Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
- Harimau Muda A hilang sengat di bumi Jordan
- Bekas Raja pecut bidas tindakan KOM
- Tunggu tandatangani kontrak
Harimau Muda A hilang sengat di bumi Jordan Posted: Harimau Muda A hilang sengat di bumi Jordan
NAMPAK gayanya kekalahan 0-5 di tangan skuad bawah 23 tahun (B-22) Jordan, awal pagi semalam jelas memberikan maksud tersirat kepada pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee. Ini kerana Kim Swee mengakui fokus anak-anak buahnya dilihat sedikit terjejas dan ia menjadi antara salah satu punca kekalahan pada aksi persahabatan tersebut. Sebelum ini, jurulatih kelahiran Melaka itu pernah menyaksikan skuad kendaliannya tewas 1-3 kepada skuad B-22 Jordan pada Selasa lalu. Begitupun, skrip yang sama berulang apabila skuad harapan negara diaibkan dengan kekalahan besar di tangan pasukan muda Jordan itu dalam aksi persahabatan kedua. Kini, Kim Swee menyifatkan fokus barisan pemainnya dilihat sedikit terganggu dan mungkin disebabkan kebanyakan pemainnya mula menjadi buruan pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan. "Sesetengah pemain tidak menunjukkan komitmen yang baik. Ini satu sikap yang amat mengecewakan dan saya percaya ini satu pengajaran yang cukup berguna. Saya akan pastikan pemain yang tidak komited tidak akan bersama skuad ini ke Sukan SEA nanti. "Saya kecewa kerana kesilapan pada perlawanan pertama berulang untuk aksi persahabatan kedua ini. Banyak perkara yang perlu dipertingkatkan terutamanya sikap pemain yang mengambil mudah setiap insiden yang berlaku dalam perlawanan. "Tempoh 25 hari sebelum ke Sukan SEA 2013 adalah masa yang paling mustahak buat pemain," katanya. Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberikan peluang kepada enam pemain Harimau Muda A untuk mempertimbangkan masa depannya bersama pasukan baharu pada akhir bulan lalu. Langkah itu adalah untuk mengelakkan fokus barisan pemain terganggu, lebih-lebih lagi mereka kini menjadi buruan pasukan mahu pun kelab yang menjanjikan habuan lumayan. Justeru, mereka telah diberikan kelonggaran untuk berbincang dengan mana-mana pasukan sehingga akhir Oktober lalu. Pemain yang dimaksudkan termasuk Irfan Fazail, Izham Tarmizi Roslan dan Mohd. Fadhli Shas yang telah memilih Johor Darul Takzim manakala Ahmad Hazwan Bakri dan A. Thamil Arasu memilih Selangor selain Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akan bersama Kelantan pada musim depan. | |
Bekas Raja pecut bidas tindakan KOM Posted: Bekas Raja pecut bidas tindakan KOMOleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI NAZMIZAN tidak berpuas hati dengan cara pemilihan yang dilakukan KOM untuk membentuk kuartet 4x100m negara ke Sukan SEA 2013 di Myanmar bulan depan. BEKAS raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad menyifatkan pemilihan atlet bagi acara 4x100 meter lelaki yang akan beraksi pada temasya Sukan SEA 2013 Myanmar tidak telus. Ia gara-gara tindakan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang mengetepikan Mohd. Izzuddin Yahaya yang mencatatkan masa terbaik pada tahun ini iaitu 10.61 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Oktober lalu. Sebaliknya, badan induk olahraga itu menyenaraikan Eddie Edwards, Mohd. Azhar Ismail, Mohd. Shamimi Azmi, Harith Ammar Sobri dan pelari simpanan, Sebastian Lee Azcona dalam kuartet 4x100m negara itu. Jelas Nazmizan, KOM seharus membuka mata kerana Sukan SEA tidak seharusnya dilihat sebagai tempat untuk menimba pengalaman tetapi platform untuk para atlet menyumbangkan pingat pada negara. "Bagi saya ia memang tidak telus kerana kalau ikut ranking sejak Januari hingga Oktober, Izzudin lebih baik berbanding Eddie yang melakukan 10.62 saat. "Azhar pula 10.66s, Shamimi (10.69s) dan Harith Ammar (10.72s) manakala Sebastian (10.67s). "Kalau mahu memberi pendedahan kepada mereka perlu hantar pada kejohanan-kejohanan berstatus terbuka seperti di Thailand, Hong Kong dan sebagainya tetapi pada Sukan SEA mereka perlu pilih atlet yang bagus dan konsisten," kata Nazmizan ketika dihubungi Kosmo! semalam. Pemenang dua pingat emas bagi acara 100 dan 200 meter Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam itu percaya jika tindakan ini berterusan ia mungkin akan menjejaskan sukan olahraga di Malaysia. "Mereka tidak boleh ambil mudah dalam hal ini kerana ia akan merosakkan semangat atlet-atlet Malaysia," tambah Nazmizan. Sementara itu, Izzudin, 27, yang turut berasa kecewa dengan cara pemilihan yang dilakukan oleh KOM menyifatkannya sebagai telah menjejaskan minatnya terhadap sukan olahraga. "Mereka ada kata pemilihan akhir pada Terbuka Malaysia (Oktober) tetapi saya ada dengar daripada bahagian kejurulatihan bahawa masih ada masa dan perubahan akan dilakukan jika ada atlet yang melakukan catatan lebih baik. "Jadi saya rasa ia tidak adil kerana Sebastian tidak beraksi pada Terbuka Malaysia kerana kecederaan tetapi nama dia ada dalam senarai. "Kalau mereka sudah ada nama yang hendak di bawa ke Myanmar mereka sepatutnya memberitahu daripada awal, kalau macam ini gayanya saya memang tidak berminat. "Mungkin lepas ini saya mungkin tidak akan menyertai olahraga lagi," kata Izzudin. | |
Posted: Tunggu tandatangani kontrakOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI SAFEE mengakui belum membuat keputusan muktamad berkenaan pasukan yang bakal disertainya musim depan. PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) mengakui impian untuk memiliki sentuhan penyerang negara, Mohd. Safee Sali semakin hampir untuk direalisasikan. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad semalam yang menjelaskan bahawa peluang untuk menyaksikan bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) kembali beraksi bersama skuad Gergasi Merah semakin cerah. Begitupun, Mohktar mendedahkan, FAS kini hanya menanti fasa terakhir untuk melengkapkan perpindahan tersebut dengan menyaksikan Safee menandatangani kontrak bersama Selangor. Apa yang pasti, Mokhtar percaya kepulangan Safee dijangka mampu menambah sengat pada jentera serangan skuad Gergasi Merah dalam saingan Liga Super musim depan. "Bagaikan sirih pulang ke ganggang. Itu rumusan yang terbaik jika Safee kembali beraksi bersama kami pada musim depan. "Buat masa ini, rundingan di antara FAS dan Safee berjalan dengan lancar. "Cuma, pihak kami masih menanti Safee menandatangani kontrak secara rasmi tetapi saya percaya, peluang untuk mendapatkan khidmatnya semakin cerah. "Bukan tidak mahu umumkan rundingan ini secara terbuka lagi tetapi di pihak FAS, kami harus melihat seribu satu kemungkinan yang mana FAS juga perlu berhati-hati jika dia membuat 'pusingan U'. "Namun, apa yang boleh saya katakan berdasarkan rundingan ini, ia tidak mustahil untuk menyaksikan Safee kembali bersama Selangor jika dia menandatangani kontrak nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Sebelum ini, masa depan Safee menjadi tanda tanya ketika menyaksikan prestasi hambarnya sepanjang menyarungkan jersi Harimau Selatan pada musim ini. Safee pernah dikatakan bakal beraksi bersama Johor (kini dikenali sebagai Johor DT II) selain turut dikaitkan dengan Kelantan yang juga dilaporkan berminat dengan khidmat penyerang berusia 29 tahun itu. Dalam pada itu, Safee ketika dihubungi menerusi khidmat Whatsapp semalam juga mengesahkan belum menandatangani kontrak bersama Selangor. "Kenyataan itu tidak keluar dari mulut saya, saya tidak tahu macam mana ia boleh timbul. "Memang ada perbincangan dengan beberapa pasukan tetapi saya belum membuat keputusan muktamad. "Buat masa ini, saya mahu fokus bersama Harimau Malaya." |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |