Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Penyerang Al-Ahly 'di gantung' kerana tunjukkan sokongan pada Mursi Posted: 12 Nov 2013 10:25 AM PST KAHERAH 13 Nov. - Seorang pemain penyerang kelab bolasepak Al-Ahly dilarang daripada menyertai sebarang perlawanan akan datang selepas menunjukkan sokongan kepada Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi, dalam satu perlawanan yang diadakan Ahad lalu. Pemain tersebut, Ahmed Abdul Zaher, dikatakan menunjukkan simbol 'empat jari' sewaktu meraikan jaringannya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Afrika. Larangan tersebut bermaksud beliau tidak akan diturunkan sewaktu kelab Al-Ahly mengambil bahagian di dalam pertandingan Piala Dunia Kelab FIFA di Maghribi yang akan diadakan bulan hadapan. - AGENSI |
Taliban nafi pembunuhan Haqqani jejaskan perjuangan di Afghanistan Posted: 12 Nov 2013 10:00 AM PST KABUL 13 Nov. - Kumpulan Taliban Afghanistan semalam menafikan pembunuhan pemimpin kanan rangkaian Haqqani akan memberi kesan ke atas kempen militan mereka. Lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak mati anak sulung pengasas kumpulan itu, Nasiruddin Haqqani, ketika dia membeli roti di pinggir Islamabad, kelmarin. Haqqani merupakan pembiaya ketua rangkaian kumpulan militan Haqqani yang bersekutu dengan kumpulan Taliban Afghanistan dan paling ditakuti oleh kumpulan tentera yang diketuai tentera Amerika Syarikat di Afghanistan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |