Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Kolej Yayasan Saad menang anugerah Cabaran Sains Negara
- 1.7 juta pendeposit pilih SSPN-I untuk tabung pendidikan
- Haiyan ragut tujuh nyawa di China
Kolej Yayasan Saad menang anugerah Cabaran Sains Negara Posted: Kolej Yayasan Saad menang anugerah Cabaran Sains Negara12/11/2013 10:53pm KUALA LUMPUR - Kolej Yayasan Saad dari Melaka muncul sebagai pemenang Cabaran Sains Negara 2013 - Trofi Cabaran Perdana Menteri hari ini. Kolej itu mengalahkan tiga sekolah lain untuk menerima hadiah utama berupa perjalanan ke Stockholm, Sweden untuk menghadiri penyampaian Anugerah Hadiah Nobel pada 10 Disember ini. Sekolah Menengah St. Joseph dari Sarawak memenangi tempat kedua, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael (Perak) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah (Negeri Sembilan) masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan menyampaikan hadiah kepada pemenang di sini pada majlis yang turut dihadiri pengerusi anak syarikat Exxonmobil di Malaysia, J. Hunter Farris. Pertandingan Sains Negara (NSC) diadakan setiap tahun sejak 1983 oleh Akademi Sains Malaysia dan diiktiraf Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pendidikan. - Bernama |
1.7 juta pendeposit pilih SSPN-I untuk tabung pendidikan Posted: 1.7 juta pendeposit pilih SSPN-I untuk tabung pendidikan12/11/2013 10:47pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 1.7 juta pendeposit menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sehingga kini, dengan jumlah deposit hampir RM1 bilion. Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, SSPN-i, iaitu instrumen simpanan khas pendidikan tinggi yang diperkenalkan PTPTN pada 2004, semakin mendapat sambutan terutama selepas perbadanan itu mewajibkan seseorang itu memiliki akaun SSPN-i jika ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN mulai 1 Jan tahun lepas. Menurut Shamsul Anuar, skim itu kurang mendapat sambutan di awal tiga tahun selepas ia diperkenalkan apabila hanya 80,000 akaun SSPN-i dibuka. "Kini, dengan pelbagai insentif, promosi dan kelebihan yang disediakan PTPTN, hampir 300,000 akaun baharu dibuka setahun. "Malah, pada 2012 PTPTN berjaya mengutip deposit lebih daripada RM250 juta," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Hadiah Simpanan Mega SSPN-i Siri Ketiga di sini hari ini. - Bernama |
Haiyan ragut tujuh nyawa di China Posted: Haiyan ragut tujuh nyawa di China12/11/2013 10:38pm BEIJING - Taufan Haiyan meragut tujuh nyawa manakala empat lagi dilapor hilang di China setakat pukul 10 pagi, demikian lapor Suruhanjaya Bantuan Bencana Kebangsaan pada Selasa. Menurut badan itu seperti yang dipetik oleh agensi berita Xinhua, lima kematian dilapor di wilayah Hainan dan dua di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang. Taufan itu yang tiba di China pada malam Isnin menjejaskan lebih tiga juta penduduk di wilayah selatan China di Hainan dan Guangdong serta Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang. Taufan itu juga memusnahkan lebih 9,000 rumah dan 25,000 hektar kawasan tanaman yang mengakibatkan kerugian sekitar 4.47 bilion yuan (US$734 juta). Haiyan dilapor meragut sekurang-kurangnya 10,000 nyawa di Filipina. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |