Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 10 Nov 2013 05:06 AM PST Soalan SAYA pernah terbaca tentang pemakaian implanon menyebabkan didatangi haid lebih daripada 15 hari. Adakah boleh melakukan hubungan seks selepas hari yang ke-15 itu? Mohon doktor menjawab kemusykilan saya ini. * Siti, Kelantan Jawapan Selepas 15 hari dan 15 malam, isteri wajib mandi hadas besar dan boleh melakukan hubungan seks dengan suaminya. Manakala darah yang keluar melebihi 15 hari dan 15 malam adalah dikira darah istihadhah. Menjawab persoalan hukum mengamalkan teknik perancangan keluarga secara implanon dari perspektif Islam, merancang atau menyusun atur keluarga (Tanzim al-Usrah) adalah harus. Sekiranya kaedah mengikat peranakan (sterilisasi wanita) itu boleh 'membataskan' atau mengehadkan kelahiran maka hukumnya haram kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak umpamanya kehamilan dan kelahiran boleh menyebabkan maut kepada ibu. Kaedah-kaedah lain seperti penggunaan alat dalam rahim, implanon atau pil adalah dibenarkan. Ini adalah berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali ke-12 pada 20 Januari 1977. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Februari 1991, telah membincangkan Sistem Susuk Norplant dalam Program Perancang Keluarga Kebangsaan. Muzakarah memutuskan bahawa sistem susuk Norplant ini adalah harus digunakan. Penggunaan sistem ini hendaklah tertakluk kepada keputusan Muzakarah Kali Ke-12 pada 20 Januari 1977, yang memutuskan hukum mengenai Perancang Keluarga adalah seperti berikut: (i) Memandulkan lelaki dan perempuan hukumnya adalah haram. (ii) Mencegah beranak atau mengehadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan. (iii) Menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain daripada (1) dan (2) di atas adalah harus. Keterangan atau hujah diperoleh berdasarkan kepada sistem susuk Norplant adalah satu kaedah pencegah kehamilan yang terbaharu di dalam program Perancangan Keluarga Kebangsaan. Sistem ini satu cara mencegah kehamilan yang tidak kekal dengan jarak kehamilan selama lima tahun. Sistem ini mengandungi satu jenis hormon yang dinamakan levonorgestrel dan bahan ini telah digunakan dalam pil pencegah kehamilan sekarang. Hormon tersebut akan mencegah kesuburan penerima. Cara penggunaan sistem ini dengan memasukkan enam rod plastik yang mengandungi hormon levonorgestrel ke bawah lapisan kulit bahagian dalam lengan penerima dengan menggunakan alat khas. Ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sekiranya penerima ingin hamil semula atau penerima tidak sesuai menggunakan kaedah ini. Bagaimanapun, rod tersebut mesti dikeluarkan apabila mencukupi tempoh lima tahun kerana hormon yang dimasukkan ke dalam rod tersebut sudah tidak berfungsi lagi. Sekiranya sistem tersebut masih diperlukan, rod baharu boleh dimasukkan semula ke dalam badan penerima. Hormon yang dimasukkan ke dalam rod tidak mengandungi najis dan hormon tersebut telah digunakan dalam pil pencegah kehamilan. Memandulkan Kesan awal yang biasa dialami oleh pengguna adalah pusingan haid tidak teratur. Bagaimanapun masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis pil. Sekiranya masalah tidak dapat diatasi maka rod itu terpaksa dikeluarkan dan menunjukkan penerima berkenaan tidak sesuai menggunakan kaedah ini. Hasil percubaan yang telah dijalankan, kaedah ini lebih berkesan dengan kadar 99.8 peratus berbanding kaedah lain. Dalam Islam, memandulkan lelaki atau perempuan tidak dibolehkan sama sekali kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat meneruskan keturunannya selama-lamanya. Bagaimanapun Islam memberikan keharusan sekiranya ada sebab-sebab syar'ie seperti isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan atau kehamilan yang kerap boleh memberi kesan kepada jiwa dan kesihatan isteri. Sistem susuk implanon ini harus digunakan sebagai salah satu alternatif untuk pasangan menyusun atur keluarga dengan cara yang dibenarkan oleh Islam bukan melalui kaedah pemandulan yang diharamkan. Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my |
Posted: 10 Nov 2013 05:06 AM PST PEMAKANAN yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah jantung dan kanser tetapi turut merangsang otak yang subur. Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kesuburan otak. Pensyarah dalam bidang neurosurgeri di University of California, Los Angeles (UCLA), Profesor Fernando Gomez Pinilla telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak dan beliau dapati pemakanan yang sesuai dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stres dan gangguan emosi. Ramai ibu bapa yang mungkin terlepas pandang betapa pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak. Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Lanka. Beliau memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif dari segi tingkah lakunya. Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada 2009, kajian yang dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif. Cemerlang Maka jelas sekali bahawa pemakanan yang baik penting bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang. Menurut, pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad yang telah 20 tahun menjalankan program untuk pelajar, terdapat beberapa syarat bagi memastikan anak-anak fokus dan cemerlang dalam pelajaran iaitu pemakanan yang baik, sikap yang positif, teknik dan strategi belajar yang mantap serta guru yang cemerlang. Namun, kesan pemakanan adalah yang paling utama kerana ia berkaitan langsung dengan kesuburan otak lalu menentukan keupayaan otak untuk mencerap dan memproses maklumat. Menyedari akan kepentingan pemakanan dan kaitan langsungnya dengan otak maka beliau telah menghasilkan satu produk yang menggabungkan bahan-bahan daripada pemakanan sunah dan juga pemakanan herba yang secara saintifik terbukti bagus untuk otak yang dipanggil sebagai JuzQ30. Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis. Produk ini juga menggunakan air zamzam yang telah digunakan untuk membasuh Zaffaran yang telah dijadikan dakwat untuk menulis 6,236 huruf al-Quran. Kalau sebelum ini ibu bapa mengambil ikhtiar dengan memberikan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan minum air kosong yang telah dibacakan dengan Surah Yasin, kini dengan adanya JuzQ30, ia bukannya air kosong tetapi kandungan pemakanan yang mengandungi lebih daripada 10 bahan yang bagus untuk otak dan diterapikan pula dengan 30 juz al-Quran. Antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan antara tiga ke enam bulan ialah: * Menyuburkan sel-sel otak. * Meningkatkan daya fokus dan tumpuan. * Menstabilkan frekuensi minda. * Memberikan ketenangan dan * Meningkatkan keupayaan mengawal emosi. * Terang hati dan mudah faham. * Melembutkan hati yang degil. * Cepat ingat dan pantas berfikir. * Meningkatkan semangat belajar. * Memudahkan hafalan. * Membantu melancarkan perjalanan darah. JuzQ30 ini boleh diambil pada semua peringkat usia kerana ia adalah pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Malah ia sangat baik kepada ibu-ibu mengandung kerana bayi sedang membesar dan sel-sel otaknya sedang terbina. Sebaiknya diambil ketika perut kosong terutamanya sebelum tidur agar nutrisi dan zat jus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika tidur. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |