Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 03 Nov 2013 04:36 AM PST MEREKA yang gemar mengenakan fesyen seperti pemain polo (sukan berkuda), mungkin akan rambang mata sebaik sahaja melangkah masuk ke butik La Martina. Mula bertapak di Argentina, jenama ini dikenali sebagai jenama penghasilan barangan teknikal untuk kuda polo. La Martina juga menghasilkan fesyen pakaian untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Istimewanya, La Martina menitikberatkan kualiti dalam menawarkan barangan terbaik untuk sukan polo yang menonjolkan budaya dan gaya hidup berkelas. Oleh itu, mereka yang meminati gaya sukan polo, boleh mengunjungi butik yang terletak di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur. Koleksi yang ditampilkan sesuai untuk semua lapisan umur dan seiring dengan statusnya sebagai sebuah jenama gah yang memenuhi cita rasa masa kini. Selain baju-T polo , baju sukan, seluar, kasut kulit, jaket kulit dan but, jenama ini turut menawarkan koleksi hebat aksesori daripada topi, beg, zip sehingga topi keledar dan banyak lagi untuk pelanggan mereka. |
Posted: 03 Nov 2013 04:36 AM PST Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Bahagia... Suraya Yeop bersama anaknya, Ilhan Moris dan Aaron Azlan. MENINGGALKAN dunia glamor dan kerjaya profesional semata-mata ingin menumpukan perhatian kepada si comel tersayang? Tidak ramai yang sanggup mengambil tindakan sedemikian, namun bagi bekas personaliti dan pengacara Suraya Yeop Jr tindakannya meninggalkan kerjaya demi anak tatkala berada di kemuncak populariti adalah keputusan terbaik yang diambilnya. Begitu juga May Ann yang berhenti kerja sebagai jurutera untuk mendahulukan keperluan anak-anak. Malahan, kedua-dua ibu ini tidak menyesal, sebaliknya berbangga dan bahagia kerana mampu menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan meluangkan masa sebagai ibu. Suraya memberitahu, dia tidak menyesal meninggalkan kerjaya sebegitu sebaliknya bangga kerana mampu melihat anak-anaknya, Ilhan Moris, 3, dan Aaron Azlan, 1 bulan, membesar di depan mata. Lagipun, anak-anak saya menyusu badan dan aktif, memerlukan perhatian dan saya tidak mahu meninggalkannya bersama pembantu rumah kerana takut akan senario penderaan yang sering berlaku sekarang. Sehingga kini saya tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Saya berharap agar si kecil mengalami fasa tumbesaran di hadapan mata di samping melalui situasi normal pertalian antara ibu dan anak," ujarnya yang hanya melakukan kerja sambilan di syarikat perhubungan awam milik kakaknya. Katanya, kerja sambilan itu tidak mengganggu rutin hariannya sebagai ibu kerana dia bekerja mengikut projek tertentu dalam jangka masa yang singkat. Bagi ibu muda berkenaan, kelebihan tidak menyerahkan tugas ibu kepada pembantu rumah membuatkan anak-anaknya sentiasa rapat dengannya sehingga tidak betah berjauhan antara satu sama lain. Walaupun pada awalnya sukar untuk saya membuat keputusan tetapi selepas berbincang dengan suami, salah seorang daripada kami perlu berkorban. Hasilnya, saya puas melihat anak-anak membesar di depan mata," ujarnya yang memilih Carrie Jr, Joyful Raspberry untuk mandian anak-anaknya. Berkomunikasi Sementara itu, May Ann memilih untuk bekerja sambilan sambil menjaga anak-anaknya, Keean Lee, 5 dan Karissa Lee, 1. Istimewanya, May Ann mengajar anak-anaknya untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat. Saya menggunakan kaedah ini untuk berkomunikasi dengan anak-anak sejak peringkat bayi. Misalnya, saya akan mengajar mereka menunjukkan simbol misalnya nak makan dan sebagainya hanya menggunakan tangan. Jika saya bekerja mungkin saya tidak mempunyai masa yang cukup berinteraksi dengan mereka. Kini saya mempunyai masa setiap hari untuk menggalakkan interaksi dua hala dengan anak-anak," ujarnya. Katanya, masa bersama sangat penting untuk anak-anaknya misalnya aktiviti mandi atau berenang. Dalam penjagaan diri anak-anak, May Ann lebih teliti dan sebab itulah dia akan memilih produk mandian yang sesuai dan disukai anak-anaknya. Buat masa ini, wangian Carrie Jr, Joyful Raspberry berjaya menceriakan anak-anaknya dan ini menjadikan aktiviti mandi mereka lebih ceria. Ada yang berkata kos kehidupan di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur sangat tinggi. Ini menyebabkan ramai ibu bapa sukar untuk membuat keputusan termasuk berhenti kerja. Nasihat saya mudah, wang mungkin kita boleh cari tetapi masa untuk anak-anak memang kita tidak boleh beli," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |