Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
- Tiada penundaan
- Tetap pincang di sebalik keselamatan ketat
- Piala Malaysia hadiah untuk orang Kuala Lipis
Posted: Tiada penundaanOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tetap akan mengadakan perarakan Piala Malaysia ke seluruh negeri berkenaan. "Saya ingin jelaskan disini, tiada timbul isu penundaan. Ia akan tetap diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan nanti," jelas Setiausaha Agung PBNP, Fuzzemi Ibrahim di Kuantan semalam. Menurutnya, PBNP sedang merangka satu program rasmi berhubung majlis perarakan itu. "Kejayaan skuad Tok Gajah menjulang Piala Malaysia 2013 merupakan hadiah terbaik buat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menyambut Hari Keputeraan ke-83 pada 24 Oktober lalu, katanya." PBNP masih menunggu titah Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah sebelum mengadakan perarakan penuh gemilang ke seluruh negeri Pahang. "Saya tidak tahu atau tidak dimaklumkan bahawa perarakan kami ditunda. Sebaliknya, PBNP masih belum ada program rasmi mengenai hal ini. "Saya masih belum dimaklumkan oleh Presiden PBNP (Tengku Rahman). Apa yang pasti, Presiden akan merancang perarakan ini dalam tempoh terdekat. "Buat masa ini, jelajah tersebut ditangguh bagi menghormati kedatangan tahun baharu Hijrah pada esok (hari ini)," katanya. Pahang muncul juara Piala Malaysia 2013 selepas menewaskan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam malam kelmarin. | |
Tetap pincang di sebalik keselamatan ketat Posted: Tetap pincang di sebalik keselamatan ketatOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI DI SEBALIK kawalan ketat di Stadium Shah Alam malam kelmarin, para penonton tetap berjaya menyeludup masuk suar dan dibakar di dalam stadium sebaik perlawanan tamat. DI sebalik kemeriahan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Pahang dengan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam kelmarin, ada beberapa cerita yang kurang enak berlaku di stadium berkenaan. Insiden membakar api suar, bom asap dan ulat tiket masih lagi berlaku walaupun kawalan keselamatan telah diperketatkan. Biarpun sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil dengan nada tegas untuk mengambil tindakan keras terhadap penyokong-penyokong yang didapati melanggar peraturan, insiden membakar api suar dan balingan bom asap tetap 'mewarnai' aksi final tersebut. Langkah FAM memperkenalkan sistem tiga pemeriksaan ke atas penonton bagi mengelak mereka membawa bahan larangan, namun ia dilihat masih belum berjaya menyekat gejala kurang sihat ini. Selain itu, seramai 50 penonton turut ditahan oleh pihak polis selepas mereka didapati cuba memasuki stadium dengan menggunakan tiket palsu. Apa yang pasti, imej Liga Malaysia (Liga M) akan terjejas daripada segi kualiti sekiranya isu-isu seperti ini tetap gagal ditangani. Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundram memberitahu, pihaknya sedang berusaha bagi memastikan kawalan keselamatan berada di tahap terbaik bagi menjaga keharmonian sesuatu perlawanan. Sivasundram menyifatkan ia adalah satu perbuatan tidak adil sekiranya mana-mana pihak masih menuding jari kepada FAM kerana badan induk bola sepak negara itu sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian demi kebaikan bola sepak negara. "Kami sangat serius berhubung isu keselamatan penonton. Sebelum ini, kami sudah memperkenalkan sistem tiga pemeriksaan ketat bagi menggelakkan mereka membawa masuk bahan larangan ke stadium. "Adalah tidak adil untuk mengatakan sistem itu tidak berjaya kerana sekurang-kurangnya, pihak kami dapat mengurangkan insiden seperti membakar api suar dan bom asap. "Bukan kami tidak boleh berbuat apa-apa cuma perbuatan ini boleh dicegah jika kami mendapat kerjasama sepenuhnya daripada para penonton," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam. Dalam perkembangan sama, Kosmo! difahamkan, ada seorang peminat yang enggan dikenali memberitahu, harga tiket final Piala Malaysia tulen yang berharga RM40, dijual dengan harga RM80. | |
Piala Malaysia hadiah untuk orang Kuala Lipis Posted: Piala Malaysia hadiah untuk orang Kuala LipisOleh NOR AZIRAN YUNUS AZAMUDDIN anggap kejayaan Pahang menjulang Piala Malaysia musim ini sebagai hadiah istimewanya kepada masyarakat Kuala Lipis. "PIALA Malaysia ini adalah hadiah buat semua orang Kuala Lipis." Demikian luahan Pemain Paling Bergaya Watson Piala Malaysia 2013, Azamuddin Mohd. Akil selepas membantu pasukan Tok Gajah menamatkan kemarau 21 tahun untuk mendakap trofi paling berprestij bola sepak negara itu. Azamuddin atau lebih dikenali sebagai Alex juga berkata, kejayaan menjulang Piala Malaysia juga ibarat mimpi menjadi kenyataan baginya. Kata anak jati Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang itu lagi, seksa yang ditanggung beberapa hari sebelum sepak mula Piala Malaysia itu juga telah terubat dengan kejayaan menewaskan Kelantan. "Sehari sebelum perlawanan akhir itu saya tidak boleh tidur malam kerana terlalu berdebar menantikan detik perlawanan akhir Piala Malaysia. "Kejayaan ini sangat manis bagi diri saya dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penyokong Pahang yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada skuad Tok Gajah," kata Alex. Dalam pada itu, Alex juga berkata, kejayaan pasukan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013 adalah hasil usaha keras secara berpasukan. Menurut pemain sayap skuad kebangsaan itu juga, dia berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang berjaya membawa kembali Piala Malaysia ke bumi Pahang selepas kali terakhir piala itu singgah pada 1992. Dalam perkembangan lain, Alex juga enggan memikirkan berhubung masa depannya kerana baginya ketika ini adalah tempoh untuk dirinya dan rakan-rakan sepasukan meraikan dahulu kejayaan mereka menjulang Piala Malaysia edisi ke-87 itu. "Soal masa depan, saya akan beritahu kemudian. Saya akan buat keputusan selewatnya pada bulan depan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |