Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Warga Myanmar ditikam sebelum dicampak ke laut Posted: 02 Nov 2013 09:12 PM PDT GEORGE TOWN 3 Nov. - Seorang lelaki warga Myanmar cedera parah di bahagian perut akibat ditikam sebelum dicampak ke laut di Jeti Tan, Pengkalan Weld di sini malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt. Ismail Idris berkata, dalam kejadian 11 malam itu, mangsa yang berusia 30-an diselamatkan orang awam setelah dilihat terkapai-kapai dan cuba berenang ke daratan ketika air laut sedang pasang. "Kita percaya mangsa ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam dan lelaki itu kini ditempatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, motif serangan masih dalam siasatan dan hasil siasatan awal mendapati dua individu tidak dikenali bergegas meninggalkan lokasi kejadian dalam keadaan mencurigakan sebelum insiden itu berlaku. Ismail berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebat atau ketiga-tiganya sekali, jika sabit kesalahan. - BERNAMA |
Posted: 02 Nov 2013 10:47 AM PDT Oleh ASLIZA MUSA PASUKAN Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berjaya memadamkan kebakaran melibatkan Ekspres Senandung Langkawi di Kilometer 133, Kampung Bendang Selinsing, Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak, semalam. KUALA KANGSAR 2 Nov. - Perjalanan kira-kira 500 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Padang Besar ke Kuala Lumpur, tergendala apabila kepala kereta api Ekspres Senandung Langkawi yang mereka naiki terbakar, awal pagi ini. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 3.39 pagi di Kilometer 133, Kampung Bendang Selinsing, Simpang Beluru dekat sini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, sebuah jentera bomba bersama sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu. Beliau berkata, keadaan yang gelap telah menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti laluan ke lokasi kejadian sehingga menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke tempat tersebut. "Sebaik sahaja sampai di lokasi kejadian, pemandu tren dilihat cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api sebelum dibantu pula oleh pasukan bomba menggunakan 18 unit alat pemadam sama. "Kebakaran hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.15 pagi selepas kita berjaya mengenal pasti laluan untuk membawa jentera bomba ke lokasi tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Ismail berkata, ketika proses memadam kebakaran dijalankan, semua penumpang kereta api 13 gerabak itu dibenarkan berada dalam pengangkutan berkenaan. Beliau berkata, ini kerana kebakaran tersebut hanya melibatkan lokomotif dan tidak merebak ke bahagian lain Katanya, lokomotif yang terbakar telah dibawa ke stesen KTMB Sungai Siput, manakala gerabak yang dinaiki penumpang dipisahkan dan dibawa ke stesen KTMB Kuala Kangsar. "Punca kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut akan dijalankan berhubung insiden tersebut," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |