{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Yvonne gemar aktiviti lasak

Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar MOHD. NAJIB MOHD. NOR

PERTAMA kali berjumpa dengan hos rancangan 3R ini, penulis tidak berasa canggung kerana sesungguhnya personaliti yang bernama Lee Yvonne ini sangat mesra.

Malah Yvonne tidak kekok bersembang dengan penulis menggunakan bahasa Melayu.

Mungkin kerana statusnya yang pernah bergelar Miss Malaysia World 2012 itu yang membuatnya petah menjawab soalan yang diajukan.

Bertemunya di studio agensi model Lovea International, miliknya yang terletak di Dataran Mentari Sunway, Selangor , tempat di mana dia meluangkan masa untuk berkongsi ilmunya sebagai model.

Di Lovea International, saya adalah salah seorang daripada pengarah syarikat dan bertanggungjawab untuk memasarkan model kepada syarikat yang memerlukan.

Biasanya saya meluangkan masa di sini terutamanya bersama dengan model-model yang lain untuk memberi tip-tip menjadi seorang model," jelas gadis berusia 25 tahun ini.

Tambahnya lagi, dia juga kini sibuk merancang satu bengkel tentang bagaimana untuk menjadi seorang model.

Bengkel itu masih lagi dalam perancangan dan kemungkinan ia akan dianjurkan pada Disember tahun ini.

Dalam bengkel itu, saya akan mengajar cara bagaimana untuk menjadi seorang model, teknik menyolek dan gaya-gaya ketika penggambaran foto," jelasnya.

Pengalaman yang dipelajarinya ketika menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2012 akan dikongsikan bersama dengan sesiapa yang berminat.

Tambahnya, kesibukan dalam kerjaya model kadang-kadang membuatkan dia tiada masa untuk diri sendiri.

Menjadi seorang model memang sibuk kerana saya bukan menguruskan diri sendiri, tetapi model-model lain di bawah seliaan syarikat saya.

Itu yang kadang-kadang, saya sampai tiada masa untuk bersosial dan banyak meluangkan masa lapang di rumah sahaja.

Selalunya, selain bekerja, saya akan meluangkan masa di gim untuk bersenam bagi mengekalkan imej saya," ujarnya.

Kegagalan bukan penghalang

Sebelum ini, tidak ramai yang mengenali Yvonne. Tetapi selepas dia mengendalikan rancangan 3R, dia mengakui semakin ramai mengenali dirinya.

Sebelum ini, kalau di luar tidak ramai yang tegur tetapi sekarang, bila saya bersiar-siar, sudah ada yang menegur saya sebagai hos 3R," katanya.

Menyambung cerita, jelas Yvonne, bukan mudah untuknya menjadi seorang pengacara kerana sudah banyak kali dia gagal dalam saringan untuk menjadi pengacara sebelum ini.

Saya selalu menjadi hos untuk majlis-majlis korporat. Memang sebenarnya teringin untuk menjadi seorang pengacara.

Sudah lama saya simpan hasrat untuk menjadi pengacara tetapi selalu sahaja gagal di peringkat saringan.

Tetapi itu tidak menghalang saya untuk terus berusaha menjadi

seorang pengacara sehinggalah saya berjaya menjadi hos program 3R," katanya.

Tambahnya, menjadi hos 3R, banyak perkara yang perlu dipelajari terutamanya bila berkomunikasi menggunakan medium bahasa Melayu.

Saya boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu tetapi buat masa sekarang saya sedang mengukuhkan lagi penguasaan bahasa tersebut.

Penguasaan itu terutamanya bila hendak berkomunikasi dalam bahasa Melayu secara santai. Itu yang menyebabkan saya selalu mendengar radio berbahasa Melayu kini," katanya.

Tiba-tiba jadi popular

Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT

Bersama Noona Kha-dijah

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba pelakon Jung Suk Won menjadi perhatian ramai. Namanya mula meniti di bibir penggemar hiburan Korea selepas khabar angin yang mendakwa dia memutuskan hubungan dengan agensi dan gagal hadir untuk penggambaran filem Battle of Yeonpyeong.

Suami kepada penyanyi Baek Ji Young itu dikatakan ada masalah dengan agensinya selepas pelakon itu minta kontraknya ditamatkan sebelum waktu.

Bagaimanapun agensi Forestar Entertainment enggan melepas Jung Suk Won kerana dia terikat dengan agensi selama tiga tahun lapan bulan lagi.

Tidak benar Jung Suk Won memutuskan hubungan dengan agensi tetapi memang benar dia ada minta pihak pengurusan meneliti semula kontraknya.

Selepas menghantar kontrak kepada pihak pengurusan, dia menunggu panggilan daripada mereka tetapi belum terima.

Begitu juga dengan penggambaran filem Battle of Yeonpyeong. Pihak produksi asyik menangguhkan penggambaran kerana beberapa masalah, seperti pertukaran kakitangan. Jung Suk Won tidak pernah mengabaikan apa yang telah diberi kepadanya," jelas teman rapat Jung Suk Won.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat