemain Uruguay meraikan kejayaan mereka membenam Jordan 5-0 pada aksi playoff pertama Piala Dunia 2014 di Stadium Antarabangsa Amman awal pagi semalam.


AMMAN, Jordan - Uruguay hampir pasti layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 selepas membelasah Jordan 5-0 pada aksi playoff pertama di Stadium Kebangsaan Amman awal pagi semalam.

Jaringan menerusi Maxi Pereira, Cristian Stuani, Nicolas Lodeiro, Cristian Rodriguez dan Edinson Cavani memastikan Uruguay memiliki bekalan selesa untuk aksi playoff kedua di Stadium Estadio Centenario, Montevideo minggu depan.

"Kemenangan ini telah meletakkan kami berada dalam keadaan terbaik untuk aksi kedua playoff.

"Kami akan bermain dengan formasi yang sama bagi menghormati peminat-peminat yang dijangka akan memenuhi stadium pada Jumaat depan.

"Saya difahamkan sebanyak 60,000 tiket telah dijual," kata jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez.

Pereira terlebih dahulu membuka tirai jaringan Uruguay selepas memanfaatkan hantaran penyerang berbisa Liverpool, Luis Suarez pada minit ke-22.

Stuani menggandakan kedudukan buat Uruguay apabila menjaringkan gol kedua sebelum berakhir aksi babak pertama.

Lodeiro meledak gol ketiga Uruguay pada minit ke-69 sebelum Rodriguez terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan Jordan dengan menjaringkan gol keempat berselang sembilan minit kemudian.

Cavani melengkapkan kemenangan bergaya Uruguay apabila berjaya meledak gol kelima menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan. - AP

Dua watak utama gamit tumpuan

Posted:

Dua watak utama gamit tumpuan

Dua watak utama gamit tumpuan

STOCKHOLM, Sweden - Kapten Sweden, Zlatan Ibrahimovic menepis laporan bahawa aksi menentang Portugal dalam saingan playoff Piala Dunia 2014 lebih kepada pertembungannya dengan Cristiano Ronaldo.

Sebaliknya, Ibrahimovic berkata, dia dan Ronaldo yang juga kapten Portugal hanya mahu memberikan fokus terhadap tugasan bersama skuad masing-masing.

"Tiada timbul soal siapa lebih hebat, sebaliknya saya yakin saya dan Ronaldo akan berusaha membantu negara kami untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014.

"Perlawanan ini tidak sepatutnya fokus antara dua pemain, ia adalah pertembungan antara Portugal dan Sweden," ujar Ibrahimovic.

Ibrahimovic turut menepis dakwaan yang mengatakan Ronaldo mudah terjatuh di kawasan kotak penalti dan ditanya mengapa dia tidak melakukan seperti aksi bintang Real Madrid itu.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai 'berlakon' dalam bola sepak. Saya tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan itu.

"Saya hanya mahu bermain bola. Saya langsung tidak fikir mengenai hal itu, malah saya tidak percaya Ronaldo akan sengaja berbuat demikian," katanya.

Biarpun sedar Portugal tampil selaku pasukan pilihan, Ibrahimovic berkata, Sweden masih berpeluang menempah slot Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Portugal pasti diletakkan sebagai pilihan tetapi kami muncul pasukan kedua terbaik di belakang Jerman dalam peringkat kumpulan.

"Jadi, kami berhak untuk meneruskan kemaraan ke Brazil," jelasnya.

Ibrahimovic mengakui, dia kini menikmati prestasi cemerlang meskipun usianya telah mencecah 32 tahun.

"Keupayaan saya sentiasa berkembang. Untuk menjadi seperti itu, kamu harus kuat menjalani sesi latihan, memiliki mental yang kuat dan pengalaman beraksi bersama pasukan-pasukan gergasi Eropah.

"Saya sangat berharap dapat meneruskan prestasi cemerlang ini," katanya. - Reuters

Namat: Lawan sudah boleh baca gaya Harimau Malaya

Posted:

Namat: Lawan sudah boleh baca gaya Harimau Malaya

Namat: Lawan sudah boleh baca gaya Harimau Malaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

BEKAS pemain kebangsaan, Datuk Namat Abdullah menggesa jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menukar taktikal dengan lebih efektif menjelang perlawanan penting menentang Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Manama, malam esok.

Namat mendedahkan, skuad negara harus mencari satu formula dalam membina jentera serangan lebih ampuh jika berhasrat untuk merebut slot automatik ke pusingan akhir kejohanan itu di Australia nanti.

Jelasnya, beliau percaya taktik yang sama diamalkan oleh Rajagobal menyaksikan Harimau Malaya sekadar memenangi satu perlawanan sepanjang 18 aksi persahabatan serta kejohanan sejak 1 Februari lalu.

Justeru, Namat khuatir Harimau Malaya terus menjadi mangsa belasahan pasukan lawan jika Rajagobal tidak bertindak untuk melakukan sesuatu dengan pasukan bimbingannya itu.

"Pada aksi menentang Bahrain, Rajagobal kena ubah (taktikal) sedikit. Mungkin beliau harus memikirkan bagaimana cara untuk menyerang dan bertahan dengan lebih berkesan.

"Pada pendapat saya, pasukan lawan sudah mula boleh baca permainan kita. Sebab itu kita dilihat gagal untuk memberikan saingan dalam mana-mana perlawanan.

"Kita tidak lagi boleh bergantung kepada nasib dan saya percaya, Rajagobal dapat meraih keputusan positif dengan melakukan sedikit perubahan dengan taktikal yang bakal digunakannya pada perlawanan itu nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Tambah Namat, Rajagobal turut dilihat memiliki masalah kecergasan pemain yang mana ia adalah faktor utama untuk menentukan keseimbangan dalam sesuatu perlawanan.

"Kita tewas 0-3 kepada Kuwait bukan kerana skuad negara tidak cukup bagus tetapi saya percaya pemain-pemain sudah keletihan.

"Pemain dari Kelantan dan Pahang pula baru beraksi dalam final Piala Malaysia dan mereka tidak sempat untuk kembali cergas menghadapi perlawanan menentang Bahrain.

"Tahap kecergasan pemain amat penting buat jurulatih dan saya berharap Rajagobal dapat melaksanakan tugas terbaik demi membantu skuad negara layak ke Piala Asia 2015 kelak," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat