Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Remaja dilapor hilang selepas memasuki Villa Nabila Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST JOHOR BAHRU 18 Nov. - Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini. "Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. "Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada dia masuk dan hilang di dalamnya kita masih siasat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN |
Suspek tembak pegawai JAIP dalam negara Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST KUANTAN 17 Nov. - Suspek utama kes bunuh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, minggu lalu dipercayai masih lagi berada di dalam negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, skop siasatan kes pembunuhan bukan sahaja membabitkan pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' tetapi turut melibatkan orang lain. "Bukan sahaja pengikut 'Tuhan Harun' yang diminta memberi keterangan namun ada juga orang lain yang dipanggil untuk bantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Mengenai pengedaran lakaran wajah suspek utama kes itu, beliau berkata, pihaknya mempunyai beberapa perkembangan positif mengenainya dan siasatan lanjut sedang dijalankan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |