Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Berlumba naiki tangga menara 63 tingkat Posted: Berlumba naiki tangga menara 63 tingkat
MENAIKI tangga setinggi 63 tingkat di sebuah bangunan pasti merupakan satu cabaran yang besar bagi sesetengah individu. Tanpa strategi dan langkah yang betul, anda pasti terkandas di tengah jalan. Bagi individu yang ingin mencabar ketahanan mental dan fizikal, BFM-The Intermark Race To The Top 2013 merupakan medan terbaik untuk berbuat demikian. Pertandingan yang berlangsung pada 7 Disember depan memerlukan para peserta berlumba menaiki tangga sehingga ke tingkat 63, Menara Vista di The Intermark. Empat kategori utama disediakan iaitu kategori korporat, terbuka, lelaki dan wanita. Pertandingan itu berkonsepkan perlumbaan dengan peserta perlu melepasi beberapa titik semak (checkpoint). Pengarah The Intermark Sdn. Bhd., Patrick Liau berkata, pertandingan pada tahun ini mempunyai perbezaan berbanding tahun lalu. "Selain menaiki tangga setinggi 63 tingkat, pihak penganjur turut mengadakan beberapa kejutan pada acara kali ini. "Saya menjangkakan seramai 100 peserta individu dan 150 peserta dalam acara berkumpulan akan menyertai pertandingan pada tahun ini. Berlari di kawasan rata tidak sama seperti berlari menaiki tangga. Peserta perlu mempersiapkan diri dengan latihan yang lebih intensif untuk menghadapi cabaran ini," jelasnya kepada pemberita sewaktu sidang akhbar BFM-The Intermark Race To The Top 2013 baru-baru ini. Acara amal Tambahnya, kerjasama dengan stesen radio BFM89.9 sebagai penganjur bersama merupakan satu langkah terbaik untuk menarik minat warga kota untuk menyertai pertandingan itu. Peserta juga berpeluang melihat pemandangan panorama Menara Berkembar Petronas dengan lebih dekat dari tingkat 63, Menara Vista. Selain menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta, pertandingan itu juga merupakan acara amal. Kesemua hasil kutipan daripada penaja dan yuran penyertaan akan disalurkan kepada lima buah rumah amal untuk kanak-kanak sekitar ibu kota iaitu Rumah Jaireh, Rumah Juara, Shelter Home, Special Children Society of Ampang dan Yayasan Chow Kit. AKSI peserta-peserta yang menyertai pertandingan BFM-The Intermark Race To The Top 2013 pada tahun lalu. Pengurus Sokongan dan Pengumpul Dana Yayasan Chow Kit, Nur Balkis Amairuddin memberitahu, hasil sumbangan yang diberikan oleh pihak penganjur melalui pertandingan itu akan digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan operasi rumah amal kendaliannya. "Dana yang diberikan oleh individu atau syarikat korporat akan digunakan untuk pembelajaran, makanan, perubatan dan program untuk kanak-kanak di Yayasan Chow Kit. Di sini, kami mempunyai tiga pusat penempatan untuk bayi, kanak-kanak dan remaja. "Kebiasaannya, sumbangan yang diberikan melalui pertandingan seperti ini mencukupi untuk membantu operasi kami. Kami amat berterima kasih kepada pihak The Intermark kerana sudi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Yayasan Chow Kit," ujarnya. Yuran Bagi acara individu, yuran sebanyak RM89.90 diwajibkan untuk setiap penyertaan. Kategori berkumpulan terbuka pula dikenakan bayaran sebanyak RM300 untuk kumpulan yang terdiri daripada tiga individu. Bayaran sebanyak RM1,500 dikenakan untuk kategori berkumpulan korporat juga terdiri daripada tiga individu. Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Urusan stesen radio BFM 89.9, Malek Ali memberitahu, pertandingan itu merupakan usaha terbaik untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik melalui setiap penyertaan peserta. "Saya selaku wakil daripada stesen radio amat mengalu-alukan penyertaan warga kota dalam pertandingan ini. Ia merupakan platform terbaik tidak kira golongan korporat mahupun individu untuk membantu memberi sumbangan kepada rumah-rumah amal," ujarnya. Tarikh tutup penyertaan pada 15 November 2013. Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan perlumbaan BFM-The Intermark Race To The Top 2013, sila layari laman web www.intermark.com.my. Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke RaceToTheTop@ming-kh.com.my. – MUHAMMAD AYMAN GHAFFA | |
Bermesra bersama pelakon The Mousetrap Posted: Bermesra bersama pelakon The MousetrapHURST (duduk dua dari kiri) bergambar bersama-sama peminat dan pelakon The Mousetrap sebelum sesi ramah mesra dimulakan. SEBELUM ini, Best Western Premier Dua Sentral (Best Western), Kuala Lumpur telah mengadakan satu pertandingan di laman sosial, Facebook bertajuk Guess The Mousetrap Cast yang memerlukan para peminat meneka para pelakon yang berlakon dalam teater The Mousetrap. Para peserta yang dapat meneka dengan tepat telah memenangi dua keping tiket ke pertunjukan tersebut, sekali gus bertemu dan beramah mesra bersama para pelakon teater itu di Best Western. Majlis bertemu peminat tersebut berlangsung baru-baru ini merangkumi sesi autograf dan bergambar bersama pelakon The Mousetrap. Dibantu oleh Chef Eksekutif, Best Western Jaffery Othman dan Chef Sous, Hugo's On 6, Sam Simon, para pelakon dan peminat diberi tunjuk ajar mengenai cara-cara membuat piza. "Ia merupakan suatu keistimewaan apabila mendapat peluang bertemu dan makan bersama peminat Facebook Best Wester. Ia sangat berbeza dengan rutin kami yang sentiasa fokus pada pertunjukan pentas," kata Penerbit Bersama British Theatre Playhouse, John Faulker. Paling tidak ternilai apabila para pemenang diberi secara eksklusif melihat cara kerja pertunjukan The Mousetrap oleh para pelakon itu sendiri. Turut hadir Pengurus Besar Best Western, Ian Hurst yang turut sama beramah mesra dan membakar piza. The Mousetrap hasil tulisan Agatha Christie merupakan produksi teater paling lama berjalan di West End, London dan pada tahun ini, ia menyambut ulang tahun berlian untuk 60 tahun persembahan di West End. Jalan ceritanya berkisar mengenai misteri pembunuhan dan pertunjukan yang terkenal dengan pengakhiran cerita yang tidak disangka penonton. Malah, para penonton diminta jangan mendedahkan identiti pembunuh kepada orang ramai yang tidak berada di dalam panggung. The Mousetrap telah memecah beberapa rekod antaranya, pada 12 April 1958 menumpaskan pesaingnya iaitu teater Chu Chin Chow sebagai pertunjukan paling banyak dilakukan di West End dengan 2,239 pertunjukan. Pada 25 November 2002, Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh, Putera Philip menghadiri pertunjukan khas sempena ulang tahun ke-50 teater tersebut selain ia merupakan persembahan yang ke 25,000 kali. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |