Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Kongsi khasiat dalam ganjaranTAN menunjukkan antara produk keluaran Southern Lion yang membolehkan penyertaan peraduan Kebersihan Dijaga, Keluarga Sihat Sejahtera sehingga Disember ini. SUASANA harmoni rumah tangga dapat dibentuk dengan tahap penjagaan kebersihan setiap ahli keluarga dengan baik. Pemeliharaan ini secara langsung berkait dengan produk-produk asas penjagaan kebersihan termasuk produk mandian dan pencuci pakaian. Ingin berkongsi keistimewaan produk, syarikat terkemuka, Southern Lion Sdn. Bhd. (Southern Lion) menganjurkan peraduan Kebersihan Dijaga, Keluarga Sihat Sejahtera dengan ganjaran bernilai sehingga RM100,000. Pengurus Jenama Southern Lion, Mandy Tan berkata, menerusi peraduan tersebut, orang ramai dan seisi rumah dapat merasai kelebihan produk-produk keluaran syarikat berkenaan. "Bagi menyertai peraduan ini, mereka perlu membeli sebarang produk keluaran kami seperti Fresh & White, Systema, Shokubutsu, Kodomo atau Active Guard dengan nilai pembelian mininum bernilai RM15. "Selain ingin merebut hadiah utama, seisi keluarga turut berpeluang menikmati keistimewaan produk-produk yang dibeli seperti sabun mandian Shokubutsu. Jelasnya, sabun mandian itu diperbuat daripada 100 peratus bahan botani seperti pati oren dan teh, manakala Active Guard mampu menghapuskan kuman berbahaya. Mengulas lanjut mengenai peraduan itu, Tan memberitahu, hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 ditawarkan bagi mereka yang bertuah. "Seramai 126 orang akan disenarai pendek untuk memenangi hadiah-hadiah hebat dari Southern Lion. Bagaimanapun, hanya lima peserta akan memasuki pusingan akhir bagi merebut hadiah utama. "Pemenang hadiah pertama bakal menerima baucar tunai peralatan rumah bernilai RM10,000. Manakala empat pembeli mandian Shokubutsu atau Active Guard yang bertuah akan menerima baucar sama berjumlah RM5,000 . "Kami turut menyediakan hadiah saguhati berupa tablet mini iPad kepada 20 peserta dan wang tunai bernilai RM100 kepada 100 pemenang terpilih," ujarnya. Sementara itu, menurut Pegawai Eksekutif Jabatan Korporat Media Southern Lion, Kong Pei Yin, orang ramai boleh menyertai peraduan tersebut melalui dua kaedah penyertaan. "Orang ramai boleh mengambil borang yang disediakan di kaunter pembayaran Pasar raya Hero atau muat turun dari laman rasmi Southern Lion. Mereka juga boleh turut serta dengan menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan kadar caj sebanyak RM0.30 sen untuk setiap mesej," katanya. Peraduan Kebersihan Dijaga, Keluarga Sihat Sejahtera telah bermula pada 15 Oktober lalu dan akan berakhir pada 31 Disember depan. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.southernlion.com.my. |
Nouvelles Visages tingkat produktiviti Posted: Nouvelles Visages tingkat produktivitiPARA peserta menikmati juadah nasi ambang yang dikongsi bersama-sama ketika program berlangsung. SEBAGAI persiapan menyambut ulang tahun ke-20 jenama kecantikan Nouvelles Visages (NV), Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) telah menanjurkan kem motivasi untuk kakitangannya di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka. Acara tersebut telah berlangsung selama tiga hari dua malam, bermula 8 November lalu dengan kerjasama Kem Gemilang. Menurut Pengarah Urusannya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, aktiviti itu bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, di samping memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan kakitangan syarikat. "Program ini direka khusus bagi memantapkan segenap aspek minda dan fizikal kakitangan kami, terutamanya dalam bahagian pemasaran. "Ini untuk memastikan legasi Nouvelles Visages terus berkembang dan mengekalkan statusnya sebagai salah satu jenama tersohor bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara," katanya. Kira-kira 35 kakitangan terlibat dalam aktiviti yang merangkumi pembangunan semangat dalam diri dan fizikal, latihan kaji selidik pemasaran dalam kalangan pengguna serta aktiviti sukan paintball. Berkongsi pengalaman, Pengurus Besar Kem Gemilang, Mohd. Zamri Mohd. Rasip berkata, Nouvelles Visages mampu berkembang dengan lebih maju dengan prestasi yang ditunjukkan oleh setiap peserta. "Semua kakitangan memberikan kerjasama yang mengagumkan selain mempunyai daya saing tinggi untuk menghasilkan produk kumpulan yang bermutu. Dalam pada itu, salah seorang peserta, Siti Zuraini Lawiya telah dipilih sebagai peserta terbaik keseluruhan program. Nouvelle Beauty adalah sebuah syarikat kosmetik yang telah diasaskan oleh Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya. Syarikat tersebut pesat berkembang dan kini mempunyai lebih 300 buah kedai dan rangkaian pengedar di seluruh negara selain Brunei, Singapura dan Thailand. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |