Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
28 maut militan serang balai polis Somalia Posted: 19 Nov 2013 12:14 PM PST MOGADISHU 20 Nov. - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh di Somalia selepas kumpulan militan merempuh masuk sebuah balai polis di utara ibu negara ini semalam dengan sebuah bom kereta sebelum mereka melepaskan tembakan ke arah anggota pasukan itu. Kejadian berbalas tembak meletus di balai polis di Baladweyne berhampiran sempadan Ethiopia dengan tentera pengaman Kesatuan Afrika dan tentera Somalia turut membantu menangani serangan pengganas tersebut. Kumpulan militan al-Shabab yang dikaitkan dengan pengganas al-Qaeda mengaku bertanggungjawab dalam serangan pada waktu pagi itu. - REUTERS |
4 maut banjir kilat di Arab Saudi Posted: 19 Nov 2013 11:53 AM PST RIYADH 20 Nov. - Banjir kilat akibat hujan lebat di sebahagian besar kawasan padang pasir Arab Saudi mengakibatkan empat orang maut dan 10 lagi masih hilang dalam tempoh dua hari lalu. Pihak berkuasa dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA semalam berkata, dua daripada kematian serta tujuh lagi yang hilang berlaku di Riyadh manakala selebihnya berlaku di bandar timur laut Arar. Sejak kelmarin, pasukan kecemasan telah menyelamatkan sebanyak 1,357 penduduk yang terperangkap dalam banjir. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |