Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
100 orang terkorban dalam kejadian ribut di Somalia minggu lalu Posted: 11 Nov 2013 09:37 AM PST BOSASSO, Somalia 12 Nov. - Sekurang-kurangnya 100 orang terkorban selepas ribut tropika melanda Somalia minggu lalu di wilayah semi autonomi Puntland, kata Presidennya Mohamud Farole, hari ini sambil merayu kepada bantuan daripada mana-mana agensi keselamatan. "Ribut kuat melanda bandar Bandarbeyle dan Eyl pada hari Sabtu dan Ahad lalu, dengan beratus-ratus buah rumah dan binatang ternakan dihanyutkan ke laut, ujar Farole kepada pemberita. Beliau turut merayu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menyalurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan, selain satu jawatankuasa sudah dibentuk bagi menyiasat punca kejadian serta nilai kerosakan. - REUTERS |
Serangan mortar korbankan lima pelajar Posted: 11 Nov 2013 09:36 AM PST DAMSYIK 12 Nov. - Serangan bom mortar di sebuah sekolah di sini telah mengakibatkan lima orang kanak-kanak terkorban dan 27 lagi cedera. "Jumlah kematian akibat daripada serangan pengganas yang mensasarkan sekolah St. John Damsyik itu sudah meningkat kepada lima orang dengan kesemua mereka merupakan kanak-kanak, lapor televisyen negeri. Terdahulu, Menteri Luar Syria memberitahu media rasmi Al-Ikhbariya, 11 orang kanak-kanak mengalami kecederaan akibat daripada serangan itu dengan kebanyakan mereka berasal dari daerah Qassaa, tengah Damsyik. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |