Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Penduduk Naples berkumpul bantah tindakan mafia Posted: 17 Nov 2013 09:14 AM PST NAPLES, Itali 18 Nov. - Kira-kira 30,000 penduduk berkumpul mengadakan demonstrasi walaupun dalam keadaan hujan lebat, di sini semalam kerana membantah tindakan kumpulan mafia yang menghasilkan pencemaran udara. Kesemua mereka melaungkan slogan Tidak kepada Camorra yang merujuk kepada mafia Neapolitan dan sebilangan mereka membawa gambar sanak keluarga yang dilaporkan meninggal dunia akibat kanser. Penduduk tempatan menggelarkan zon antara Naples dan Caserta sebagai Tanah Terbakar atau Segitiga Kematian kerana menghasilkan bahan buangan toksik yang dihasilkan daripada bahan buangan. - AFP |
Afghanistan: Pekerja hilang ditemui mati dipancung Posted: 17 Nov 2013 09:12 AM PST KABUL 18 Nov. - Enam mayat pekerja yang meninggal dunia dan dipercayai hilang dua hari lalu ditemukan dalam keadaan dipancung di selatan wilayah Kandahar, semalam. Menurut jurucakap polis wilayah Kandahar, Zia Rahman, kesemua pekerja itu diculik sebelum di pancung oleh kumpulan militan Taliban. Kesemua mereka merupakan pekerja di kawasan pembinaan di wilayah ini dan dalam perjalanan ke tempat lain di wilayah Zabul, dua hari lalu sebelum dipercayai hilang. Kesemua mereka akhirnya ditemukan dalam keadaan dipancung di daerah Shahr-e-Safa pagi semalam," ujarnya. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |