{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Segera ubah gaya hidup

Posted: 05 Nov 2013 05:02 AM PST

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar NURAIN AZEMI (PELATIH UNISEL)

Dari kiri, Dr. Feisal Mustapha, Pengurus Novo Nordisk (Pharma) Malaysia, Henrik Bendix Dahl, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin dan Dr. Chan Siew Pheng di majlis pembentangan keputusan tinjauan Kesedaran Diabetes di Malaysia 2012, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dari kiri, Dr. Feisal Mustapha, Pengurus Novo Nordisk (Pharma) Malaysia, Henrik Bendix Dahl, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin dan Dr. Chan Siew Pheng di majlis pembentangan keputusan tinjauan Kesedaran Diabetes di Malaysia 2012, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Segera ubah gaya hidup

MASYARAKAT hari ini perlu lakukan sesuatu terutama sekali mengenai amalan gaya hidup harian kerana dalam tempoh 20 tahun akan datang angka-angka hari ini akan bertambah sekiranya tiada perubahan dilakukan."

Itu antara kerisauan yang diutarakan Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolisme Malaysia, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin ketika ditemui baru-baru ini di ibu negara pada majlis pembentangan keputusan tinjauan mengenai Kesedaran Diabetes di Malaysia 2012.

Ternyata kerisauan tersebut bertepatan pada masanya kerana dalam tempoh lima tahun iaitu antara 2006 hingga 2011, jumlah angka pesakit diabetes yang dicatatkan meningkat sebanyak 31 peratus di mana peratusan ini mewakili sejumlah 2.6 juta rakyat Malaysia.

Tidak hanya terhad kepada situasi itu sahaja, Dr. Nor Azmi turut menyatakan kerisauan apabila sebanyak 33 peratus rakyat Malaysia yang menghidap penyakit diabetes tidak pernah melakukan saringan kesihatan malah mereka juga tidak mengetahui menghidap penyakit diabetes.

"Bayangkan mereka yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan angkanya hampir separuh dan bayangkan juga mereka yang menghidap penyakit ini hidup tanpa mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit diabetes.

"Oleh yang demikian, lakukan saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya kepada mereka yang ada sejarah keluarga menghidap penyakit tersebut.

"Lakukan segera perubahan dalam gaya hidup harian dengan banyak melakukan senaman serta tukar corak pemakanan harian," ujarnya lagi.

Tambah Dr. Nor Azmi lagi, dijangkakan pada tahun 2020, satu daripada empat penduduk Malaysia akan menghidap penyakit diabetes, mewakili seramai 4.5 juta orang.

Angka turut mempengaruhi jumlah mereka yang tidak tahu mereka menghidap penyakit tersebut iaitu sebanyak 53 peratus.

Jika dipecahkan pula mengikut kaum, Melayu merupakan kaum paling tinggi menghidap penyakit diabetes sebanyak 1.54 juta orang, diikuti Cina (648,000 orang dan India (334,000 orang).

Kesemua jumlah ini merupakan statistik yang diperoleh sehingga tahun lalu.

Simptom

Dalam pada itu, menurut Perunding Kanan Endokrinologi di Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Chan Siew Pheng, melalui tinjauan yang dilakukan, jelas menunjukkan bahawa kesedaran mengenai kesihatan diri tidak ada dalam kalangan masyarakat hari ini.

Ini jelas membuktikan kelakuan rakyat Malaysia yang lebih mementingkan kehidupan harian berbanding kesihatan diri masing-masing.

Katanya lagi, akibat daripada penyakit diabetes ini, pesakit-pesakit juga akan mendapat penyakit-penyakit lain seperti sakit jantung, serangan jantung, dan juga sakit buah pinggang.

"Untuk pengetahuan bersama, penyakit diabetes ini selain merebak menjadi lebih kronik, juga boleh mendatangkan pelbagai penyakit lain dalam badan.

"Oleh yang demikian, sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti letih sepanjang masa, dahaga yang keterlaluan, kerap membuang air kecil, kehilangan berat badan tanpa sebab, pandangan kabur, dan luka lambat sembuh, ia menandakan ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda.

"Jadi, apabila anda mempunyai tanda-tanda di atas, dinasihatkan agar segeralah pergi berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan agar penyakit yang sedia ada dapat dirawat dan mencegah daripada dijangkiti penyakit lain," ujarnya lagi.

Penyakit senyap

Sementara itu, menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Feisul Mustapha pula, penyakit diabetes merupakan penyakit senyap di mana tiada tanda-tanda awal yang menunjukkan seseorang itu menghidapinya.

Selalunya, apabila seseorang pesakit itu mengetahui mereka menghidap penyakit diabetes, penyakit ini sudah berada pada tahap tertentu dan adakalanya pada tahap kritikal.

"Sebenarnya penyakit diabetes ini boleh dicegah dan dielak sekiranya kita sering melakukan saringan kesihatan.

"Diabetes juga sebenarnya boleh dikawal daripada terus merebak dan menjadi lebih teruk.

"Apa yang perlu dilakukan hanyalah kesedaran dalam diri masing-masing dengan menjalani saringan kesihatan serta mengubah gaya hidup harian anda," jelasnya lagi.

Tambah beliau, daripada tinjauan tersebut juga diperoleh data sebanyak 57 peratus yang berisiko tinggi tidak langsung melakukan aktiviti fizikal manakala cuma 36 peratus yang melakukan senaman.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat