Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Seniman: Zed Zaidi sedia pegang jawatan semula Posted: 22 Nov 2013 11:57 PM PST Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI KUALA LUMPUR 23 Nov. - Bekas presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, 33, bersedia menjadi pemimpin persatuan itu semula sekiranya mendapat mandat baharu daripada ahli persatuan. Ujarnya, dia akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembatalan Mesyuarat Agung (AGM) Seniman kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu sekali gus menyebabkan dirinya bukan lagi presiden persatuan tersebut. "Saya akur dengan keputusan mahkamah dan menerimanya dengan hati yang terbuka. "Saya juga tidak menolak untuk menerajui persatuan ini sekiranya dipilih sekali lagi untuk menjadi presiden pada AGM yang bakal diadakan dalam tempoh kira-kira dua bulan," ujarnya. Zed berkata demikian pada majlis sidang akhbar yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini, yang dihadiri lebih 50 ahli persatuan itu yang turut menyatakan sokongan mereka. Pada 21 November lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan pembatalan AGM ke-14 yang menyaksikan keseluruhan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman terbubar secara automatik sebelum pelantikan semula diadakan. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 23 Nov 2013 05:08 AM PST KEHIDUPAN seorang pengamal media sangat sinonim dengan kesibukan mengejar tarikh akhir menghantar tugasan. Justeru, peluang untuk bekerja sambil bercuti tidak akan dilepaskan. Bak kata orang, sambil menyelam, minum air. Begitulah yang dirasai penulis apabila berpeluang mengikuti program pelayaran Star Cruises ke Phuket dan Krabi di Thailand. Program anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel (MHTT) dan Santai Travel yang dinamakan Media Fam Trip itu bertujuan memperkenalkan pakej mesra Muslim di atas kapal persiaran. Menariknya, pakej itu telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pakej empat hari tiga malam itu memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di atas kapal persiaran mewah iaitu Star Cruise Superstar Libra yang berwajah baharu setelah menjalani proses ubah suai. Percutian berkenaan tambah menarik apabila pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil) meluangkan masa untuk bersama wakil media dan peminatnya sepanjang pelayaran tersebut. Perjalanan yang bermula dari Pulau Pinang itu seolah-olah tidak terasa apabila pelbagai aktiviti sampingan diadakan seperti sesi beramah mesra bersama Pak Nil, sukaneka, majlis makan malam gala serta sambutan ulang tahun Pak Nil yang ke-51. Kami turut berpeluang untuk merasai kek yang dibuat sendiri oleh Pak Nil yang diberi nama Kekwat sehari sebelum pelayaran bermula. Hari berikutnya kumpulan media dibawa menerokai Phuket dan berkunjung ke beberapa destinasi terkenal seperti Kilang Gajus Sri Burapa, Perkampungan Gajah, Promthep Cape, Patong dan pusat beli-belah Jungceylon. Krabi merupakan destinasi seterusnya dan semua peserta berpeluang merakamkan gambar keindahan pantai serta bersantai di Ao Nang sebelum membeli-belah di Krabi Outlet Village yang menawarkan barangan berjenama pada harga yang jauh lebih rendah. Kami juga berkesempatan untuk menghadiri majlis makan malam gala bersama kapten kapal serta pembantu kanannya yang mesra melayan kerenah peserta yang ingin bergambar. Percutian berkenaan berakhir dengan majlis perpisahan yang dibuat di ruang terbuka di atas kapal sebelum majlis makan malam. - AZRIN |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |