{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Mengangkat fesyen batik

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Pilihlah rona-rona ceria dengan motif ringkas untuk kamu yang mahu mencuba fesyen ini.

GENERASI muda adalah golongan yang berani untuk mencuba pelbagai jenis fesyen. Mereka suka bergaya dan gemarkan kelainan dalam berpakaian.

Bagaimanapun tidak ramai anak muda kini yang gemar mengenakan pakaian batik kerana dirasakan tidak sesuai dengan umur mereka.

Untuk menarik generasi muda meminati fesyen tersebut penggiat industri batik kini telah mempelbagaikan rekaan mereka agar tampak moden.

Bagi yang berminat, bolehlah memadankan pakaian batik dengan denim agar tampak kasual dan lebih santai tatkala berlibur bersama teman-teman.

Sebagai permulaan, mungkin kamu boleh menggayakan fesyen batik semasa menghadiri majlis perkahwinan sahabat-handai nanti.

- LYNN/ZAKARIA IDRIS

Membaca bawa kita lebih jauh

Posted: 16 Nov 2013 04:20 AM PST

Membaca bukan sahaja diamalkan ketika musim peperiksaan tetapi perlu menjadi gaya hidup generasi masa kini. - Gambar Hiasan

PERNAH atau tidak kita mendengar perumpamaan, membaca jabatan ilmu dan banyak membaca luas pengetahuan ketika dibangku sekolah rendah atau tadika.

Begitulah apa yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang selalu membaca tidak kira majalah, buku ilmiah, novel dan sebagainya.

Tiada statistik terbaru dikeluarkan mengenai amalan membaca dalam kalangan penduduk negara ini dan terbaru pun adalah pada 2005 iaitu sebanyak 10 hingga 12 buku setahun.

Jumlah itu bersamaan sebuah buku sebulan dan jika ia meningkat pada tahun ini saya dapat rasakan tidak banyak perubahan kerana amalan membaca tidak lagi menjadi satu budaya di negara ini.

Jarang kita dapat melihat orang ramai yang membaca buku ketika menunggu bas, tren dan sebagainya, tambahan pula bahan bacaan seperti majalah sudah digantikan dengan blog di internet.

Mereka dilihat lebih gemar melayari laman sosial di telefon pintar masing-masing dan bermain permainan video berbanding untuk membaca majalah mahupun buku.

Di New York, Amerika Syarikat, London dan Jepun contohnya, budaya membaca dalam kalangan warga negara mereka sudah di tahap tinggi dan kita boleh melihat ramai yang memegang buku ketika beratur atau duduk di dalam tren.

Bukan itu sahaja, di pusat pengajian tinggi seperti universiti sekalipun budaya membaca hanya akan ada pada musim peperiksaan sahaja.

Perpustakaan akan kembali lengang apabila musim peperiksaan berakhir dan kebanyakkan buku-buku di dalamnya tidak tersentuh oleh generasi hari ini.

Mungkin ramai yang sudah lupa program buku nilam yang dianjurkan di peringkat sekolah satu ketika dahulu bagi meningkatkan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar.

Selepas sekolah semuanya sudah lupa dan memikirkan hanya peperiksaan yang membuatkan seseorang itu akan mula membaca.

Tanggapan sebegini perlu dikikis daripada persepsi masyarakat yang menuju sebuah negara maju, kerana ilmu pengetahuan tidak hanya sampai di peringkat sekolah mahupun universiti sahaja.

Ilmu pengetahuan akan membuatkan seseorang itu berbeza daripada orang lain dan ia amat berguna dalam kehidupan seharian serta menangani sesuatu masalah.

Banyakkan membaca agar kita tidak ketinggalan dan memberi persepsi serta gambaran jelas mengenai kehidupan.

Walaupun kita tidak mampu untuk terbang dan mengembara jauh keluar negara, namun segala ilmu dan pengetahuan kita boleh ditimba di rumah dengan cara membaca.

SITI NURDIANA RAHMAT

Pencinta buku

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat