Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Konsert Destini kumpul dana bantu pelajar kurang mampu Posted: 20 Nov 2013 02:42 AM PST Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN SHAH ALAM 20 Nov. - Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAP) dengan kerjasama Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan konsert amal pada 20 dan 21 Disember depan. Konsert Destini yang julung kali diadakan ini bakal berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam. Objektif utama konsert ini adalah mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa, untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dari luar bandar untuk melanjutkan pengajian. Antara barisan artis yang akan menjayakan konsert tersebut adalah Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Datuk Rossa dan Pasha Ungu. Tiket sudah mula dijual dengan harga bermula RM30 sehingga RM1,000. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 19 Nov 2013 10:13 PM PST Sissy berguru dengan Syafinaz Selamat semasa di Koir Kebangsaan Malaysia Kali pertama mendengar suara Sissy Imann, 18, vokalnya seakan sama dengan penyanyi yang kini sudah bergelar artis antarabangsa, Yuna. Namun, membuka laman YouTube gadis periang ini dan mendengar satu persatu lagu yang hasil ciptaannya, nyata Sissy mempunyai lontaran vokal tersendiri. Nampaknya, laluan menjadi artis terutamanya penyanyi semakin mudah. Sama ada mengikuti laluan program realiti televisyen atau laluan laman YouTube. Bagi Sissy, dia pada mulanya tidak berniat langsung untuk menonjolkan bakatnya di YouTube, sebaliknya hanya sekadar mahu berkongsi karya-karya lagu diciptanya. "Masa saya umur 16 tahun, saya buat akaun di YouTube untuk mengucapkan tahniah kerana baharu sahaja memenangi salah satu anugerah ketika itu. "Kebetulan dalam video itu saya ada menyanyikan sedikit petikan lagu Yuna iaitu Terukir Di Bintang dan kemudian ramai yang mula meminta saya menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain," katanya yang begitu meninati Yuna. Sissy yang boleh bermain alat muzik antaranya gitar, biola, bes dan piano juga pernah mendapat tunjuk ajar daripada penyanyi bersuara soprano, Syafinaz Selamat. "Ketika berumur 16 tahun, saya telah dipilih untuk manjadi salah seorang anggota Koir Kebangsaan di bawah pimpinan Syafinaz. "Antara majlis yang paling besar saya pernah sertai adalah Konsert Agung yang turut melibatkan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah," katanya. Mengulas mengenai lagu Mungkin Kamu yang diciptanya sendiri, itu turut mendapat sentuhan penggubah muzik, Ag Coco, Sissy berkata, idea untuk lagu itu sebenarnya datang secara mengejut pada satu malam dan dia terus menulis lirik dan mencipta melodinya. "Setelah siap, saya perdengarkan kepada keluarga dan beri kepada Ag Coco untuk dengar dan dia beritahu ada yang tidak cukup dengan lagu yang saya cipta. "Bermula daripada situ saya mula bekerjasama dengan Ag Coco untuk lagu itu sehinggalah siap dan kini sudah boleh didengar di YouTube," katanya. Tambah Sissy, dia begitu teruja dengan kelahiran lagu sulungnya apatah lagi ia mendapat sentuhan Ag Coco. "Saya kenal Ag Coco ketika menyertai bengkel muzik anjuran Yuna. Dia banyak memberi nasihat cara bagaimana untuk menulis lagi dan ia sangat membantu saya," jelasnya. Minat muzik Walaupun minat muzik Sissy sangat tinggi, tetapi ia tidak sedikit pun mengganggu tumpuan dalam bidang akademik. Masakan tidak, dia telah ditawar untuk menyambung pelajaran di peringkat Matrikulasi. Malah, dia juga menerima tawaran untuk menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Disebabkan minatnya yang begitu mendalam dalam bidang muzik, dia menolak kedua-dua tawaran tersebut sebelum menyambung pelajarannya kini di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas dalam jurusan Pendidikan Muzik. "Saya sebenarnya sudah menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di UiTM selama dua minggu. "Semasa berada di UiTM saya menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di IPG dalam bidang yang saya minat. "Minat saya sebenarnya sangat mendalam bidang muzik yang menyebabkan saya terpaksa menolak kedua-dua tawaran tersebut. "Lagipun, ketika ini saya mahu lakukan apa yang saya minat dan bukannya apa yang saya hendak lakukan," katanya yang berbincang selama seminggu bersama keluarganya tentang niat untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati. Ketika ditanya adakah dia yakin dengan keputusannya untuk lebih fokus dalam bidang muzik, jelasnya, keputusan itu sudah difikirkan masak-masak. "Bagi saya, bila kita melakukan apa yang kita minat, kita pastinya akan melakukan yang sehabis baik untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan hati. "Sebab itu saya yakin dengan keputusan saya untuk menyambung pelajaran dalam lingkungan muzik juga," jelasnya. Tambahnya lagi, dia mencipta lagu adalah untuk berkongsi dengan peminat muzik mengenai ekspresinya dalam bentuk karya muzik. "Saya sambung pelajaran juga adalah supaya nanti selepas saya habis belajar, saya dapat kongsikan sesuatu dalam bidang muzik kepada orang lain," ujarnya. Hendak menjadi seorang artis mesti sedia membiarkan kehidupan peribadi diintai terutamanya oleh peminat. Bagi Sissy, tipulah kalau dia mengatakan tidak takut dengan risiko yang bakal di hadapi, tetapi dia akan memastikan dirinya tidak terlibat dengan kontroversi. "Saya bersedia untuk berkongsi mengenai kehidupan saya tetapi risau juga jika apa yang saya lakukan dianggap keterlaluan oleh pihak lain. "Apa yang penting bagi saya adalah untuk sentiasa menjaga diri dan tidak melakukan sesuatu yang memalukan diri dan keluarga. "Tambahan, buat masa ini, saya bertuah kerana mempunyai sebuah keluarga dengan hubungan yang sangat rapat antara kami," jelasnya. Tambahnya, buat masa ini, keluarganya akan menjadi penasihat untuk setiap apa yang ingin dilakukannya. Dengan statusnya yang masih bergelar pelajar, jelas Sissy, dia mengakui perlu bijak dan berdisiplin dalam mengatur masa untuk kedua-duanya. "Saya cuba untuk memberikan yang terbaik dalam kedua-dua bidang kerana muzik adalah minat saya, tetapi pelajaran juga penting untuk kehidupan saya. "Apa yang saya buat ialah memberi fokus sepenuhnya ketika saya belajar mahupun ketika saya sedang menghasilkan karya saya," jelasnya. Menjadi penaung untuk band The Mailbox yang pernah dianggotainya ketika di sekolah menengah Pernah melakukan konsert amal bagi mengumpul dana untuk diserahkan kepada sekolah tahfiz Suka menjerit ketika berumur lima tahun sehingga terpaksa dikawal oleh guru vokal Seorang yang sangat geli dengan cicak |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |