{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Tema cinta dalam karya Ruhayah

Posted:

Tema cinta dalam karya Ruhayah

Tema cinta dalam karya Ruhayah

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

RUHAYA mengangkat tema cinta keluarga dalam kebanyakan hasil karyanya.


KECINTAAN Ruhayah Mahmod kepada dunia penulisan kreatif hadir agak lewat iaitu pada usia 45 tahun. Lebih popular dengan nama Puteri Andalas, wanita yang kini berusia 65 tahun itu acap kali dalam penulisannya mengangkat tema cinta dalam keluarga.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berasa sedikit kesal kerana terlambat menceburkan diri dalam arena penulisan disebabkan kekangan masa.

Kata Ruhayah, pasti banyak naskhah yang mampu dihasilkan jika beliau menulis sejak muda.

Biar pun lewat memulakan langkah dalam dunia penulisan, Puteri Andalas sebenarnya sudah dua dekad mengabdikan diri dalam dunia penulisan kreatif. Bahkan, beliau memiliki kelompok peminat setia yang tersendiri.

Nama samaran

"Pada awal pembabitan dalam penulisan, saya kerap menggunakan nama samaran dengan menghantar surat berbentuk kritikan kepada akhbar tempatan. Nama tersebut berubah-ubah dari semasa ke semasa.

"Tiba-tiba hati saya tertarik untuk menyertai pertandingan menulis cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Alhamdulillah, saya memenangi pertandingan tersebut pada tahun 1999 dan 2001," katanya yang mengakui terhutang budi dengan Kumpulan Utusan.

Karya beliau yang memenangi anugerah tersebut bertajuk Calon Menantu Mak Engku dan Mimpi Anak Pendatang telah dimuatkan dalam antologi Cinta Sekerdip Embun dan Cempiang Jalanan.

Antara buah tangannya yang terbaharu ialah cerpen yang berjudul Mawar Tiga Warna yang dibukukan dalam novel Antalogi Romantika. Novel tersebut turut memuatkan kompilasi cerpen daripada empat novelis terkenal lain iaitu Iris Ixora, Eka Fahara, Damya Hanna dan Nurassyi Rashid.

Mawar Tiga Warna mengisahkan tentang liku-liku hidup wanita bernama Wani yang pernah gagal dalam percintaan.

Kegagalan itu membuatkan dirinya takut untuk bercinta lagi setelah kejujuran yang diberikan kepada bekas kekasih tidak mendapat balasan yang setimpal. Kesetiaan Wani dikhianati.

"Fobia terhadap cinta membuatkan Wani hilang kepercayaan terhadap cinta lelaki.

"Sekeras manapun Wani menolak cinta, akhirnya takdir menemukan dia dengan majikan baharunya, Shah yang sudah pun berkeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Klang, Selangor baru-baru ini.

Kisah cinta itu digarap dengan menyelitkan beberapa insiden 'kebetulan' antara Wani dan Shah sehingga membuatkan wanita tersebut jatuh hati dengan personaliti majikannya yang begitu mengambil berat.

Simbolik Mawar Tiga Warna mewakili watak tiga lelaki dan tiga wanita yang melatari cerpen sepanjang 105 muka surat itu. Tiga lelaki itu ialah bekas tunang kedua Wani iaitu Rafiq, bapa Wani dan Shah manakala tiga wanita dalam cerpen itu ialah Wani, ibunya, dan ibu teman baiknya, Syirin yang pernah melalui pengalaman dimadukan suami.

Kisah sedih yang dilalui ibu Syirin membuatkan Wani berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk membina kebahagiaan atas kesedihan wanita lain.

Cerpen tersebut dibiarkan tergantung seperti beberapa naskah Puteri Andalas yang lain. Beliau mahu menguji dan memberi peluang kepada pembaca membuat kesimpulan mereka sendiri mengikut gerak hati masing-masing.

Pembaca boleh mendapatkan cerpen berkenaan dan empat cerpen menarik lain dalam novel Antalogi Romantika di kedai-kedai buku di seluruh negara pada harga RM26.

EMAS idam kejayaan sorak antarabangsa

Posted:

EMAS idam kejayaan sorak antarabangsa

EMAS idam kejayaan sorak antarabangsa

Oleh ALIF ABU BAKAR


PASUKAN sorak EMAS baru-baru ini memenangi kategori Cheer Pom terbuka pada Kejohanan Charm Cheerleading 2013.


GERAK lincah mereka menari mengikut rentak muzik sering menggamat suasana. Dalam uniform rasmi berteraskan trio warna hitam, putih dan merah, ahli pasukan sorak EMAS tidak pernah menghampakan tatkala menghamparkan persembahan penuh bertenaga.

Pom-pom merah putih digenggam erat di kedua-dua belah tangan, diangkat ke atas dan bawah mengikut gerak koreografi tari, indah membentuk formasi. Pada awal September lalu, kumpulan yang dianggotai 14 individu berbakat itu mencipta satu lagi kejayaan membanggakan di pentas sukan sorak tanah air.

Kejohanan Charm Cheerleading 2013 anjuran Cheerleading Association and Register of Malaysia (Charm) di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor dua bulan lalu menyaksikan pasukan sorak EMAS mengungguli kategori Cheer Pom Terbuka.

Kejayaan tersebut telah menyuntik semangat ahli pasukan EMAS yang terdiri daripada gabungan kapten pasukan sorak sekolah, gimnas dan jurulatih sorak sekitar Kuala Lumpur serta dua penari dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan itu untuk mengetengahkan bakat mereka ke peringkat antarabangsa.

Sasaran mereka bagi menyertai Kejohanan Australian All Star Cheer and Dance di Melbourne, Australia bermula 22 hingga 25 November ini masih diikhtiarkan. Latihan intensif dan persediaan bagi menghadapi saingan dalam enam kategori dalam kejohanan itu sedang giat dijalankan.

"Kami masih belum menerima sebarang maklum balas kukuh daripada mana-mana pihak berhubung permohonan tajaan dan yang terbaharu, kami terima respons daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi laman sosial twitter," luah kapten EMAS ke Melbourne, Ahmad Assraf Muhammad Nasir.

Bagaimanapun sehingga kini mereka masih menunggu keputusan permohonan tajaan tersebut.


PASUKAN sorak EMAS masih menanti tajaan penerbangandan penginapan untuk ke Melbourne pada pertengahan bulan ini.


Assraf, 25, memberitahu, pasukan mereka memerlukan pembiayaan bagi tiket penerbangan pergi balik dan penginapan sepanjang berada di Melbourne. Katanya, kos perbelanjaan makan dan minum akan ditanggung secara individu.

Misi pasukan sorak EMAS ke Melbourne adalah bagi membawa pulang pingat emas di bawah kategori sorak tari. Ia dipecahkan kepada beberapa slot dan EMAS merancang untuk menyertai enam daripada slot tersebut.

"Kami yakin dapat menyapu bersih pingat emas bagi slot kontemporari berpasukan, hip hop berpasukan, cheer dance utama berpasukan, duo hip hop, duo kontemporari dan duo sorak tari," jelas Assraf yang menambah bahawa kejayaan pada kejohanan tersebut akan membuka peluang kepada mereka untuk menyertai kejohanan sorak dunia.

Pentas dunia

Usaha pasukan EMAS menaikkan reputasi Malaysia dalam sukan sorak di peringkat global wajar disokong pelbagai pihak. Malah, Malaysia telah membuat kemunculan pertama pada kejohanan sorak dunia di Florida, Amerika Syarikat yang dikelolakan Kesatuan Sorak Antarabangsa (ICU).

Menerusi pertandingan pada bulan April lalu, pasukan sorak Malaysia berjaya meraih tempat kesembilan daripada 18 pasukan dalam kategori aksi berpasukan perempuan.

Menurut Presiden Charm, Beverly Hon, selaku persatuan rasmi sukan sorak yang berdaftar di Malaysia, Charm sentiasa menyokong usaha pasukan-pasukan sorak tempatan untuk menyertai kejohanan antarabangsa.

Namun, tambahnya, perkembangan sukan sorak di Malaysia masih belum mencapai tahap optimum, sekali gus menyukarkan laluan pasukan tempatan untuk menempa nama di luar negara.

"Kekangan tajaan sering menjadi masalah dan kebanyakan pasukan yang bertanding dalam kejohanan antarabangsa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri," luah Hon.

Sementara itu, pasukan EMAS masih berharap akan ada pihak yang sudi memenuhi impian mereka bagi mewakili Malaysia meskipun tarikh pertandingan kian hampir.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat