{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Rasuah bola sepak di Malaysia terkawal

Posted:

Rasuah bola sepak di Malaysia terkawal

Rasuah bola sepak di Malaysia terkawal

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SPORTRADAR mendedahkan bahawa aktiviti mengatur keputusan perlawanan dalam Liga Malaysia masih terkawal. - Gambar hiasan


KETUA Pegawai Eksekutif Sportradar, Carsten Koerl (gambar) mendedahkan, gejala rasuah bola sepak di Malaysia masih belum berada pada tahap yang membimbangkan.

Menurut Koerl, pihaknya yang terkenal dalam mengesan aktiviti mengatur perlawanan di seluruh dunia, gejalan tersebut belum kritikal meskipun ada dakwaan aktiviti tidak bermaruah itu berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada tahun ini.

Jelasnya, pihaknya telah berjaya mengesan beberapa aktiviti sindiket mengatur perlawanan di rantau Asia tetapi Koerl enggan mendedahkan sama ada Malaysia antara negara yang terlibat.

"Gejala rasuah bola sepak di Malaysia masih belum berada pada tahap kritikal.

"Namun, Malaysia dilihat sedang berusaha untuk memerangi gejala yang tidak bermoral ini. Kami telah berkerjasama dengan pihak polis di seluruh dunia untuk membanteras aktiviti ini.

"Kami juga memiliki perjanjian yang mana tidak boleh mendedahkan maklumat atau hasil siasatan kepada umum.

"Kami mempunyai maklumat mengenai beberapa perlawanan yang dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu tetapi saya tidak boleh berikan nama negara itu memandangkan siasatan masih berjalan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di ibu negara, semalam.

Dalam perkembangan sama, Koerl memberi jaminan bahawa Sportradar akan terus membantu AFC dalam usaha memantau sindiket mengatur perlawanan yang membabitkan kejohanan Liga Juara-Juara, Piala AFC, Piala Asia 2015 dan kesemua perlawanan kelayakan di Asia.

"Kami mempunyai maklumat data untuk membuat pemantauan secara lebih meluas.

"Kini, kami sedang mengumpul maklumat daripada pasaran perjudian bola sepak. Dengan kepakaran yang ada pada kami, Sportradar yakin ia bertambah lancar dengan hasil kerjasama bersama pihak AFC," katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay berkata, kerjasama dengan Sportradar itu jelas membuktikan mereka serius dalam menangani gejala rasuah bola sepak.

"Setakat ini kami tidak dapat mengesan apa-apa aktiviti rasuah tetapi ini adalah langkah untuk menghalang aktiviti tidak bermaruah itu daripada berlaku.

"Setakat ini Sportradar hanya bekerjasama dengan AFC namun mana-mana persatuan yang berminat boleh juga mendapatkan bantuan organisasi ini," katanya.

'Harimau Malaya perlukan perubahan'

Posted:

'Harimau Malaya perlukan perubahan'

'Harimau Malaya perlukan perubahan'

PENASIHAT Global Blackburn Rover, Shebby Singh (gambar) menegaskan, sudah tiba masanya skuad Harimau Malaya melakukan perubahan selepas lima tahun di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.

Sheeby yang merupakan bekas pemain Kuala Lumpur berkata, skuad negara memiliki ramai pemain yang berpotensi tetapi persembahan yang dipamerkan tidak begitu memberangsangkan.

Jelasnya, corak permainan Harimau Malaya dilihat tidak meningkat sejak kali terakhir memenangi kejuaraan Piala Suzuki AFF 2010.

"Kita perlukan sentuhan jurulatih baharu. Sudah tiba masanya skuad kebangsaan kita memerlukan taktikal yang lebih ideal.

"Sebenarnya, kita memiliki pemain yang bagus tetapi prestasi mereka tidak berubah. Jadi, mereka perlukan suntikan baharu, idea baharu dalam usaha membawa persembahan mereka di tahap yang lebih tinggi," katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan menyambung kontrak Rajagobal yang bakal tamat pada 31 Disember depan.

Nasib Rajagobal bakal terjawab pada Mesyuarat Exco FAM Ahad ini sama ada dibenarkan untuk mengemudi pasukan buat kali terakhir ketika menentang Yemen pada 5 Mac tahun depan.

Sebagai rekod, Harimau Malaya telah gagal layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 selepas sekadar mengutip empat mata sepanjang lima perlawanan dalam aksi Kumpulan D.

Mengulas lanjut, Shebby menambah: "Rajagobal adalah salah seorang jurulatih yang berjaya di Malaysia. Jadi, kita seharusnya mengucapkan terima kasih di atas jasa-jasa beliau selama ini.

"Begitupun, FAM tidak boleh ubah pendirian jika mereka menawarkan kontrak baharu yang mana ia sudah pasti memberikan kesan buruk kepada pihak FAM sendiri," katanya.

Kekal bersama Johor DT

Posted:

Kekal bersama Johor DT

Kekal bersama Johor DT


Selangor kecewa dengan tindakan Safee buat 'pusingan U'


PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) mengakui kecewa dengan tindakan Mohd. Safee Sali yang membuat 'pusingan U' untuk terus kekal bersama Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim depan.

Biarpun sebelum ini, FAS mengakui hampir berjaya untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang Pelita Jaya itu, Safee akhirnya menamatkan spekulasi masa depannya dengan terus bersama pasukan Harimau Selatan itu musim depan.

Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad (gambar kecil) berkata, beliau memahami tindakan Safee dan mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas bintang skuad Gergasi Merah itu pada masa akan datang.

"Dalam pertemuan saya dengan Safee, dia telah bersetuj u untuk kembali ke Selangor dengan gaji bulanan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

"Semalam (kelmarin) saya bertemu dengan Safee, dia telah menyatakan kekecewaannya ekoran gagal mendapat peluang untuk beraksi dengan lebih kerap dan terpaksa bermain di Liga Premier bersama Johor (Johor DT II).

"Jumlah yang dipersetujui tentulah tidak setinggi gaji bulanan Safee bersama Johor DT dan atas dasar persetujuan secara budiman, FAS telah menghulurkan bayaran pendahuluan kepadanya," katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Tambah Mokhtar, FAS yang sebelum ini berhajat untuk memperkenalkan Safee kepada umum, tetap bersikap profesional sebagaimana mereka berjaya mendekatinya menerusi rundingan dan perjanjian sebelum mengikat kontrak.

"Kalau mengikut undang-undang kontrak, perjanjian lisan juga dianggap memeterai kontrak.

"Perancangan FAS adalah membawa Safee ke pejabat (FAS) untuk satu majlis ringkas menandatangani kontrak sebagai memeterai perjanjian lisan di antara kedua-dua pihak selepas aksi Harimau Malaya menentang Qatar dalam kempen kelayakan Piala Asia baru-baru ini.

"Namun, kami telah dimaklumkan menerusi pihak ketiga bahawa pengurusan Johor DT mahu mengekalkan khidmat Safee untuk aksi Liga Super.

"Maka, FAS tiada pilihan lain kecuali demi kepentingan beliau sendiri, kami terpaksa melepaskan Safee," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat